Atuk dalam gambar nilah yang jadi motivasi kami adik beradik nak hadir majlis tu. Selain nak raikan pengantin juga keluarganya. Ini atuk saudara kami yang bongsu, sebelah bapa. Dia OKU. Dia tidak mendengar dan tidak berupaya bercakap. Asalnya dia tinggal dengan kami sekeluarga sebelum ini. Seingat saya sejak saya sekolah rendah lagi, dia dah bersama kami sekeluarga. Namun sebaik arwah bapa tiada(saya dah graduate Diploma), terpaksa diserahkan kepada bapa pengantin lelaki dalam majlis ni. Namun kami selalu teringat pada dia. Terutama bila dah lama tak dengar khabar dan tengok rupa terkini dia. Raya hari tu nak ziarah, namun diberitahu baik datang kenduri sekaligus oleh pihak keluarga pengantin. Sekarang dia terpaksa pula pakai pengampu untuk berjalan kerana kakinya cedera akibat dilanggar budak-budak menaiki basikal. Saya terfikir pasti budak-budak tak tahu dia tak mendengar, jadi kerana itu terlanggar dengan tak sengaja. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan