Sabtu, 15 September 2012

KENANGAN HUJUNG SYAWAL 2012

Cerita Sabtu semalam. Alkisah dalam bulan September ni beberapa dikalangan orang dekat 'kami' sekeluarga menjadi bertambah genap usia tahunan mereka. Umi@adik saya dengan baik hatinya mengajak berkumpul sekaligus sengaja bersantai dengan makan-makan, nonton dan borak-borak. Umi dan anak-anaknya masih dalam mood gembira sebab 'ayah' dah kembali mahu menetap dan bekerja di Malaysia. Dubai 5 tahun tinggal pengalaman. Jadi kami tumpang happy.

Mereka berempat ni masing-masing lahir dalam bulan September. Hah! bergaya ala Yuna tu, adik bungsuku. Lahir 11 September. Tebaboh!!!! Ingat WTC, ingat birthday dia@sebaliknya. Oh! Dia dah beranak sepasang. Abang Irsyad 15 September. Amirah 27 September dan Kamil Luqman(baju oren)...Mak ngah lupa pulak...tua dah!

Macam kenal jer tempat main tu. Hah! Ada disebut sebagai hadiah pada entri lalu, jadi.....Lihat siapa yang kena...Pemenangnya! Si baju kuning tu. Baby Muaz. Anak saudara termuda dalam keluarga kami.

Inilah cucu-cucu Allahyarham Atuk Zul dengan Nenek Ani. 15 kesemuanya. Semoga Allah merahmati kalian.

Abang Irsyad, anak tuan rumah, cucu ke-2. Nurnabila Nasha, kiri cucu pertama. Kedua-dua bakal SPM tahun ni. Kanan...Amirah. My eldest.

A picture gathering six of us.

Baju belang...Ayong. Baju hijau kakcik@Umi. Tudung Yuna...Mak Usu Nofa. Depan kiri Pak Cik Miji dan kanan Pak Teh.

Baju kuning...Tuan rumah bergambar mesra dengan dua anak Mak Long. 'Ayah' ni untung semua orang lekat panggil ayah. Kalau Pak saudara lain panggil ikut gelaran. Ayah 'special' sikit. Semua anak saudara panggil ayah juga, sama dengan panggilan anak-anak ayah sendiri. Selesa dan kena rasanya. Anak saudara pasti ngaku...Ayah ni cool.....

Bila dah ramai, mesti ada yang minta begini. Baru tersedar, ini saja gambar keluarga kenangan hujung Syawal 2012.

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. CheArep...Fun??? Bolehlah, cara orang-orang berumur...

      Padam
  2. Bila tengok gambar gambar ni, baru tersedar dah lama ye tak jumpa Dila. Dah tak cam rupa adik beradik terutama kakak Shariza tu.. Bilalah agaknya ada rezeki untuk berjumpa..

    BalasPadam
  3. Zie...Mmmm...gitulah Zie. Masing-masing dah mula rasa peningkatan umur. Tapi kak Long tu saiz M selalu, jadi selalunya kitalah yang orang sangka the eldest. Abih nak wat camno! Terima jerlah.

    BalasPadam