Khamis, 31 Mac 2011

ANTARA YANG DISUKAI - NAMAKAN YANG PERTAMA

Sebagai manusia biasa, pasti kesukaan kita berbeza-beza. Dari satu individu ke individu lain. Dalam hidup  setiap perkara yang kita lakukan 'biasanya' beralasan. Makan untuk hilangkan lapar, minum penghilang dahaga. Tidur sebagai merehatkan minda dan fizikal. Teratas dari semua itu, ia berkait rapat dengan fitrah asal usul kejadian setiap sesuatu itu." Tidak Allah jadikan jin dan kita(manusia) kecuali untuk 'beribadat' kepadaNya". Itu pula alasan kukuh merujuk kejadian manusia. Hampir pasti ayat tersebut pernah kita muslimin dan muslimat dengari. Ibadat itu luas konteksnya. Selain sembahyang, puasa..... Setiap segala pekerjaan baik yang bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia itu bila diniatkan kerana Allah, Insyaallah mendatangkan pahala beribadat. Itu yang selalu saya dengar dari mereka yang alim. Saya harap dapat terus belajar....

Untuk kelainan, buat pertama kalinya saya mengungkit nostalgia 'antara yang saya sukai - teman pertama saya'. Dalam 'memberi masa' kepada diri. Ianya seperti di bawah:


SINGER....Menawan masa senggang bahagia.......
Inilah mesin jahit pertama yang saya miliki. Berusia muda setahun dari anak sulung, iaitu kurang lebihnya ialah 14 tahun. Apa kaitannya pula dengan buku merah itu. Oh! Itulah skop kerjatangan pertama yang saya pelajari. Itulah perkara paling awal yang menarik minat saya untuk menggerakkan jejari ini berusaha menghasilkan sesuatu, sebagai kesukaan. Ringkasnya hobi. Saya pasti anda semua juga ada sesuatu yang menarik untuk dilakukan di masa senggang. Jika dapat - fikirkan apakah yang pertama sekali anda gemari. Tentu yang pertama itu sesuatu yang sukar untuk tidak diingati. Sama seperti dating pertama, cinta pertama, kerja pertama, kelahiran pertama, rumah pertama, kereta pertama..... Sesuatu yang pertama itu terlalu banyak nostalgianya. Banyak juga kenangannya. Itu pun jika kita masih mamnpu mengingatinya. Insyaallah mampu!

'Crochet' itu saya Melayukan sebagai mengait sahaja. Namun Bahasa Inggeris pula mengatakan mengait itu sebagai 'Knitting'. Sememang ada beberapa perbezaan yang dilihat. Apa yang dapat saya perhatikan 'Crochet' itu menggunakan sebatang jarum. Sebaliknya 'Knitting' itu menggunakan dua batang jarum. Kedua-duanya semestinya menggunakan benang. Terdapat pelbagai jenis benang. Ada kod-kod atau nombor-nombor tertentu demi mengenalpasti jenis-jenis benang. Ada benang- yang kasar dan halus. Penggunaan bergantung kepada apa yang mahu dihasilkan. Benang dalam pelbagai warna dan tonanya. Itu perlu kepada mengenalpasti nombornya supaya tidak tersilap memilih dan membeli. Apa pun kedua-duanya dapat menghasilkan kerjatangan yang indah dan menarik. Itu pula jika kena dengan ketelitian dan kesempurnaan dalam mengerjakannya.

Semua itu dibuat berdasarkan corak@pattern yang dipilih menurut kesukaan. Pelbagai corak menjurus kepada penghasilan pelbagai produk akhir sehingga ada yang menghasilkan pakaian dewasa mahupun kanak-kanak. Namun untuk saya, lebih suka kepada yang digunakan untuk menutup-nutup. Sebelum ini pernah menghasilkan penutup meja, TV dan beberapa alas itu dan alas ini. Namun kini, sudah lama tidak memegang batang jarum tersebut. Saya akui menghasilkan sesuatu dari aktiviti mengait mengambil masa yang agak lama. Tambahan untuk motif yang bersambung-sambung.

Minat terhadap mengait pada saya terhasil kerana Allahyarhamah Opah (ibu kepada abah). Selalu benar melihat beliau mengait saya naik berminat. Salalu duduk disebelahnya memerhati dan merasa pelik juga bagaimana dengan sebatang jarum dan untaian dari sebuku benang dapat menghasilkan sesuatu yang bercorak-corak dan berbunga-bunga. Oh! cantik sungguh getus hati kecil waktu itu. Apa yang ada ialah kehairanan. Waktu itu hanya memandang dan merenung. Sehingga ke suatu detik terpacul menyoal yang selama ini terbuku di hati. Tak disangka bahawa itulah detik mula jejari bakal belajar menari. Menari dalam rentak tarian suatu seni. Itu rupanya seni mengait.

Asas mengait itu ialah membuat TALIAIR. Itulah perkataan pertama saya diajar. "Kalau nak belajar buatlah taliair dulu". Inggerisnya ialah 'loop'. Awalnya selama beberapa lama asyik membuat taliair. Sehingga nak muntah pula dibuatnya. Tak sabar-sabar nak melompat ke stage seterusnya. Namun itu juga disuruh ulangbuat. Opah ni ape ke hal. Tak mahu mengajar ke? Akhirnya Opah pun mahu meneruskan ke peringkat selanjutnya. Tapi sungguh lah payah untuk opah. Cucunya yang kidal ni, agak menyukarkan proses pembelajaran. Sudahnya opah mengambil beberapa buah buku asas mengait. Buku itu mengandungi cara-cara asas memintal benang dengan jarum sehingga membentuk asas-asas mata jahitan yang pelbagai. Buku itulah yang menjadi guru saya seterusnya. Waktu itu mana ada internet yang ada youtube, boleh tonton video. Namun itulah keseronokkannya timbul. Agak mencabar. Kerana ada minat. Sendirian saya teruskan. Alhamdulillah dapat faham dan meneruskan hobi baru saya waktu itu. Ahli keluarga lainnya naik hairan. Kenapalah minah seorang ni. Macam dah tiada kerja lain. Maklumlah waktu itu dalam sekolah menengah. Namun saya menjadikan itu sebagai pelepas tekanan. Selain dari pelajaran. Itu rasanya ok.

Di sini ingin saya jelaskan setelah beberapa lama, saya sedar bahawa membuat taliair itu adalah asas untuk melembutkan jejari. Jari yang tidak pernah memegang jarum dan yang sudah biasa adalah berbeza. Jari yang telah biasa itu sudah hilang kekoknya. Putaran demi putaran dalam mengait menjadi mudah dan tidak tersangkut-sangkut. Dari situ keyakinan akan bertambah dan minat semakin tinggi. Lebih dari itu ternanti-nanti untuk menyudahkan sesuatu yang dimulakan. Kini saya hanya bersyukur dan berterimakasih pada Allahyarhamah Opah. Namun sedikit kesal kerana buku pemberian opah sudah tiada. Saya beri pinjam. Saya lupa minta semula. Buku merah itu saya belinya kemudian. Melihat buku, benang dan jarum kait itu menghalakan ingatan pada Opah....

Beralih pada teman pertama saya itu . Saya sedikit sedih. Ia bakal saya hantarkan ke klinik. Ia perlu diservis. ia sebuah mesin yang baik untuk saya. Telah banyak berjasa. Jahitannya baik dan cantik. Namun namanya pun mesin. Jahitannya sudah sedikit meragam. Membesar dan mengecil dengan sendiri. Kerosakan pada butang penetap jarak jahitan. Sayang sungguh. Saya berdoa semoga ia dapat dibaiki. Ada 'spare part'nya. Jika tidak, dibimbangi hanya menjadi perhiasan sahaja.

Menghasilkan sesuatu dengan penat lelah sendiri dan menggunakan dua tangan sesungguhnya memberi kepuasan. Sebenarnya kini, baik pakaian mahu apa pun yang terlintas boleh kita perolehi di pasaran. Terlalu banyak pilihan dan harga juga dalam kemampuan. Harga menurut kualiti. Kita hanya perlu memilih dan membayar. Namun memakai sesuatu yang anda hasilkan sendiri rasa berlainan. Begitu juga melihat orang lain memakai sesuatu yang anda hasilkan. Ada perasaannya. Jadi untuk para wanita, hobi menjahit ini ada kelebihannya. Setidak-tidaknya, jika ada sebuah mesin jahit, dapat juga menjahit apa-apa yang terkoyak sana mahu pun sini. Kain batik boleh dijahit sendiri (yang siap jahit biasanya kurang memuaskan jahitannya). Jadi jika ada keinginan untuk menjahit jangan berlengah, mesin sekarang murah dah!..........

11.45PM@21/03/11

Ahad, 27 Mac 2011

BIBLE MELAYU? APA KES?

Hari ini aku kembali dijentik. Aku akui bukan pakar persoalan agama mahu pun ahli kaji kitab. Namun sewaktu memilih suratkhabar, aku terdorong membeli senaskah Suara Perkasa.... Pertahan Hak Maruah Bangsa. Itu 'kepala' akhbar tersebut. Itulah pertama kali aku membelinya. Semata-mata kerana tajuk utamanya berkenaan BIBLE MELAYU. Pertama sekali, lancar hatiku mengatakan.... Ohh Tuhan, lagi tanda akhir zaman........Biasa-biasakanlah. Ini hakikat. akan datang pasti lebih hebat. Itu pun andai untukku ada saat.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa kerajaan supaya tidak berganjak dari tindakan melarang masuk kira-kira 35,000 Bible dalam Bahasa Melayu yang dibawa dengan kapal dari Indonesia. Umat Islam di Malaysia juga diseru supaya menyokong tindakan kerajaan demi menjaga kesucian agama Islam yang dianuti oleh orang Melayu. Di sini aku kurang setuju dengan ayat terakhir tu!. Umat Islam di Malaysia (tidak kira Melayu, mamak, muallaf, mazhab hambali, maliki, syafie, hanafi.....harap anda faham) memang patut menyokong larangan kemasukan Bible Melayu tersebut demi mempertahankan kesucian agama Islam. Tambahan agama Islam yang diperlembagakan sebagai agama rasmi negara Malaysia patut dihormati oleh sekalian rakyat. Namun tindakan segolongan yang seperti beria-ia mahu kitab itu dapat terus diedarkan seolah sengaja ingin mengundang kemarahan. Menyentuh Sensitiviti Keislaman. Jika kes Interlok begitu diberi perhatian, BIBLE MELAYU ini lebih wajib diberi perhatian. Ini persoalan keimanan.

Sekarang aku terfikir pula jika kita alihbahasa satu karya Inggeris ke dalam Bahasa Melayu, tujuannya untuk orang Melayu yang tidak pandai atau kurang mahir berbahasa Inggeris membacanya dengan mudah. Jadi, apakah itu tujuan kemasukan BIBLE MELAYU itu ke sini? Selain itu apa motifnya orang Melayu membaca Bible, sedangkan Al-Quran adalah kitab suci yang lebih mulia sebagai kitab penutup, sesuai dengan Nabi Muhammad (s.a.w) menutup segala Nabi. Teringat pula Sejarah Mubaligh di zaman Kesultanan dahulu......Bimbang dalam kerapuhan generasi muda sekarang, ditakuti ramai mudah tersasar dan terpesong lalu mungkin terjebak dalam isu MURTAD. Sekarang pun statistiknya.... entahlah! Hanya Allah yang Lebih Tahu.

Apa yang aku hairan kadangkala isu sebegini hanya seronok untuk dipolitikkan. Pihak ini salahkan pihak sana, pihak sana pula mengata pihak sini. Tujuan masing-masing untuk menunjukkan diri dan parti merekalah yang betul. Soal agama Islam yang kita akui suci itu  entah dikemanakan. Aku teringin nak tengok orang Islam didahului para pemimpin di Malaysia bersatu dan bersependapat dalam menangani isu-isu sebegini. Namun itu dalam angan sahajakah? Ini sama sahaja macam kat luar sana tu. Bila sesama Islam bertelagah dibimbangi musuh mula main peranan. Siapa musuh? Kita sama-sama kena renung dan fikir. Subjektif. Tapi musuh tetap ada. Sedar atau tidak saja. Musuh dalam selimut lagi bahaya....

Ada aku terbaca, dikatakan umat Islam di akhir zaman macam buih. Buih ni bila pecah habis dah. Tak tinggal apa. Jika begitu, kasihan pada diri kita sebagai umat  Islam itu sendiri. Allah memelihara mereka yang menjaga agamaNya. Jika sebaliknya, bagaimana....? Dalam perkembangan dunia kini, hanya Rahman dan Rahim Allah sahaja yang dapat melindungi dan menyelamatkan sesuatu. Di sebalik setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Isu BIBLE MELAYU ini juga sebegitu. Sebagai individu paling sedikit, kita wajar merenung diri dan lihat apakah dan bagaimanakah keakraban kita dengan Al-Quran itu sendiri. Pernahkah kita berusaha melihat tafsiran-tafsiran mahupun terjemahan ayat-ayat yang dibaca, atau hanya membaca tanpa peduli. Ibarat burung kakak tua. Al Quran itu kalam Allah dan mukjizat Rasulullah. Lalu apakah akan ada yang dapat menandinginya...?

11.15pm@27/03/11(Alhamdulillah! Anas Imran dah mencecah setahun jagung)




Rabu, 16 Mac 2011

MOHON AMPUN SELAGI ADA WAKTU! @ AL 'ASR

Apalah punya tajuk posting akak hari ni. Pepagi hari ni macam ngantuk lagi ke. Ngigau atas sejadah ke ni? Tak ngapelah akak ni bukanlah Ustazah mahu pun Cikgu Besar. Cikgu kecil pun bukan.' I'm just human'. Cuma terkenangkan Qalam dari Pemilik Alam Seantero ni, dalam Surah Al-'Asr (betul ke ni?, Cuba bukak sikit Quran tu. Natap ayat Quran ni berpahala menatap, kalau dengar pun ada bahagian lagi, lagi best kalau dibaca). Ini kes berat. Kuliah Subuh? Sekarang ni jam akak pukul 7.45 pagi. Lama habis dah subuh. Sahlah! Bukan kuliah Subuh. Ini sebenarnya pesanan untuk diri sendiri dan sesiapa yang tak sengaja terbaca juga yang ikhlas nak baca.

Surah Al-'Asr (MASA) tak panjang pun. Ciput sangat ayatnya. 3 ayat aje. Semudah 'I LOVE U'. Kalau pada kekasih tak sesudah dengan ucapan sebegitu, ya@tidak? Akak yang bukan sesiapa ni tak pandai nak mentafsirkan ayat ini. Buka ajelah Tafsir Quran, kalau nak detailnya. Tapi apa yang ditulis di sini hanyalah pemahaman dari insan yang perlu banyak lagi belajar. 'Nobody is perfect'. Allahlah yang 'Maha Perfect'. Ayat ini macam ayat SUMPAH gitu. Sebabnya ada perkataan SESUNGGUHNYA di awal ayat. Jadi ayat ini memang serius bangatlah! (Banyak na nonton telenovela Indonesia). Jadi mohlah kita korek-korek sikit perihal ayat ni.

Dinyatakan pada ayat ke-2 manusia berada dalam KERUGIAN. Oooooh! Ini yang akak tak mahu niee!. Akak nak UNTUNG. Sapelah nak rugi dalam hidup ni. Kalau berniaga pun nak untung jugakkan. Hah! akak dapat tahu yang KEHIDUPAN kita ni pun suatu 'business' juga. Business dengan Yang Maha Kaya. Allah siap beri modal lagi (jasad + roh) , ni kalau untung, KEUNTUNGANNYA KEKAL. Boleh bawa ke mana sahaja. Sehingga alam yang satu lagi (Hah! Percaya tak alam satu lagi-AKHIRAT)? Kalau tak percaya kena balik belajar RUKUN IMAN DAN ISLAM.

Memandangkan semua nak UNTUNG dan tak nak RUGI, kita melompatlah pada ayat ke 3. Di sini dimulakan ayat dengan perkataan KECUALI. Maknanya semua manusia ini hakikatnya dalam kerugian dan berkecualilah golongan-golongan yang dinyatakan ini. Iaitu mereka yang:

  1. BERIMAN (Ini pasak segala ibadah)
  2. MELAKUKAN AMAL SOLEH (ini segala macam tiang-tiang konkrit)
  3. NASIHAT-MENASIHATI ATAS KEBENARAN (Islam bukan Agama bohong-jauhi pembohongan)
  4. NASIHAT-MENASIHATI DENGAN KESABARAN (Sabar itu sahaja dikata 1/2 Iman- Akak pun selalu terkehel nih!).
Perkara yang dalam kurungan di atas, semua rekaan akak semata-mata. 'Direct' aje keluar dari kepala nih. Kalau ada kekurangan minta maaf ajelah. Setakat ni akak tak pandai nak rangka-rangka atau tengkorak-tengkorakkan 'entri'. Biasanya duduk dan taip terus. Untuk entri ni aje sekarang dah hampir 8.30pagi. Kiralah berapa lama akak ngadap mesin ni. Tolakkan dengan 15minit (nyusukan baby). Itu jugak yang akak suka, berkuliah macam ni. Boleh stop-stop. 'Flexible' betuii... . 'I love U Technology'.... Kena belajar banyak lagi. Ini juga kurniaan Tuhan. Betul tak?

Rasanya kena berundur dululah. Eh belum lagilah!. Tak sentuh pun bab Mohon Ampun tu. Karang katanya tak ada kena mengena tajuk dengan tulisan. Haru!

Setelah menghayati Surah Al'Asr di atas saya muhasabah diri ni dan ajak pembaca sekali (kalau mahu), mengenang sejauh mana kerugian kita dan keuntungan kita. Kita sendiri tahulah kan. Sendiri mahu ingat! (Kata Nabil). Lihat pula di luar sana tu. Bukan KULIHAT HIJAU (Zainal Abidin). Terbaru JEPUN DAN TSUNAMINYA. Itu semua diluar bidang kawalan kita. Itu kekuasaan Allah. Selaku Pemilik alam haknya untuk berkehendak sedemikian. Namun Allah bukan zalim sifatnya. Jika itu berlaku di Jepun, kita yang di Malaysia (tanah tumpah darahku-tengok darah pun takut, ayat aje lebih!) ini mesti bawa-bawa berfikir. Kita sibuk mengira angka yang terkorban. Mencari-cari gambar kejadian untuk ditatap dan melihat sejauh mana berita tersebut akan diperkatakan. Sampai bila diperkatakan? Jangan sampai kita terlupa bertanya dengan 4W(English sikit!). Who, Why, What, When(kalau kurang tambah sendiri).

  1. WHO: Siapa yang menjadikan bencana itu? Atas izin siapa ia terjadi? Siapa pegang 'remote control' untuk alam ini.
  2. WHY: Kenapa bencana itu turun. Setiap kejadian bersebab. Apa manusia ini tersilap dan perlu diingatkan? Allah bukan kejam. Pengasih lagi Penyayang sifatNya.
  3. WHAT: Apa iktibar yang kita boleh ambil. Selalu dalam Quran sebut. Yatafakarun...Yatafakkarun. Fikir... Fikir... Memanglah kena fikir. Kalau tidak rasa membazir aje kepala, otak dan akal tu.
  4. WHEN: Ini paling akak takut. BILA PULAKLAH MASA KITA????

Kita dah pernah rasa 'tempiasnya Tsunami'. Tak ingat dah tahun bila. Ramai rasa bergegarlah dan macam-macam pengalaman. Itu dah berlalu. Tapi (bukan nak menakutkan-sebab akak sendiri penakuter) kita mesti ingati diri kita dan orang sekeliling kita. Perkara kalau nak terjadi, tiadalah siapa dapat menghidu. Segala alat pengesan yang direkacipta tu pun ada kelemahannya. jadi pergolakan bencana alam dah menjadi-jadi sekarang. Tsunami (terbesar) yang sebelumnya itu akak anggap adalah 'pre-signal'. Dunia@bumi ini memberitahu kita yang dia sudah semakin tua. Dia sudah mula sakit-sakit. Jadi itulah Allah memberi peringatan. Peringatan adalah untuk orang-orang yang dikasihi. Ini sifat Allah- YA RAHIM............ So, ISTIGHFARLAH (MOHON AMPUN), dalam tidur dan dalam jaga. Mudah-mudahan digolongkan kita sebagai mendapat Pengampunan dan RahmatNya...


Waduh! Waduh! Melarat 9.00 pagi. Berhenti deh.....Sambung kemudian Bab Istighfar tu...


17/03/11






Isnin, 14 Mac 2011

ALLAHUAKBAR! ... AKU 'ACCIDENT'. SALAH SIAPA?

Jam di kereta menunjukkan kurang sepuluh minit pukul 9.00pagi. Aku berhenti menunggu 'timing' untuk memulas stering ke arah stesyen minyak di sebelah kanan. Jalan sudah kosong dari kereta. Cuma ada sebuah motosikal yang agak jauh dari kedudukanku, dibonceng bertentangan, dijalan lurus bersebelahan jalanku. Ini jalan dua hala. Sekonyong-konyongnya aku melihat dengan jelas pemboncengnya seolah telah hilang kawalan. Tubuhnya terhuyung-hayang bersama-sama motosikalnya dan dengan aksi bak pelakon lagak ngeri, terhempaslah tubuhnya tepat atas cermin hadapan kereta yang aku pandu. Kedepek!.... Oh! aku dah lupa 'sound effect' yang sebetulnya. Memang menakutkan.

Kereta aku berhentikan sebentar. Turun sekejap untuk melihat tahap kecederaan si pembonceng. Tak dinafikan dada aku berdegup kencang. Aku memang suspens giler. Aku bimbang dia cedera serius. Patah ke?, Pecah ke,? Luka teruk ke? Perlu ke hospital ke? Namun aku cuba kawal gemuruh. Beberapa pembonceng lelaki lain yang ada timbangrasa telah pun berhenti. Membantu mamat tu mengalihkan motosikalnya. Memeriksa kakinya. Ada cedera ke atau tidak. Aku mengajak dia ke klinik berhampiran. Dia diam seadanya. Masih menggigil perlahan dan mengurut-ngurut tangannya dan ada kelihatan sedikit luka dijarinya. Sedikit sahaja.

Aku lantas terus mengalihkan kereta ke arah stesen minyak dan masuk ke ATM. ( Itu pun tujuan asal aku. Mahu ke ATM Maybank. Mengeluarkan wang untuk bil telefon bimbit. Bercadang ke rumah adik (dah hampir dah!-memang tinggal berdekatan juga), untuk meminta suaminya memasukkan bayaran di Celcom berhampiran dengan pejabatnya. Sekaligus mahu menziarah emak aku yang sedang ada di sana). Kini, sudah pasti perlu wang lebih dalam keadaan begitu. Dari satu tujuan dah berjangkit pada dua tujuan. Kembali aku pada mamat motor tu. Aku bertanya padanya, apa mahunya untuk selesaikan keadaan. Bukan bererti aku akui aku yang bersalah terhadapnya. Cuma aku ada rasa kasihan dan simpati. Aku sempat juga menegur dia dan bertanya kenapa membonceng sambil mengepit rokok ditangan. Ini diketahui kerana rokoknya itu tersadai di atas bonet (hadapan) keretaku. Namun aku tak mahu memanjangkan. Melihat dia dalam kesakitan selepas beraksi bagai 'stuntman'. Motornya juga macam ada yang tak kena.

Dia lantas membuka mulut dan meminta secara baik agar aku dapat menanggung kos membaiki anak kunci motornya yang telah terlipat dan beberapa bahagian yang perlu demi selesa semula membonceng. Aku mengiakan aje. Tak sampai hati melihat mukanya yang sedang sakit dan kerunsingan itu. Sedangkan aku sendiri lagi risau. Janji nak ke rumah adik, dah tergendala. Anak aku bertiga di belakang. Semua dah' terkejal' dengan apa yang sedang terjadi.

Aku menurutnya ke sebuah kedai yang agak berhampiran. Asalnya mahu juga aku mengajaknya ke sebuah kedai yang suami biasa pergi. Kedai yang aku yakin boleh dipercayai, namun keadaan mamat tu macam tak mengizinkan aje. Aku turutkan dia aje. Katanya aku tak perlu bimbang. Dia tak berniat nak menipu aku. Aku percaya. Sekali lagi menilai orang melalui air muka dan 'tetingkapnya'. Aku 'Tawakkal tu alallah' aje.

Seingat aku ini kali ke-dua aku 'dilanggar'. Last time aku dilanggar oleh seorang budak sekolah agama (nak' fetch' anak) yang sedang bermain berlari-lari sambil menoleh kebelakang. Juga 'kedepek...", melekat. Melanggar aku dari arah cermin sebelah kiri hadapan. Aku memang perlahan sangat. Dah di kawasan sekolah, takkan nak laju, tambah sudah mahu membelok. Aku cukup risau masa tu. Pun sama ajak ke klinik, tapi tak mahu. Aku mahu hantar pulang, pun tak mahu. Hairan jugak. Habis rata mukanya aku periksa. Sampai lubang telinga dan hidung pun aku cek. Bukan apa takut sangat. Anak orang kan. Dia asyik kata, "Saya okay Makcik!". " Tak payah hantar saya balik". Tetap nak menunggu bas sekolahnya. Alkisah bila aku ceritakan pada Si Angah, tahulah aku dia sebaya dengan Angah. Menurut angah, budak tersebut terkenal dengan kenakalannya dan memang kuat main masa menunggu bas. Senang cerita, kuat 'melasak'lah orangnya. Mmmmm.... patutlah tak noleh-noleh kereta. Aku gabrah gilest waktu tu.... Tambah membawa perut. Ish.....haru. Sehari ke sehari aku tanyakan perkembangan budak tu dari angah. Aku dapat tahu dia macam biasa aje.

Itulah, kata orang MALANG TAK BERBAU. Memang kalau ada bau ala-ala bangkai gitu, kita senanglah nak buat. Ini perkara nak berlaku. Namun aku masih bersyukur kerana sempat membaca Doa Menaiki Kenderaan sebelumnya dan Bertawakkal dengan nama Allah. Ini sebolehnya aku ingatkan sebelum memandu. Selain itu, senaskah Surah-Yasin memang diselitkan dibahagian atas depan. Semacam petualah pulak. Entahlah. Nyawa itu lebih penting dari wang ringgit. Begitu juga kesihatan. Jadi, andai berlaku kemalangan, salah menyalah pun tiada guna(lihat situasi juga-siapa dan jenis bagaimana orang yang terlibat). Alhamdulillah aku sampai juga ke destinasi aku, walau lambat sedikit. Syukur semua dah selesai.

Sewaktu berbual-bual semula dengan anak-anak mengenai insiden tersebut, angah mengatakan, "Nasib baik Mak bawak kereta WNK ni aje, kalau bawak WTK tu, mengamuk abah!". Kah!3X. Peka sungguh anak-anak Mak ni. Saya katakan, saya tak mahir sangat dengan WTK tu. Sedap lagi memandu yang lama ni. Serasi. Walau gegarannya terasa lebih sedikit. Alhamdulillah kereta tak ada apa pun. Tapi usah hairan (ramai lagi kot yang begini), bila bercerita pada abahnya, yang pertama ditanya, "Habis.... kereta tu macam mane......??? Abah...oh abah....

2.20am 15/03/11

Sabtu, 12 Mac 2011

'PRELUDE.....' IRFAN KHAIRI.

(Gambar ni, member snapkan. Handfon murah. Lepas tu 'goyang' sikit. Itu pun kira ok, orang nak tolong. Akak 'berat punggung'lah.)


Jika nak tahu, menyebut Irfan Khairi (IK) mengingatkan pada aku tentang awal kelahiran blog biasa aku ni. Dia seperti motivator jarak jauh aku yang pertama. Blog percuma aku dah cuba. Seronok dengan benda percuma ni ye? Semua yang 'free' memang best. Sebab tu kalau pergi pasaraya tu, ada aje 'free gift' yang di 'attached', selalu terbeli barang yang tidak dalam senarai pun. Suami selalu jeling, tapi kita buat-buat juling tak nampak. Irfan Khairi nama yang tidak asing lagi dalam dunia internet. Nak tahu lanjut, cuma taipkan saja di Google tu. Tahulah apa yang dibuatnya oleh adik yang sorang tu. Jangan tak terbaca sudahlah.

Awalnya aku mendapatkan komputer riba ni dulu, 'website' Irfanlah yang selalu aku jengah. Seronok membaca kisah seorang anak muda yang berjaya dalam usia yang begitu muda. Aku tak begitu gemar perkataan 'jutawan' tu. Naturally!. Mungkin aku rasa macam materialistik sangat bunyinya. Sebab tu juga aku tak mengarah ke sana agaknya!. Tapi... ada tetapinya!... Siapa yang tak mahu hidup berjaya dan selesa?. Itu mungkin perlu dibedah-siasat. Di bahagian mana?. Ikut sukalah!. Otaklah yang tepat. Blog Irfan tu banyak tips-tips dalam perniagaan dan kewangan. Sebenarnya dunia perniagaan dan kewangan ni tak lari jauh dari kehidupan. Saling kait mengait dan bantu membantu begitu. Jadi tips-tips Irfan tu bolehlah 'apply' pada mana yang perlu. Ikutlah kreativiti dan keperluan masing-masing.

Siang tadi ke Vistana Hotel, sempatlah pula aku ke Prelude........ yang dijalankan oleh Irfan untuk mereka yang berminat dengan apa yang dia usahakan dan ingin belajar cara-caranya. Aku yang dah lama merasa agak kebosanan dengan rutin harian, suka-suka cuba mendaftar secara e-mail. Tempat terhad pada 100 peserta katanya dan benar berdasarkan kehadiran. Apa yang 'best', ianya percuma@free. Siapa kata aku tak suka barang percuma. Tapi mesti 'provided' aku perlu barang tulah. Tak perlu buat apa nak diambil, kan?. Biar sahaja orang lain yang lebih memerlukan mengambil peluang. Aku cuba mengambil peluang. Itu sahaja. Alhamdulillah rezekinya ada di situ. Pertama kali juga aku tinggalkan Anas dijaga abah dan kakaknya berdua. Mereka menghabiskan masa menunggu aku di pejabat abahnya. Abah ambil peluang da.....!

Sesi yang berlangsung selama kurang lebih 2 setengah jam itu berjalan lancar. Aku berusaha memberi perhatian kepada butir-butir yang disampaikan. Ambil catitan pada yang perlu. Aku pernah kata, memang aku suka mendengar dan belajar perkara baru. Untuk aku, banyak perkara baru yang diperolehi semasa itu. Mungkin itu tidak buat yang lain. Sekali-sekali berjalan ke luar dari 'dunia kecil' aku, aku cuba usaha untuk berjalan ke tempat yang betul dan semoga ada manfaat. Allah mengetahui segala niat atas setiap perbuatan. Itu akan dinilai. Jadi....., cerita pasal Irfan semula.

Beberapa kali melihat Irfan di kaca TV, hari ini dapat tengok secara 'nyata@live'. Ada juga terujanya. Aku 'described' dia sebagai 'kecil molek' aje. Ala-ala budak nak ambil SPM aje.(So! boyish-itu terma aku!). Hakikatnya, melalui blognya, aku tahu dia seorang bapa dan beranak 4 (tak ketinggalan dia memaparkan 'family photo' di 'slide'-dia memang family-man gayanya-cool. Gambar terbaru rasanya - Cantik!). Namun beruntung dia terkategori dalam golongan yang macam ......'awet muda'. Kena minta tips juga tu...! Tebakan@telahan aku, hatinya mungkin senang dan bahagia bersama keluarga dan kerjaya. Itulah nampak muda. Bravo! Bravo (betul ke penggunaaan bahasa aku ni?).

Aku sempat berkenalan dengan 2 kawan baru. Kak Nor dan Asma. Bercerita tentang kenalan baru semasa perjalanan pulang, anak-anak memintas, "Mak ni kalau ke mana-mana, ada sahaja kenal orang". Jawab saya, "Mak tak suka macam kera sumbang!". Tapi taklah main belasah saja menegur. Lihat yang patut-patutlah. Mereka berdua itu yang ditakdirkan untuk aku kenal, aku terima, itulah!. Kedua-dua boleh tahan ramah dan ada kemesraan juga. Oklah! tu...Aku rasi aje.

Dah lama tak tidur selewat ini. P. Ramlee nyanyi pukul tiga pagi, tapi Cik Abang aku sibuk tengok TV dan tak sempat nak nyanyikan aku "Pukul dua pagi". Aku rasa 'better' aku 'offline 'dulu. Sembang begini, boleh sambung lagi. Selagi minda masih waras, selagi masih ada nafas dan kesempatan, "Gunung dikejar takkan lari". Sekarang tak boleh pakai dah ayat macam ni. Tup-tup ada gempa bumi-gunung pun boleh jadi rata. Dunia ini tua dan semakin tua. Bencana alam di sini-sana. Lepas satu, satu lagi. Manusia tak henti-henti bertelagah dan sibuk memporak-perandakan hidup dan kehidupan. Namun bak kata Rasulullah (jika tak silap). Andai pun esok akan kiamat, benih yang ada di tangan itu tanamkan juga. Selebihnya, berserah, berdoa dan bertawakkal padaNya Allah yang Maha Kuasa.................

2.05am@13/03/11




Jumaat, 11 Mac 2011

DALAM SEHARIKU JUGA AIZAT DAN YUNA

Lega rasanya dah selamat sampai ke rumah. Memandu dalam cuaca hujan renyai-renyai dengan mata yang rasa pejam-pejam celik, timbul juga kebimbangan. Tambahan membawa bersama si kecil yang dijaga si kuat makan dibelakang. Aisyah berkeras tidak mahu ke sekolah Kebangsaan atas alasan sudah habis periksa. Alasannya tidak Cikgu tidak akan mengajar. Sibuk menyemak kertas peperiksaan. Saya mengalah. Ada benarnya. Memang selalu begitu (tak belajar selepas periksa- buat kerja masing-masing).

Kebas-kebas, sengal di belakang badan masih ada. Ubat belum habis dimakan. Inilah kehidupan sihat atau sakit. Senang atau susah. Gembira atau sedih. Putaran Kehidupan. Bila anak meminta tolong, susah juga hendak menolak. Si sulung saya menelefon waktu tengahari meminta saya pergi bergegas ke 'sana'. Terkejut kerana panggilan sebelum ini mengatakan kami harus datang Sabtu petang. Mak ni tak ada lesen bawa roket. Kalau ada - macam roket mak sampai. Inilah Along. Cakapnya sekejap begitu dan sekejap begini. Terdapat perubahan dalam jadual di sekolah. Aktiviti Perkampungan Ilmu (untuk murid-murid bakal menduduki peperiksaan utama) dipercepatkan bermula hari ini dan berakhir Isnin depan. Meminta saya menghantar sedikit pakaian tambahan, kudap-kudapan dan wang poket. Mak pun jadi 'minah despatch' sekejap.

Pergi dalam hujan. Dalam perjalanan pulang, saya menekan-nekan menukar sekejap Era, sekejap Sinar. Mencari-cari lagu yang mahu dilayan. Tahu-tahu kedengaran Aizat dengan lagu Sungai Lui. Gemersik suara Aizat ini memang ada uuuumph!. Bak teh Lipton (silap nih! BOH yang ada uummph. Gara-gara setia pada Lipton)) Berbicara tentang Aizat, mula saya kenali dia melalui lagu Hanya Kau Yang Mampu. Asalnya ingatkan itu dinyanyikan oleh penyanyi seberang. Saya mengaku saya ni tak pasang Astro (hingga kini-apa? ketinggalan? kolot? - Yalah tu). Jadi tak berapa peka tentang Akedemi Fantasia. Selalu dengar-dengar aje. Mendengarkan Sungai Lui memutar semula kenangan pada lagu Hanya Kau Yang Mampu. Masa tu Aizat 'semangat' lagi'. Sekarang berbeza. Saya suka dengan perkataan 'relung' dalam lagu tu. Entah kenapalah! Tanpa sebab.

Menekan-nekan lagi. Kedengaran pula gemersik Dan Sebenarnya dari Yuna. Oh! satu lagi lagu kenangan. Sudah lama saya tak dengar. Serasa lagu itu masih berbisa. Itulah gemersiknya suara kedua-dua penyanyi lelaki dan wanita tu. Muzik seolah-olah satu keperluan pada kita di sini. Itulah persekitaran kita. Muzik juga boleh melalaikan. Kena cari titik pertengahan. Berusaha mengambil yang sekadarnya. Kewujudan penyanyi menjadi-jadi. Pelbagai program realiti dirangka dan dilaksana demi melahirkan mereka. Berebut-rebut anak-anak muda pergi uji bakat. Ada yang tidak segan-silu menangis dihadapan umum dan dihadapan kamera bila gagal ujibakat. Kononnya perjuangan tak kesampaian. Saya kekadang pun naik meleleh 'air hidung'-bukan air mata, walau tak sedih melihat aksi mereka. Itu percatuan mereka.

Kini, untuk menjadi seorang penyanyi yang dapat menarik peminat, perlu lebih 'kreatif'. Walau namanya penyanyi, jangan harap menyanyi sahaja. Rasanya takakan ke mana. Lihat contoh Aizat, tak menang sebagai juara, namun berlari jauh meninggalkan rakan-rakan seperjuangan dari AF. Berbakat bermain gitar dan mencipta lagu menjadikan usahanya lebih ke hadapan dari yang lain. Sanggup mengambil risiko dan berdikari. Itu juga kelebihan Aizat. Terbaru, rujuk pula Ana Raffali. Dia Aizat versi wanita. They deserve it!. Itu juga percatuan mereka. Saya menikmati dan memerhati mana yang terperhati (ada ke perkataan ni?).

Eh! pukul 6 dah. Angah akan ke Tuisyen. Kelihatan masih leka, belum mahu mula bersiap. Mak kena 'jerkah' baru nak gerak. Kuat leka. Mak pun leka juga? Yalah tuu.... Kena pakai topeng singa dan takutkan dia. Tadi!..., terpaksa Mak jadi doktor waktu tengahari. Angah tersepak kaki meja sampai luka atas ibu jari kaki. Darah keluar banyak juga. Maklum luka ditengahari memang banyak keluar darah. Mak buat plaster sendiri. Bubuh 'facial cotton ball' yang dah diletak minyak gamat PETANI dan balut dengan 'selofan tape'. 'Emergency' dah. Dah jumpa topeng! Nak berlakon sikit......

6.15PM@11/03/11

Khamis, 10 Mac 2011

ALAMAK! AKU BUKAN HAFIZAH.

Gambar budak kuat makan, masa gongak sikit hari dulu!


Sekembalinya Aisyah (anak ke-3) dari Sekolah Agama sesi pagi, laju memberitahu saya Ustazah memujinya dengan mengatakan BAGUSSS!..... Saya renung tepat ke matanya. Ini memang sering saya lakukan pada anak-anak (bapak anak pun boleh!-tak salah nak mencuba, lebih tu 'girlfriend' mahupun 'boyfriend' atau sesiapa sajalah. Ikut suka.), untuk mencari kepastian tentang kebenaran. Mata yang bersinar dalam cara tertentu akan tercermin kebenaran mahupun kebohongan- ibarat suatu tingkap. Sah, dia tidak berbohong, malah teruja. Siapa tak suka dipuji. Puji-pujian boleh memotivasikan seseorang. Terutamanya kanak-kanak. Namun berpadalah. Pujian yang berlebihan juga boleh menyumbang kepada meninggikan keegoan dan membawa kepada lupa diri. Pujian yang Mutlak hanya untuk Allah yang Maha Sempurna.

Saya tahu bahawa hari ini hari akhir ujian di sekolah agama. Ujian Muqaddam dan Shafawi mengakhiri ujian tersebut. Beberapa hari lalu dia sangat takut dan meminta tolong saya memandu dia menghafal ( baca tanpa melihat-lebih tepat lagi hafaz - yang lengkap bertajwid tu) surah Al-Alaq. Saya ni bukan Hafizah. Sekali lalu memang rasa tak pandailah. Namun saya juga pernah belajar untuk menghafaz. Bermulanya di Tingkatan 1. Ustaz Ahmad (muka macam Adam Ahmad. Sungguh tak bohong!. Kena pulak masa tu Adam Ahmad masih popular dengan lagu apa..... yang ada sebut Mawar, Mawar tu... Lupalah pulak). Selain tu syukur juga bertemu Ustazah di tingkatan 4 dan 5. Saya benar-benar lupa namanya (Nazifah! jika tidak silap ingatan saya yang lemah ni.). Apa yang saya ingat wajahnya bersih dan dia memang ' tangkas' mengajar. Semua surah yang perlu dihafal, dia pastikan kami lakukan dikelas. Masa tu murid Islam aliran Sains boleh dibilang dengan jari. Jadi tak timbul masalah tak cukup masa pada kami. Pengukuhan dibuat sendiri di rumah. Dua orang itulah yang memberi saya ilmu dan cara-cara menghafaz pada tahap awalnya. Kemudiannya adalah saya belajar sendiri-sendiri. Menonton TV dan mendengar radio juga dapat mengutip serba-sedikit ilmu.

Saya berusaha membantu si Aisyah. Simpati pulak lihat dia semacam tidak yakin. Akhirnya saya secara jelas memberitahu dia cara-cara untuk bermula. Saya katakan padanya:

  1. Mula-mula baca lancarkan dengan melihat pada buku. (tiada sangat masalah kerana sudah dilakukan disekolah).
  2. Kemudian saya menyuruh dia membaca setakat mana yang dia mampu hafal. Oklah ada yang sudah dicapai.
  3. Dia bermaslah bila ayat semakin banyak. Seolah ada panik dan gabrah. Saya katakan jangan begitu. Saya ajarkan untuk menyambung satu demi satu ayat secara berperingkat. Dan banyakkan pengulangan.
  4. Saya mulakan di mana dia 'tersangkut'. Lihat dan baca ayat itu sambil menatap betul-betul segala huruf, baris dan saya katakan - macam ambil gambar. Petiklah kamera dan simpan dalam kamera tu. Pendeknya 'memorize by hard'. Ulang paling kurang 3X (lagi lebih lagi baik).
  5. Lepas dari tu, tutup buku dan sebut dan lancarkan tanpa melihat itu sebanyak paling kurang 3x (lagi lebih lagi baik)
  6. Lepas dari itu baca ulang dari ayat pertama sehingga yang baru dilancar itu sambil menutup buku. Proses ini dibuat sehingga habis ayat. Insyallah itulah caranya.
Namun sedikit malang untuk Aisyah, saya tidak sempat menghabiskan kesemua ayat bersama dia. Pagi tadi (sebelum ke sekolah) ada saya tanyakan, bagaimana bolehkah dia menjawab nanti. Dia menjawab mudah dengan 'entahlah'. Ada juga bimbang, namun saya lupakan sahaja. 14 ayat pun ok dah fikir saya. Atas sebab itu saya sedikit terkejut dan kurang percaya bila dia mengatakan dia telah mendapat pujian kerana berjaya membaca keseluruhan Surah tersebut. Saya cuma mengucap syukur. "Segala Puji Hanya Buatmu Ya Allah!".....................


12.40pm@11/03/11

HELLO! BERCAKAP DENGAN PUAN FADZILAH.

Petang tadi, semasa tinggal hanya berdua dengan si Anas, telefon bimbit berbunyi. Sangkaan saya panggilan anak sulung dari asrama. Mungkin ingin melaporkan berita terkini dirinya. Tersilap. Panggilan dari dari yang tak dikenali. Patutlah nombor terpapar di skrin itu janggal saja kelihatan. Suara wanita, "Boleh bercakap dengan Puan Fadzilah". Itu bahasa santun datang dari yang tak dikenali. saat mendengar perkataan Puan, sedar sudah saya, macam formal sahaja bunyinya. Mula membaca-baca, siapa si pemanggil. Saya menjawab, "Ya, bercakap!". Suara itu memperkenalkan diri dengan begitu pantas, sehingga tak sempat saya menangkapnya. Saya diamkan sahaja. Disusuli dengan soalan, "Puan kenal seseorang dari Selayang?" Lalu menyebut satu nama. Pastinya saya kenal. Ditambah pula dengan nama suami beliau. Itu rakan sama belajar di ITM. Masa membuat Diploma dahulu. Beliau saya panggil Kak..... Pernah tidur sekatil dan sebantal lagi. Namun sekarang hanya sesekali berhubung. Kali terakhir bersms mengenai pemergiannya dan suami mengerjakan Haji.

Wanita itu sebenarnya agen dari sebuah syarikat jualan. Saya yang sememangnya tidak begitu gemar dengan panggilan sedemikian, merasa keberatan. Mengaku mendapat nombor telefon dari rakan saya dan mengatakan ingin datang ke rumah untuk memberi servis percuma, sekaligus mempromosi barangan. Oh! Semudah itu. Saya diberitahu kononnya rakan saya telah membeli produk tersebut dan beliau mendapat kuota untuk 'perkara' yang ditawarkan kepada saya itu. Saya pantas sahaja membaca itu helah pemasaran. Sebelum ini pun pernah beberapa kali tersesat beberapa kali panggilan sedemikian. Namun kali ini agak berbeza kerana melibatkan pihak ketiga. Saya secara semulajadi berusaha mengakhiri perbualan. Saya menolak untuk menerima. Suara dihujung talian itu kedengaran agak kecewa. Mungkin menyangka bodoh untuk saya menolak sesuatu yang percuma. Untuk saya, saya cuma rasakan tidak perlu. Secara terhormat saya menamatkan perbualan.

Dalam dunia serba canggih kini, alat telekomunikasi memang menjadi sesuatu yang amat mustahak. Telefon bimbit yang serba canggih, membawa bersama-sama 'self-esteem' sipemakai. Nombor telefon kita juga mudah sahaja diketahui oleh sesiapa sahaja. Jika merujuk pada penggunaan internet pula, lagi seribu satu cerita. Semuanya hanya berada dihujung patukkan jari ke arah butang-butang di papan kekunci. Kini dengan Facebook, Twitter dan entah apa lagi; perhubungan dengan dunia luar melalui alam maya sungguh mudah. Namun setiap kejadian ada kekuatan(kebaikan) dan kelemahan(keburukan). Itu juga terpulang kepada pengguna itu sendiri. Tidak sedikit cerita, mengenai rumahtangga yang runtuh gara-gara Facebook. Gara-gara SMS cinta. anak dara lari ikut lelaki dan segalanya. Sampai besok cerita pun takkan habis. Itu semua memang agak tidak wajar bagi saya. Hakikatnya itu yang telah, masih dan tetap akan terjadi.

Sampai kini, sering anak-anak bertanya, " Mak tak buat Facebook ke?". Saya jawab, "Mak tak rasa lagi nak bukukan muka Mak". Kami senyum-senyum sama-sama. Itu seloroh saya. Sebenarnya, saya belum rasa perlu. Jika tak perlu, tunggu sehingga perlu. Untuk kini saya cuma suka pada Blog dulu. Itulah yang dihadap. Bila anak melihat Adillaharun. Lagi soalan. "Mak siapa Adillaharun tu?". Saya menjawab,"Maklah!". Biasa dengan panggilan Dila@Dilah dari mereka yang dekat, saya memilih Adilla dan Harun(asalnya Arun )itu adalah gelaran ibu 'transit' (berbangsa India Kristian) kepada Almarhum bapa saya semasa kecil dahulu. Semuanya spontan sahaja. Namun saya dah serasi.

Saya tidak secekap seperti orang lain dalam penggunaan internet ini. Saya bergerak dalam lingkungan dan kapasiti yang boleh sahaja. Mulanya saja suka-suka. Kini sudah terbiasa. Ia saya anggap sebagai satu tingkap. Melaluinya saya menjengah-jengah dunia luar. Bak kata Pak Cik iklan Astro, MACAM-MACAM ADA!....

11.55pm@10/03/11


Rabu, 9 Mac 2011

UJIAN PENILAIAN, PEPERIKSAAN DAN CUTI SEKOLAH


Walau 'mood' agak kurang memberangsangkan untuk menulis, namun saya memaksa diri untuknya. Inilah saya, manusia biasa yang ada naik turun dalam setiap perkara. Justeru itu mengukuhkan lagi persepsi saya yang beristiqamah dalam sesuatu perkara (fokus yang baik) adalah lebih sulit dari memulakannya. Itu juga perlu belajar bermujahadah. Banyak lagi perlu belajar dan mendidik diri. Selagi bernafas dan nadi berdenyut itulah cubaan dan dugaan yang perlu dilalui.

Memandangkan tidak lama lagi cuti sekolah penggal pertama akan bermula, itulah yang saya akan perkatakan. Sebagai seorang ibu yang tiga dari empat anak sedang bersekolah, memanglah cuti sekolah membawa pelbagai cerita. Biasanya akan timbul soalan-soalan seperti, "Mak, abah kita tak pergi mana-mana ke, cuti sekolah ni?". Tiga mulut itu pasti bantu membantu atas soalan tersebut. Boleh didengar juga, "Boringlah, kalau asyik duduk dekat rumah aje". Padahal hampir setiap minggu pasti keluar, paling tidak ke pasaraya. Ya! pasaraya sekarang seolah-olah dah jadi rumah kunjungan hujung minggu. Maklumlah atas dasar cara hidup manusia kini, untuk menziarah pasaraya lebih mudah dari mengunjungi saudara-mara. Tidak perlu 'appointment'. Saya lihat diri sendiri saja. Jika orang nak bertandang, mesti menelefon dahulu. Buat temujanji. Bukan apa untuk mudah buat persiapan. Biar pasti semua ahli keluarga ada di rumah dan sebagainya.

Terfikir-fikir juga tentang cuti sekolah. Apa yang pasti, masa akan berlalu dengan pantas. Pejam celik dah buka sekolah semula. Apa yang penting pada saya adalah apa yang terjadi sebelum cuti sekolah itu. Maksud saya tentang ujian pertama yang diduduki oleh anak-anak itu. Ujian bulan March ini adalah penilaian pertama untuk tahun ini. Sebagai ibu bapa kita janganlah ketinggalan dari mengambil tahu perihal pembelajaran anak-anak kita. Bukan perlu 'pantau' sampai mereka dan kita sendiri tak boleh bernafas, cuma tunjukkan rasa ambil berat. Setidak-tidaknya mereka sedar yang ibu bapa ada memikirkan dan prihatin. Mereka pasti rasa disayangi.

Saya sendiri kurang berkesempatan untuk terlalu melatih anak-anak. Terlalu sibuk dengan si kecil. Cuma selalu pesan, "Jangan lupa belajar, nanti mudah menjawab peperiksaan." Selain itu waktu musim periksa tu, psaikologi sikit. Bila mereka nak pergi sekolah tu, pastikan mereka tidak tinggal bersalaman dan minta mereka jangan lupa membaca Bismillah dan berdoa sebelum memulakan menjawab soalan. Jawab soalan hati-hati. Jangan biar soalan tak berjawab. Apa sahaja untuk tunjuk kita ambil peduli. Persoalan mereka pandai atau tidak, itu nombor dua. Jika anak kurang berkebolehan, itu perlu kepada proses pemulihan yang berterusan. Perhatian kita perlu tanpa ada syaratnya. Mudah-mudahan anak terangsang berubah dengan perhatian yang diberikan. Lebih dari itu doa dari ibu bapa amat, amat perlu. Dari Allah kita dijadikan dan hanya dia yang mampu mengubah keadaan setiap sesuatu itu. Kepadanya juga semua akan dikembalikan.

Setiap anak-anak itu berbeza dari satu perwatakan ke satu yang lain. Lagi ramai, lagi meriah kata orang. Benar, seronok pun dengan mereka, marah pun dengan mereka. Namun ibu bapa mana yang tidak sayang pada anak-anak. Selalu marah-marah, sayang. Marah-marah, simpati dan tak sampai hati. Untuk mereka sentiasa diusahakan yang terbaik. Cuba memenuhi keinginan dan harapan mereka. Namun elakkan pula menurut 'membabi buta' terhadap permintaan yang tidak dalam lingkungan keupayaan kita. Itu juga yang dipelajari dari ibu bapa kita sendiri. Bukan mengharap apa imbalan. Itulah tanggungjawab dan lebihnya amanah. Amanah yang bakal dipersoalkan.

Putaran hidup yang dilalui sehingga menjadi seorang yang bergelar ibu dan ayah, pasti tidak sama dari individu ke individu yang lain. Namun tanggungjawab asas itu tetap sama. Perlu mendahulukan yang 'priority'. Kadangkala akan terjadi pertembungan, disitu kebijaksanaan teruji. Namun insan yang pintar pasti mudah menanganinya. Jika tidak cukup bijak, dapatkan bantuan dari pakar-pakar yang boleh memberi nasihat dan tunjuk ajar. Pokok pangkalnya, hidup berkeluarga menuntut banyak pengorbanan. Pengorbanan ini akan dinilai oleh Pemilik Alam ini dan bakal mendapat gred masing-masing, sepertimana juga peperiksaan yang dilalui anak-anak di alam persekolahan.......






Ahad, 6 Mac 2011

PEGUAM SYARIE BUKAN ISLAM!???

Semalam, sempatlah membaca Harian Metro. Seperti biasa baca apa yang rasa nak dibaca. Maknanya taklah khatam. Ada yang kata akhbar Metro banyak berita sensasi. Pada saya biasalah. Kisah masyarakat. Mayarakat terbentuk dari pelbagai bangsa dan lapisan. Selagi ada yang boleh diketengahkan dan mahu dibaca, selagi itu kisah-kisah tersebut terus akan didedahkan di dada-dada akhbar. Itu juga salah satu cara manusia mengambil tahu hal antara satu sama lain.

Sesuatu menarik perhatian saya, di muka 38 ruangan Setempat. Berkisahkan penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonan seseorang yang bernama .... (aku tak kenal Auntie ni!) bagi mencabar keputusan bahawa hanya peguam beragama Islam sahaja dibenarkan sebagai pengamal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Itu berdasarkan satu muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Islam yang bersidang pada 15 Disember tahun lalu. Telah diterangkan juga sebab-sebab kepada penolakan tersebut.

Peguam bepegang pada hujah tentang kelayakan anak guamnya itu yang dikatakan memiliki Diploma dalam Undang-Undang Syariah dan Amalan daripada UIAM pada 2004. Sebagai nasi tambah dibangkitkan juga bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh menjadi peguam syarie dan hanya orang Islam yang layak jadi peguam syarie. 17 Mac akan ditetapkan keputusan berhubung permohonan itu. Itulah kisahnya....

Aku tak tahu kenapa, berita tersebut membuat aku semacam terasak. Perasaan aku je ke? Jangan perasan sudah. Insyaallah tidak rasanya. Rasa macam berbahang pulak, walau tak duduk dekat bara. Aku tak faham betul dengan sesetengah manusia ni. Tak faham bahasa ke apa. Bahasa Malaysia kan ke Bahasa rasmi. Kalau dah ada kelulusan macam tu, mustahil tak reti bahasa. Atau buat-buat tak reti. Aku baca artikel dalam Harian Metro tu, baiklah punya susunan bahasa. Memang santun habis. Puaslah diterangkan tentang keperluan keimanan pada Allah dan sebagainya. Aku faham itu demi menjaga hati dan perasaan pihak terlibat. Menjaga keharmonian bermasyarakat majmuk. Wajarlah tu.

Inilah yang menggusarkan aku. Aku nyatakan rasa hati aku di sini. Aku sebenarnya tak kisahlah nak berslogankan 1Malaysia tu. Setiap pemerintah ada slogan dan cara tersendiri dalam kepimpinan mereka. Pasti mereka ingin yang molek-molek untuk rakyat dan negara tanah tumpah darahku ini. Aku ngerti dan faham. Tapi bila timbul permintaan-permintaan sebeginilah, aku ada rasa jengkel. Itukah 1Malaysia yang dalam tafsiran mereka. Sebagai seorang yang beragama Islam, aku banyak lagi yang kurang. Namun Islam adalah sendiri sesuatu yang suci lagi syumul. Jangan sesekali sesiapa cuba mencalarkannya. Sekali pun bersubahat ke arah itu. Bimbang ada padahnya. Maaf aku kena beritahu sikit. Haraplah pihak-pihak yang berkenaan mengambil tanggungjawab. Ada pesanan yang mengatakan 'sesuatu urusan jika diserahkan pada yang bukan ahli, bakal mengundang binasa'. Dalam hal ini, pada aku Diploma yang Auntie tu miliki tak cukup nak menjadikan dia ahli syarie. Hairan ya, minat bebenor dia dengan kes orang Islam ni. Ngape yek? Tolong fikir sikit. Untuk aku Islam sebagai agama rasmi mesti dihormati. Rasanya untuk Islam, Perlembagaannya tak semua bertulis atas kertas, macam Perlembagaan Persekutuan tu. Ada yang ghaibnya. Kalau dah kata tak boleh tu, tak bolehlah. Ini nak mencabar keputusanlah, nak semakanlah, nak cuba membatalkan keputusanlah, minta pengisytiharanlah. Aku macam dah naik geramlah pulak! Naik geram ye. Aku ulang. Bukan 'kaduk naik junjung'.

Aku rasa ramai lagi anak-anak orang Islam dan berketurunan Melayu yang ada kelayakan untuk menjadi Peguam Syarie. Biar sajalah depa yang pikul tanggungjawab fardhu kifayah tu. Kalau depa dah buat. Orang lain tak payah. Fokus kat lainlah pulak noooh... Banyak lagi benda yang 'interesting' ada kat luar sana tu. Tak perlu susahkan diri. Ini isu yang sensitif. Penyelesaiannya amat perlukan ketegasan dan berdasarkan kebenaran. Islam itu sesungguhnya cahaya bertunjangkan keimanan dan kepercayaan pada Allah dan Rasul. Syahadah......

11.30pm@06/03/11






Khamis, 3 Mac 2011

DIMENSI: AHMADINEJAD DAN FAISAL TEHRANI

Di hari yang mulia, Penghulu Segala Hari ini aku terilham dengan tajuk di atas. Apa saja aku ni? Seolah-lah cuba menakutkan diri sendiri aje. Siapalah aku ni nak berceloteh mahupun mengomel tentang dua insan di atas tu?. Namun itulah naluri namanya. Bila terpanggil, nak sahut atau tidak. Itu pilihan. Apa kata, aku cuba. Aku mulakan dengan Bismillah dan Salawat serta Salam pada Rasulullah dan Ahlinya.

Aku letak kalimah DIMENSI kat depan tu, sebab tulisan ini umpama rajah yang aku lukis. Jadi dimensinya aku yang melakar. Sempurna atau tidak, aku ternyata masih lemah. Bukan menurut sesiapa. Bukan dipengaruhi sesiapa. Tidak dibayar mahupun diugut. Terlebihlah pulak! Ini lahir dari dalam diri. Supaya tidaklah dijadikan isu pula. Pemikiran manusia kadangkala tak terjangka. Ini yang aku cuba-cuba membaca. Ok! Tinggalkan yang tu dulu.

Nak diceritakan sebenarnya, aku ni tak kenal pun siapa Ahmadinejad tu. Tak kenal, tak ambil tahu, tak peduli, tak mencari. Maklumlah 'orang rumah' - sibuk atau tidak, berkisar pasal rumah dan persekitarannya saja. Namun satulah. Melalui 'toy' aku, aku belajar mengambil tahu. Komputer riba ni - 'toy' akulah. Itu pasal kalau anak-anak usik lebih-lebih, kena 'sound' - "Don't play with mum's toy"(versi bahasa Melayulah). Anak-anak faham sangatlah. Kadang-kadang 'depa' cop juga macam-macam. Itu 'story' lain hari.

Komputer riba tu, kenderaan aku aje. Bila dah ada kenderaan mesti ada jalan. Jalan ni aku jumpa masa aku bersiar-siar di blog saudara Faisal Tehrani (Dr). Asalnya ingatkan dia galak menulis tentang Penulisan Kreatif. Maklumlah diakan Novelis. Pengarang kesukaan ramai gitu. Anugerah Sasteralah, apalah.... Tengok kat blog dia tu -berjela-jela ibarat perjalanan Kilometrico. Korang bacalah! Aku tengok (masa aku memula ke situ) memanjang juga cerita si Presiden yang seorang tu (selang-seli dengan yang lain). Tanpa alasan aku layan terus membaca. Hah! yang menariknya gambar-gambar dalam blog tu bercakap. Tapi taklah sampai macam dalam cerita 'Harry Potter 'tu. Itu kes 'deraan mental'. Pembohong. Gambar-gambar yang dipilih untuk dipaparkan mempunyai cerita masing-masing. Kekadang tu dia tak tulis pun. Dia letaq' gambaq'. Hang 'intepret' ikut hang. Kekadang tu boleh salah tafsir juga dibuatnya. Kalau gelojoh sangat nak menafsir. Tak sampai serulah jawabnya. 'Abstract' sangat ke?

Cakap pasal 'seru'. Ada yang mengatakan saudara Faisal Tehrani tu Syiah. Oleh sebab dia selalu bercerita semacam seru-seruan pasal Iran, Syiah, Ahlulbait, Karbala, Sayyidina Husain dan Ahmadinejad, agaaakkknya!. Padahal' banner' dia dah tulis dah "Saya tidak bermazhab Syiah tetapi mencintai Husain-Hamka". Lebih kuranglah tu. Nak tahu tepat. Tengok sendiri. Justeru semua itu ada yang melabel saudara FT(short form dia) tu nak menyeru-nyeru akan kesyiahannya kepada orangramai. Mengagungkan Ahlulbait tu disalahkan. Entahlah..... Aku pun kurang fahamlah minda sebegitu. Untuk aku, aku cuma rasa dapat satu dimensi baru bila baca blog dia. Aku seolah baru perasan yang dalam Islam ni pun ada pecahan-pecahannya mengikut Mazhab. 'Complex'.

Mengertilah aku dan kita bahawa Islam itu hanya satu. Iaitu CARA HIDUP. Jika lebih lagi - cara hidup yang dibawa Rasulullah untuk kita berusaha teladani. Jadi kenapa pula bermazhab-mazhab?. Sahlah untuk saling kenal- mengenal dan belajar mempererat ukhwah mahu pun silatulrahim. Dunia akan menjadi kaku dan beku ala-ala Kutub Artik dan Antartik (la ni pun dah belajar-belajar mencair) jika semua sama tanpa ada musyawarah, dialog mahu pun perdebatan. Allah beri itu semua dengan penuh rahmat dan berhikmah. Jika Allah nak memaksakan hanya satu Mazhab sahaja, dia TERAMAT BERHAK, bukan manusia, tapi mengapa tidak sebegitu. Itu tugas kita berfikir. Berfikir dengan akal dan matahati. Bukan hanya menurut hati. Apalagi hati yang ada iri, seiri Iblis terhadap Adam dan Hawa. Sebolehnya bertepuk ketika kedua-duanya terhumban ke dunia dari syurga. Aku dah masuk tahap 'emosi' rasanya. Control!!!. Tarik nafas dalam-dalam!. Lepas...

Kadangkala dalam sibuk nak mengaku aku yang betul dan kau salah, kita semua lupa pada pokok CARA HIDUP@ISLAM itu sendiri. Timbul pula permusuhan, pertelagahan, pergaduhan, dan semua yang mengarah kepada pihak musuh mengambil kesempatan. Nah! Musuh sebenar adalah Yahudi, Zionis dan semua yang bersekutu dan seangkatan dengan mereka. Itu yang wajib ditentang habis-habisan jika berdaya dan seupaya mungkin. Usaha kita cuba menjadi PATRIOT terhadap ISLAM. Kemudian pada tanahair dan.....

Sampai kini aku masih lagi kerap melawat ke blog saudara FT tu. Aku tolak tepilah persoalan yang pernah menerjah. Dia Syiah ke? Tidak ke. Dia dah buat pengakuan dia. Ramai masih tak percaya. Hak masing-masing. Belajar berbaik sangka. Itu lebih baik. Ramai juga yang tanya kenapa memuja-muja sangat akan si Ahmadinejad tu. Istimewa sangat ke? Dah tak ada pemimpin negara yang nak dikagumi? Pergilah duduk kat Iran, kalau beria sangat memuja Presiden yang satu tu. Apalah. Kagum dan 'respect' sikit. Tak salah bukan?. Ada pula yang kata dia sebenar kejam. Tak seperti yang digambarkan. Kadang-kadang aku pun naik fhusing la (ibarat kata P.Ramlee). Kalau rumah aku sebelah dengan Ahmadinejad, senag aje aku ketuk, beri salam dan tanya dia sendiri. Tapi Ahmadinejad kena faham Bahasa Melayulah. 'If not there won't be any conversation'. Jadi itik dengan ayamlah. Tapi bukan macam tu. Ini buat aku tertanya-tanya. Baru nak percaya dia baik, dengar pula cerita buruk. Masalah sahaja dalam dunia ni. Peranan media memang teramat besar dalam hal sebegini. Terutama media antarabangsa. Tak antarabangsa pun kira juga. Ikan kecil biasa membontoti yang besar. Konon-konon nak berlindunglah (safety purpose). Silap haribulan kena makan balik dengan yang besar. Uurrrp! Sendawa kekenyangan...

Kesudahannya aku manfaatkan sahaja apa yang ada pada diri ini. Kita ni ada jasad dan ada roh. Pemikiran kita pun begitu. Otak yang ala berlekuk-lekuk itu jasadnya. Akal atau minda itu rohnya. Untuk masa ini aku menyimpulkan bahawa Ahmadinejad tu boleh dijadikan contoh (untuk yang mahu) pemimpin Islam yang baik. Seorang yang bersederhana. Amat mengambilberat perihal rakyat. Berusaha menunjukkan teladan yang positif. Lantang menentang musuh Islam. Memberati persoalan Islam. Itu idea-idea yang meresapi aku. Bukan merasuki. Nanti dikata 'meroyan' pulak. Menganggap kewujudannya di era kini wajar sekali. Tidak salah jika kita katakan dia ditakuti dan digeruni musuh. Ketakutan dan kegerunan yang sebegitu amat perlu bila Islam dinjak dan diperlekeh. Hanya pemimpin Islam yang mendaulatkan agama akan jelas kepimpinannya pada yang dipimpin.

Nak menaip entri ni aje, sepuluh kali tersangkut. Bila nak habis daaa... Menyambil. Faham-faham ajelah. Anak berak - kena bersihkan. Ah! macamlah. itu masalah aku. Aku tak sabar nak menoktahkan tulisan ini. Aku ada membeli sebuah buku bertajuk 'AHMADINEJAD Singa Baru Dunia Islam (Edisi Jimat). Keluaran PTS Islamika. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Cetakan kedua 2009. Harga 14 hengget aje. Aku terdorong membeli sebab kebetulan ada dijual dikakilima dalam pasaraya. yang selalu aku pergi. Lama dah aku beli. Aku bukan nak 'recommend' tapi beritahu sahaja. Melalui buku ini aku katakan pada diri aku, tak hairanlah insan yang dilihat bertubuh sederhana ini dengan wajah selamba berhati waja kerana ayahnya adalah seorang TUKANG BESI. Wajarlah beliau kental dan bersemangat terhadap perjuangannya. Teringat pula akan Surah Al-Hadiid... Eh melalot le. Ada kene mengena ke????

6.50pm@04/03/11



Selasa, 1 Mac 2011

AKU. SEDETIK LEBIH DAN ANUAR ZAIN .

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Meneguk secawan kopi pracampur 3 in 1, berjenama HOMES CAFE - Kopi Putih Ipoh berperisa oren dan mengunyah tiga keping JACOB'S CREAM CRACKERS terasa ada nikmat. Menghayati bait-bait lirik lagu terbaru dari Anuar Zain yang kini menjadi halwa telinga, pun begitu juga. Sudah lama juga 'jiwa' kental ini tidak 'terusik' sedemikian cara. Mendengarkan lagu ini awalnya aku rasakan biasa saja. Masuk kesekian kali, aku dijengah oleh rasa yang kini terasa. 'Jiwang' pulak ke aku ni? Aku terpinga-pinga sendiri. Eh! Macam kurang patut aje. Angguk-angguk, geleng-geleng sendirilah!

Aku pun mula lebih mendalaminya. Syahdu betul ye!. Suara Anuar Zain usah dipersoal. Vokal dia memang ada kelas. Melihat video klip itu di TV, lagu dan Hikayat Merong Mahawangsa - semacam dah meremang bulu roma. Orang lain aku tak tahulah. Anuar Zain sudah mencapai kematangan dalam kelasnya tersendiri dalam nyanyian. Jauh dari KAIN PELIKAT LA, LA, LA di satu masa dahulu. Pendeknya lagu itu sungguh mengusik jiwa. Jiwa yang tengah rapuh gitu!!. Sentimentallah pulak. Kena beristighfar! Jangan sampai lupa diri.

Alunan suara Anuar Zain yang berpadu dengan muziknya yang ala-ala orkestra itu, nampak 'grand' video klip tu. Aku naik suka menontonnya. Hikayat Merong Mahawangsa tu belum ditayangkan. Namun aku seolah merasa, ia bakal hebat. Tak tau kalau silap menafsir pula. Barisan pelakon nampaknya tepat dan hebat (yang aku perasan kat situ le). Hebat atau tidak kena tunggu ia ditayangkan dululah. Jangan Tipah tertipu sudahlah!. Ada sesetengah filem tu 'promo' aje beria-ia. Cerita 'hampeh'. Harap tak sampai ke situ. Teringin nak tonton. Entah merasa, entahkan tidak. Nak masuk panggung dengan anak kecil tak pernah aku buat. Tengok rezeki dulu le. Cam ne yek? DVD aje kot!.

Berbalik pada penyampaian SEDETIK LEBIH oleh Anuar Zain, memang tersentuh 'qalbu'. Eja Arablah pulak. Ekspresi muka dia dengan gaya tu bersungguh dengan lagu. Itu aku suka. Di situ dia tak' overdo' (macam sesekali aku tengok dia). Santai dan lancar. Aku suka. Kerana terlalu suka (bawa ngucap...), aku 'highlight' dengan' red color'. Di persada maya ini, aku ingin tujukan pada pada orang yang aku rasa layak untuk ditujukan. Dah lama tak buat gini. Sejak zaman pacaran dulu. Hih!Hih!Hih!. Terbalik 'coat' ke? Sekali-sekala. Untuk Abah kepada anak-anakku...SEDETIK LEBIH!...


5.00pm @ 02/03/11