Ini waktu siaran langsungnya. Waktu ini hadirin memenuhi ruang depan sekitarnya. Kira penuh. Diakui seronok beramai-ramai berselawat sambil mendengar dan mengalunkan Qasidah. Paling lagi mendengar kisah sirah Nabi dalam bentuk alunan suara bersama paluan mudah alatan muzik yang bersesuaian untuk membangkitkan rasa rindu, syahdu dan semangat dalam usaha menghayati sejarah hidup, perjuangan dan sifat kasih mesra lagi penyayangnya Rasulullah pada umatnya. |
Ini adalah naskah yang diedarkan oleh pihak pelaksana majlis. Di dalamnya mengandungi beberapa Qasidah. Qasidah Iftitah, Qasidah Assalamualaik, Qasidah Ya Hanana dan Qasidah Solatun Bissalamil Mubin sempat saya tunggu. Namun untuk Qasidah Mahalul Qiam yang terakhir dalam aturcara ini, saya terpaksa berundur kerana askar kecil dah tak boleh menanti lebih lama. Jadi kami pulang dengan memori baru dalam diri. Kakak-kakak berkenan dengan Qasidah Ya Hanana. Masa di sana lancar mengikut. Sekembali di rumah dah lupa irama dan nada. Nampak sangat tak biasanya! |
*Apa yang paling saya ingat di situ, adalah dikatakan bahawa sesungguhnya 'Nur' Rasulullah s.a.w telah diciptakan 2000 tahun(tak silap telinga mendengar hendaknya) sebelum kejadian penciptaan Nabi Adam a.s. Lantas 'Nur' tersebut dimasukkan sekali bersama-sama ke dalam penciptaan Nabi Adam a.s. Masa demi masa 'Nur' tersebut berpindah dari sulbi para Nabi yang mulia itu, ringkasnya (Adam-Nuh-Ibrahim-Musa-Isa) juga ditumpahkan dan terpelihara pada rahim-rahim yang suci lagi bersih pula sehinggalah tiba masa Rasulullah itu pada hari kelahiran dan kebangkitannya. Itu juga sebagai petanda Kiamat akan hampir tiba.
Saya semakin jadi jelas. Sebelum ini sering kita dengar Rasulullah itu rahmat sekalian alam merangkumi yang lepas, sekarang dan akan datang. Baginda Kekasih Allah penuh keistimewaan dan maqamnya begitu terpuji melewati yang lain di sisi Allah. Pemegang kunci syurga. Pemberi syafaat pada umatnya. Jadi, penceritaan di situ menjelaskan pada akal waras saya akan keselarian terhadap apa yang didengari dan diketahui sebelum ini. Hakikatnya Baginda sebagai Insan Paling Mulia dan ketinggian martabatnya serta betapa istimewanya kita sebagai umat kepada Baginda. Bertuah namun sering kita palingkan darinya. Maha Suci Allah lagi Maha Teliti dan Halus penciptaan dan kejadianNya.
Betul tu Ayie. Sebenarnya nak mengajak orang ke Masjid juga kena ikut perkembangan semasa. Kalau bab teknologi kita mahu memiliki semua yang terkini dan terbaik. Maka nak ajak ke Masjid juga tak terkecuali mesti diambil peranan oleh media massa. Itu bagusnya AlHijrah, setakat ini. Tahu memanfaatkan kepada yang sepatutnya. Jika berkesempatan bagus untuk kita raikan usaha sebegitu. Waktu di situ, hati senang sebab di Masjid. Masuk waktu tak payah risau, kita di tempat yang betul. Satu lagi bila berjemaah, roh sembahyang tu ternyata lain sikit.
BalasPadam