Khamis, 2 Jun 2011

BILA WUDUK MAHU DIHARAMKAN

Lagi gambar Google.

Tidak perlu panik. Bukan itu tujuan blog biasa ini. Ini bukan cerita di Malaysia. Bumi Malaysia, negara tercinta yang setakat ke hari ini Alhamdulillah masih aman, makmur, ada kedamaian dan kesejahteraan bagi kehidupan yang menumpang di atasnya dengan izin Pemilik alam ini. Ini sesungguhnya cerita di sebuah tempat yang jauh, itulah di Tennesse, Amerika Syarikat. Saya memang belum pernah ke sana. Lebih dari itu Malaysia pun tak rata lagi rayapnya. Jika berpeluang naik burung besar pun, berhajat nak didahulukan ke arah Kiblat sebagai pemula. Insyaallah dengan izin dariNya.  Saya amat menunggu saat itu. Namun saya dapat merasakan ada sesuatu yang mustahak dari perkara yang terjadi di Tennesse ini. Ini persoalan Islam sejagat. Anggap sahaja in sebahagian dari rasa syukur kerana masih menemui satu lagi Jumaat pernuh berkah di mana saya masih bernafas di dalamnya.

Baru ini, melalui pembacaan saya terbaca satu berita ringkas mengatakan bahawa berwuduk(mengambil air sembahyang) bakal diharamkan di Tennesse. Pertama sekali, teramat syukur negara kita jauh dari tempat sebegitu. Ingin tahu lanjut saya pun menggunakan hujung jari mencari sedikit maklumat. Sememangnya terbukti bahawa wujud pembenci tegar ke atas Islam yang tentunya kafir yang berjiwa jahat. Inilah musuh sebenar Islam dan ummatnya.

Di Tennesse telah wujud satu Gerakan Antisyariah Islam (saya ringkaskan sendiri sebagai GASI). Gerakan ini menganggap bahawa Islam adalah suatu yang ekstremis dan ditakuti bakal mendominasi. Mereka menganggap sesiapa yang mengamalkan Islam yang berpandukan syariat itu sebagai ekstremis Muslim dan bercita-cita mengganti konstitusi Amerika Syarikat dengan syariah Islam itu sendiri. Oh! tidak mengapa saudara-saudari, Tennesse sangatlah jauh dari Malaysia. Malaysia juga tidak sebegitu. Kita baik-baik dan sihat-sihat sahaja. Biarkan-biarkan.....

Itulah hinanya fikiran musuh Islam. Jika sebelum ini saya juga hanya pandai menyebut tentang musuh Islam, namun entah bagaimana, hari ini berpeluang masuk ke dalam kotak fikiran mereka dan melihat sendiri sebahagian 'virus kejahatan' yang wujud di dalamnya. Mereka ini takut pada bayang-bayang kebenaran. Motifnya tidak mahu pada Islam. Sebabnya? Terlalu banyak dan terlalu panjang senarainya.

Apa yang hebatnya adalah mereka cuba dengan sehabis upaya dan dengan lancar berusaha menggunakan draft undang-undang bahawa seseorang yang menerapkan hukum Islam adalah pelaku jenayah. Draft itu diajukan bertujuan membataskan peribadahan Muslimin di sana. Kita melihat cara mereka sememangnya bersungguh mahu melenyapkan Islam dari persekitaran mereka. Mereka tidak perlu pada Islam. Mereka menidakkan kekuasaan Allah. Mereka kafir lagi kufur. Semoga Allah memelihara kita dari menjadi seperti mereka. Memelihara kita dari menjadi sebagai muslimin di negara Tennesse. Jika ia berlaku di satu tempat, ada kemungkinan boleh erlaku seperti itu di mana-mana. Tidak terkecuali Malaysia. Seperti kini telah ada yang timbul bibit-bibit dan bunga-bunga berani menghina Islam dengan kata-kata dan 'bakat' yang ada pada mereka. Mulanya dengan menghina. Jika berjaya, pasti naik ke tahap seterusnya dan tak mustahil ke tahap seperti di Tennesse yang sedang diperkatakan ini. Ini hanya selangkah melihat ke hadapan.

Dikhabarkan juga bahawa terdapat 13 buah negara menunda undang-undang larangan terhadap perlaksanaan Syariah Islam, namun 'draft' dari Tennesse itu adalah yang terketat antara kesemuanya dan pastinya tertinggi penghinaannya terhadap Islam agama wahyu dari Allah yang disampaikan melalui Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Jika mereka tiba-tiba sedar dari kesilapan tindakan mereka, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, semoga mereka mendapat kehinaan dari Allah atas usaha mereka tersebut.....

Perbuatan orang kafir yang sebegitu kita fahami sangat agenda dan motif mereka. Sebaliknya jika sebagai penganut Islam, usahlah kita terpengaruh dengan cara, dakyah, usaha dan propaganda yang mereka itu lakukan dan selitkan juga sebarkan. Mereka pintar ke arah itu. Melalui pelbagai usaha dan cara. Dengan menggunakan segala bala tentera yang ada. Hebat dari segi perancangan dan strategi. Seringkali, kita tidak sedar dan kurang tahu cara mereka. Mereka mampu menyogok kita sendiri, umat Islam dengan kata-kata manis sehingga mampu membuat kita percaya bahawa pengamal dan pembela Islam itu adalah ekstremis dan musuh dunia. Sedangkan mereka tidaklah lain bercakap untuk diri mereka sendiri.....sebagai musuh Islam juga Allah dan Rasulnya.....

10.15am@3/6/11

4 ulasan:

  1. Salam,

    Terjumpa link ni di blog Ariffshah...sangat bersyukur Msia masih lagi mengamalkan ajaran islam,kalau dah macam kat Tenesee tu bermakna nak kiamat dah kot..

    BalasPadam
  2. Mankuchai!

    What a nice nickname. Mengingatkan pada cucur udang. Tambah petang-petang ni.

    Oh! Ariffshah. Kita semua suka ke sana. Sangat bersyukur Malaysia setakat ini tidak seperti di
    Tennesse itu. Harus benar jika begitu, maknanya Al Mahdi dan Nabi Isa hampir muncul. Maknanya tanda-tanda akhir zaman makin jelas.

    BalasPadam
  3. KALAU MACAM nie MANA YG DIKATAKAN KEBEBASAN BERAGAMA YG JADI BAHAGIAAN PENTING DLM DEMOKRASI...???
    BUKANKAH MEREKA JUGA (USA) YG SERING MELAUNG2KAN HAK2 KEBEBASAN & DEMOKRASI...??? HINGGA MENYERANG & BOIKOT NEGARA2 TERTENTU DGN TUDUHAN TAK AMAL KEBEBASAN & DEMOKRATIK...???
    RASA MCM PELIK PULA...MELUDAH KE LANGIT TERPERCEK KE MUKA SENDIRI...+_+

    BalasPadam
  4. Ayie Abas, Ada benar juga tu. Kebebasan beragama satu hal. Hormat menghormati dan tetap didalamnya satu hal lain. Demokrasi ciptaan manusia dan manusia juga yang menodainya semula.

    Jika nak mencontohi teladan terbaik adalah Rasulullah dan kepimpinannya. Bukan Pakcik Sam atau sebagainya.

    BalasPadam