Jumaat, 14 September 2012

HOBI SEBAGAI TERAPI?




Ramai juga yang gemar menjadikan hobi itu sebagai terapi. Berada dalam dunia ciptaan dan anganan demi melarikan diri dari kemelut hidup seharian. Percayalah kena pada masanya ia memang menjadi. Dari kebiasaan gemar menjahit pakaian, saja-saja suka mencuba. Teruja melihat hasil tangan kawan-kawan alam mayaMengagahkan diri. Memilih latarbelakang seperti di atas. Cubaan.... 
Ini watak utama. Pilihan melalui buku yang ada. Cuma lekap dan lukis. Sebab tu nampak sempurna. Hakikatnya bakat melukis tak sampai ke situ. Ini seni 'applique'.  Secara ringkas, kita melukis di atas sehelai 'material'@ kain bercorak lain akan apa-apa yang dimahukan, digunting sebaik mungkin menurut bentuk dan kemudian ditampal pula pada sehelai kain yang lain. Dibelakang lukisan itu terdapat kertas gam dua muka. Kerja begini ada yang nampak mudah. Hakikatnya sebelum fikir begitu kena cuba dulu. Mungkin ini ayat orang amatur dalam kerja begini. Bagi yang dah selalu buat, pasti rasa lebih mudah.
Hah! Ini keseluruhannya. Dipanggil tempat baring bayi. Sayangnya Anas dah agak besar. Macam tak berapa nak sesuai. Saya suka dengan yang di empat penjuru tu. Itu pula seni 'patchwork'. Ringkasnya gunting dan sambung juga tampal. Bentuk bunga dan lambang hati tu hasil lukisan 'free hand' saya. Nampak sangat tak berapa nak berbakat dalam melukis. Bedal sajalah Labu....
Bukan orang jer minat polka dot sebagai corak pakaian, watak utama ni juga tak ketinggalan. Maaf! Ni bukan 'chicken pox' yer....
Dari mata turun ke hati. Entah kenapa...lambang ini jadi pilihan juga. Dari mana datangnya rasa. Dari mata turun ke hati. Begitu juga rasa cinta dan sebagainya. Mengatasi segala itu, disitu jugalah asalnya lubuknya 'takwa'.
'Dia' ni tak senang lihat bentang-membentang. Nak juga baring. Kan dah dikatakan, ini tak sesuai untuk bayi dewasa. Mungkin sesuai hadiah kat orang lain jer.....

4 ulasan:

  1. wa.. tahniah! memang cantik applique ayam tu.. keep it up sis!
    lepas ni kena buat yang lebih besar lagi.. :)

    pathcwork yang empat di penjuru tu memang cantik.. kalau buat banyak2 memang marveles... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. MamaDaniel....Patutnya saya kredit pada Cik Mila. Dalam diam admire kerja-kerja dia dan tergagah juga buat sendiri. Insyaallah, memang rasa thrill juga dengan kerja begini.

      Padam
  2. Cantikkkkkk. Saya suka paten mcm2 gini dari satu paten berulang2, terasa boring, last2 x siap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh! Cik Mila...segan saya. Saya budak baru belajar. Dah umur 40 tu. Hih!Hih!. Suka-suka. Tapi macam ada ketagih pula. Kalau rajin, mungkin cuba lagi.

      Padam