Ahad, 3 Jun 2012

SANTAI JALAN-JALAN i-CITY, SHAH ALAM.

Senarai harga permainan terpampang di papan ni, memudahkan mengira. Lebih jimat andai membeli kad ahli. Sebab kami dah berenam. Dah beli satu. 2 kali top-up. Ini mainan yang di dalam. Di luar ada banyak lagi yang guna token pun banyak. Kalau berhajat datang lagi guna kad ahli ni untuk sedikit penjimatan.

Comel kelihatan dua kuda laut tu. Dah macam dalam akuarium gambar ni.

Tak ketinggalan permainan yang sebegini. Kami tak naik. Si kecik tu cheaaam!....Sebelum ni naik EOM lebih besar rasanya dari yang ini.

Ni yang dia minat. Duduk bergaya je. Main pulas-pulas.

Memang mewah dengan lampu kawasan persekitaran ni. Ambil gambar waktu malam memang cantik.

Along dengan angah merasa di sini. Mak ingat masa di Tambun. Selain di Yaohan dulu-dulu. Tak teridam lagi. Abah dan Anas menunggu di bawah. Anas tu pengeri. Naik kuda pusing saja dan teriak...cheaaamm! cheaaamm! Seriau betul dia bila ada naik turun. Ngeri perut agaknya.

Kawasan i-City ni luas. Istimewanya adalah banyak lampu-lampu berwarna-warni. Arca-arca flora dan fauna agak menarik. Pelbagai bentuk. Dari segi permainan tak jauh beza macam di Genting dan Times Square. Lebih kurang saja. Kurang sikitlah. Cuma saja nak merasa. Akan datang tak tahulah mungkin lebih baik. Tak masuk pun Snowalk. Sebetulnya Anas masih belum baik betul dari demam sejak balik dari kampung. Sebelum jalan makan ubat cukup-cukup. Balik rumah sekali lagi ubat. Janji pada kakak-kakak punya hal. Teringat waktu Aisyah masuk tempat salji di Genting. Terus semput dan lelah. Mmm...kali ni mengelaklah. Main yang lain aje....Apa yang pasti, balik memang letih....

Jangan tidak, menemankan kak Aisyah. Spacewalker. 

2 ulasan:

  1. OH SAYA SUKA GAMBAR YANG DALAM AQUARIUM

    BalasPadam
  2. SAYAPUN NAK PERGI KE I CITY

    BalasPadam