Isnin, 13 Jun 2011

LARGEST MALAYSIA INDOOR THEME PARK. BERJAYA TIMES SQUARE.

This is completely a dry theme park.....Stay dry


Selesai dengan tiket. Dapat diskaun 40%.  Ok lagi. Kali ke-2 guna kemudahan tu. Park stroller pembawa barang di sini, bawalah yang penting saja.

Ini Crazy Bus, mainan pertama untuk Anas. Tak terkecuali Mak, Abah. Kak Aisyah sekali. Along, Angah bawa diri...Jadi kanak-kanak ribena pulak dah kami!

Buddy Go Round. Anas naik saja. Mak bantu.

Anas pilih naik burung. Muka burung ni macam  burung cerita Avatar. Tapi tak boleh tunjuk penuhlah. Mak dah malu-malu kucing dibelakang tu...

Lihat Flying Bumble Bee ni, ingat  Bee Movie. Children just love this..

Kereta ni Anas suka, stering dia hampir tak mahu dilepaskan. Anas main ni dua round. Botanic Drive namanya. Masa ambil gambar ni, kami naik Fantasy Trail. Kami main mainan budak-budak banyaknya. Tak macam Along. Ooort's Express, Spinning Orbit, Dna Mixer, Space Attack dan Supersonic Adyssey(Roller Coaster tu) belasah saja. Mak larang yang hammer 360 darjah tu. Terbayang yang bukan-bukan. So avoid it. Beribu kali pesan bab tali keselamatan dan sebagainya. Doa jugalah. Bimbang dan waspada Mak sama aje. 

Anas gembira dengan satu, dua tiga lekuk. Nampak buaya lekas ketuk....


Tak tahukan nama benda ni Dizzy Izzy. Mak konon mencuba. Lepas turun Mak rasa semua. Pening, mual dan paling tak selesa di perut. Macam nak muntah tapi tak pula muntah. Mak tergencat. Nampak sangat perangai masa budak-budak dulu masih ada sisanya...

Balik, kami singgah di tempat makan Pak Cik Kenny. Idam roasted chicken dialah tu...Oh tak lupa muffin...Enak tau..

Ini saja hidangan pilihan mak. Muffin tu piring ke dua. 4 ketul dah selamat. Sekali lagi, diskaun penutup hari 18%.

Huh! itulah dia last minute entertainment untuk cuti penggal bulan lima yang lalu. Entri ini pun dah belated entry jadinya. Kelakarnya budak-budak. "Mak nanti kita datang lagi ye!". "Hah yelah berkampung aje dekat situ!" Jawab Mak sinis. Kih!Kih! Cukuplah untuk masa tu....

13/6/11

2 ulasan:

  1. AYIE TAK PERNAH PERGI LAGI TEMPAT NIE...TAPI MEMANG NAMPAK MERIAH.

    BalasPadam
  2. Tempat ni ramainya remaja dan kanak-kanak. Ibu bapa penemanlah. Sesekali begini ok. Kalau selalu pun tiada hilang dah seronoknya.

    BalasPadam