Ahad, 8 Mei 2011

IBU DAN HARINYA...

Hari Ibu? Sekali fikir...kenapa perlu ada penetapan hari-hari begini. Inilah kita manusia. Kita ini mudah lupa. Lagi di zaman serba canggih dan berteknologi moden ini pun, manusia masih perlu diingatkan dengan perkara-perkara seperti ini. Untuk menaikkan 'mood'. Bila ada 'mood' yang disebar-sebarkan, baru ada 'thrill'. Asal kita ada satu lagi hari di dalam kalendar kita yang ditanda untuk disambut.

Selaku seorang yang masih mempunyai ibu, saya amat bersyukur. Walau ibu saya panggil emak , kini  kembali terlantar di hospital, saya masih mempunyai ibu. Hanya Allah yang faham ertinya itu. Walau terbit resah dan kebimbangan atas keadaannya kini. Simpati lagi pada mereka yang sudah tiada.  Apa yang tinggal pasti hanya kenangan.

Selalu diperkatakan, bila sudah menjadi seorang ibu, baru akan memahami perasaan seorang ibu. Selagi tidak, maknanya kita masih belum mampu mengerti sepenuhnya jiwa menjadi seorang ibu. Benar sungguh kata-kata tersebut. Bila sudah berumahtangga dan berdepan dengan karenah anak-anak tahap demi tahap, mengertilah kita akan apa yang ibu kita telah lalui sepanjang membesarkan kita dahulu. Dari situ, mengertilah kita akan nilai kasih sayang seorang ibu terhadap kita. Bagaimana seorang ibu sanggup berkorban untuk anak-anak.  Bila sudah menjadi ibu, automatik segalanya akan mendahulukan anak-anak.

Bercakap tentang pengorbanan, terharu dengan kematian seorang ibu, Allahyarhamah Rafidah Ismail 36, demi meyelamatkan tiga anak dari kebakaran. Itulah contoh terkini, kasih ibu membawa kepada berkorban nyawa. Payah mahu berjumpa dengan contoh sebegini di abad ini. Namun itu hakikat. Jika Allah mengkehendaki, maka jadilah ia. Kita telah meyaksikannya melalui laporan media suratkhabar. Kekuatan kasih sayang luarbiasa ibu ini telah mendatangkan tenaga hingga mampu membengkokkan besi jeriji tingkap demi menyelamatkan anak-anak kesayangannya. Sayu dan terharu. Diri sendiri terkorban rentung disambar api. Semoga Allah merahmati ibu ini.

3 kali ibu, sekali bapa. Itulah nisbah bila dibicarakan perihal dahulu mendahulukan ibu dan bapa. Bukan untuk mengatakan yang bapa itu kurang haknya tetapi untuk menggambarkan betapa seorang ibu itu perlu didahulukan. Bayangkan sahaja bermula terbentuk kita sebagai janin dari satu persenyawaan dengan izin Allah, ibu sudah mula bertugas. Demi memastikan kandungan sihat dan selamat dilahirkan, ibu mencuba  dan melaksana semua dalam dayanya. Beralih kepada kelahiran, berpantang, berjaga malam, membesarkan..... Hakikatnya tugas ibu tidak pernah berhenti. Hatta sehingga anak-anak telah berumahtangga juga ibu menjadi rujukan nasihat dan bimbingan.

Seorang ibu biasanya tidak berharap untuk balasan atas setiap pengorbanan mahu pun jasa yang telah dicurahkan. Cukup dengan ingatan dan perhatian serta menghormati perasaan. Jika selebihnya, itu hanya bonus. Menyayangi tanpa syarat. Mudah-mudahan anak-anak memahami hakikat kasih sayang dan harapan ibu. Tidak terlewat rasanya, ucapan Selamat Hari Ibu untuk semua yang bergelar ibu. Tugas ibu hanya akan berakhir di saat nyawa berakhir...Mengungkap Syurga di Telapak Kaki Ibu...








Khamis, 5 Mei 2011

DR. FAISAL TEHRANI DI NLKO TV9!

Alhamdulillah! Sekali lagi Jumaat. Jumaat pertama bulan Mei. Sudah masuk 6 hari Mei berlalu.  Masih bernyawa. Masih bergerak. Masih ada udara segar untuk dihirup. Paru-paru masih berfungsi. Telinga masih mendengar. Mata masih melihat. Lidah masih merasa dan tekak masih menelan. Segala syukur pada Allah. Pemberi dengan Maha kasih sayang lagi Maha pemurah. 'Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"- Surah Ar-Rahman (diulang 31X). 

Sedang aku nak blog walking ke blog-blog yang aku tengah suka, tiba-tiba mata tertoleh ke arah TV yang sedang menayangkan Nasi Lemak Kopi O (NLKO), dan pengacara  Saudara Aziz Desa sedang membaca sinopsis. Aku tahu setiap Jumaat pasti ada ruang itu. Sinopsis untuk novel-novel penulis Malaysia. Aku sebenarnya kelam kabut nak cepat dengan 'blog walking'. Anas masih tidur. Aku mencuri masa. Nah! terperanjat aku melihat kelibat seseorang di kaca TV tu. Siapa dia? Oh! Salah seorang manusia yang dapat dikatakan aku kagumi. Itulah saudara Dr. Faisal Tehrani (FT) . Bekas blogger. Sebelum dia mengundurkan diri dari dunia blog, aku kecanduan melawat ke blognya. Pasti mahu ke sana. apa istimewa blognya? Bergantung kepada apa yang anda cari dan mahu tahu. Bergantung juga kepada bagaimana penilaian anda terhadap isu-isu yang diketengahkan oleh beliau. Melangkah ke blognya dengan tak sengaja. Untuk aku, telah banyak yang aku lihat di blognya. Kini tiada lagi. Dia katakan telah keluar dari dunia blog dan keseluruhan entri juga sudah lenyap. Blog beliaulah satu-satunya yang aku senaraikan untuk diikuti di 'Dashboard Blogspot' aku ni.

Awalnya, kehairanan dan tertanya-tanya perihal tindakan beliau. Namun aku dapat aku fahami. Beliau pasti mempunyai alasan yang kukuh. Selaku seorang yang terlibat dalam dunia penulisan, mungkin beliau juga tidak terlepas dari terhambat 'pergolakan' akibat butiran penulisan dan penyampaian idea beliau. Antara pegangan, pendirian, persekitaran, undang-undang, kewarganegaraan, prinsip dan pelbagai lagi persoalan diri, kemanusiaan yang melingkari seorang manusia dan telah pun berkeluarga. Aku membaca sendiri. Bergurukan rasa keinsanan.

Faisal Tehrani muncul di NLKO mempromosikan novel ke 21nya bertajuk Sebongkah Batu di Kuala Berang. Membawa sesuatu tentang perkembangan Islam dan tamaddunnya di Malaysia melalui Batu Bersurat Terengganu. Kedengaran menarik. Aku belum beli. Insyaallah. Melalui wawancara singkat Aziz Desa dengan Faisal Tehrani itu, sempat juga dicuit oleh Aziz Desa dengan mengatakan Faisal Tehrani itu selalu muncul dengan pelbagai 'polemik' Itu kata Aziz Desa. Selalu aku lihat, Aziz Desa memang begitu. Sempat mencuit dan mencubit di mana yang boleh.  Itu sebahagian personaliti beliau. Wawancara berjalan dengan lancar dan aku suka mendengar patah-patah jawapan yang kedengaran lembut, kemas, sesekali tegas dan tersusun dari Dr. FT. 'Cool'.

Sempat menjawab soalan Aziz perihal pemilihan KEMALA sebagai pemenang Anugerah Sasterawan Negara terbaru. Bukan aku seorang yang terkejut dengan pengunduran Dr FT dari dunia blog. Ada yang lain. Pernah aku terbaca. Jika sahaja beliau kembali berblog, Insyaallah pasti akan tersenarai aku sebagai pembacanya. Jika sahaja dia berblog tentang Penulisan Kreatif, pasti meletup. Aku suka sangat topik macam tu. Buat masa ini, cari dan baca sahaja buku-bukunya. Aku telah ada beberapa buah. Cuba tambah koleksi. Mmmm ini entri spontan dan tak disangka kerana kemunculan FT di NLKO pun mendadak aje...Sekurang-kurangnya kita tahu yang Dr FT tu baik-baik aje, sebab antara entri terakhir beliau bertajuk 'Dialog atau Ditangkap'. Macam suspen jer....

9.32am@6/5/11

Isnin, 2 Mei 2011

OBAMA, OSAMA DAN KESAHIHAN.

Terkini, sibuk diperkatakan kisah Osama. Dikhabarkan kononnya beliau telah menemui ajalnya setelah digempur oleh pihak yang sememangnya mahu menghapuskan beliau. Pengumuman dibuat oleh Pak Obama. Aku lihat dia penuh yakin dengan penyampaiannya. Aku tengok TV3 aje. Tak ada berita CNN ke apa ke. Astro pun tak pasang. Jauh sekalilah...

Berita tengahari tadi mengatakan bahawa Osama dikebumikan di laut. Lain macam aje. Ia juga dilakukan secepat mungkin. Salain itu timbul sudah persoalan apakah benar beliau sudah terbunuh? Tambahan dikatakan gambar yang dijadikan sebagai bukti kematian itu sudah pernah digunakan pada 2009. Wakakakaaaa..... aku tak tahu nak kata apalah. Cuma 'instinct' tu sudah ada. Hal sebegini pasti berbangkit. 'Kesahihan'. Bila kita mendapat suatu cerita. Mesti kita bangkitkan perihal kesahihan. Manusia tidak suka dibohongi. Tidak terkecuali untuk mereka yang suka berbohong. Kena batang hidung sendiri pasti mahu juga melenting. Mahukan 'kebenaran'. Bohong atau jujur adalah persoalan 'inner'. Bagi muslim ia berkait dengan keimanan. Jika ada dan kuat iman, payah mahu berbohong. Serba tak kena bila berbohong. Rasa dibayangi bersalah dan berdosa. Jika longgar skrew keimanan, bisa sahaja katakan mahu bohong sunat kononnya....Mak terlalutlah pulak......!!!

Obama dan Osama, bunyinya senada dan seirama, berkongsi semua huruf pada nama dibezakan oleh B dan S. Osama ni saya lihat 'lefthanded'. Obama? Gambar-gambar yang dikatakan gambar matinya Osama itu ditarik balik dari penayangan. Semua gara-gara timbul keraguan dan persoalan. Mungkin ini satu lagi sandiwara. Sandiwara yang bagaimana? Saya tak pasti. Tak terlibat pula dalam penulisan skrip mahu pun lainnya. Ini permainan antarabangsa dan besar-besaran. Kita hanya penonton. Tonton sahajalah. Buat masa ini.

Ada juga yang mengatakan pada saya. Usah terlalu percaya dengan semua berita yang didengar. Ada juga dakwaan yang mengatakan Osama itu sendiri tak diketahui siapa sebenarnya dia. Apakah mungkin dia hanya watak 'ciptaan'. Watak ciptaan supaya pencerobohan ke atas Iraq bisa dilihat sebagai wajar. Jika benar berburu akan Osama, mengapa dengan segala teknologi canggih bersatelit, hingga mampu mengesan haba badan tak mampu menangkap Osama. Osama juga menjadi plot untuk September Eleven? Soalan demi soalan. Mengasah minda? Kebenaran ada di mana ya? Hanya Allah yang Maha Melihat, Mendengar dan Mengetahui....

Moralnya di sini. Dengan teknologi canggih dan terkini, eksploitasi boleh terjadi dengan pelbagai cara dan sukar dibezakan yang asli dan tiruan. Gambar Osama itu satu contohnya......

2.25pm@3/5/11

GAMBARKAN DUA RASA BERLAINAN

Snap sebelum bye-bye Pesta Buku!
Di Yaohan, semasa keringkan peluh!



Bumper ke bumper di Pesta Buku...
Waktu nak ke PC Fair
Waktu di PC Fair
Kami di PC Fair.

Berada di dua 'event' berlainan dengan dua
rasa yang berlainan. Hajat kan printer warna 
dapat dipenuhi semasa ke PC Fair. Hajatkan buku 
di Pesta Buku tak kesampaian. Adatlah dalam
kehidupan, bukan semua impian dapat dipenuhi. 
Semua sudah tersurat dan tersirat......
Adalah hikmahnya yeaaa.....



RAIKAN HARI PEKERJA DENGAN HADIAH EMEL- 1MALAYSIA

Hari ini cuti umum. Semalam Ahad, Hari Buruh. Buruh! Tak ‘urban’. Tukarlah Hari Pekerja. Sedap di telinga. Malaysia bukankah dalam usaha menuju ke arah negara maju dengan Wawasan 2020. Juga menuju ke arah negara berpendapatan tinggi. Baru-baru ini, Dato’ Omar Osman, Presiden Cuepacs dikhabarkan mengakui kenaikan harga barang telah menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah. Atas dasar itu, Cuepacs memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam. Diulang, membebankan penjawat awam. Adatlah nama pun Cuepacs.  Pembelaan khusus untuk pekerja sektor awam. Noktah. Pekerja swasta pandai-pandailah nak hidup yeh..... Walau pada pemerhatian aku, pekerja awam kini kurang lebih sama sahaja tarafnya dengan yang swasta. Telah pun menerima pembelaan demi pembelaan. Sektor swasta, jangan sampai demonstrasi aman di pinggiran jalan.....Pernah terjadi.

Bercerita perihal ekonomi dunia dan negara bukanlah kepakaran aku. Namun sekelumit ilmu dan pengalaman hidup tidak melepaskan aku untuk berbicara mengenainya. Jika kini membangkitkan persoalan terbeban dengan kenaikan harga barangan, salah jika mengkhususkan hanya kepada penjawat awam. Bebanan itu sebenarnya lebih menyeluruh, kepada sekalian rakyat. Persoalan tekanan hidup ini tidak mengenal warna kulit, bahasa pertuturan dan agama. Terutama yang berpendapatan rendah dan tidak terkecuali yang sederhana. Pada tempat-tempat tertentu yang berpendapatan tinggi juga tak ketinggalan merungut. Namun kita biasanya disenyapkan kepada semua itu dengan jawapan, “Ini persoalan ‘demand and supply’”. Mula-mula belajar ekonomi dulu diajar, permintaan tinggi akan berkadar terus dengan penawaran yang tinggi. Permintaan dikatakan dengan sendiri mewujudkan penawaran. Apakah kini kita berdepan dengan  permintaan mengatasi penawaran secara luarbiasa, maka terpaksalah kita menanggungnya pada kadar luarbiasa pula. Keluk ‘graph’ dah berubah aku meneka. Minta lukiskan sedikit….Mungkin aku boleh ‘refresh’ dan ada sesuatu yang baru.

Apa yang aku nampak kini adalah ekonomi dunia banyak bergantung pada kuasa besar dunia. Besar macam mana, aku tak pastilah. Pada sebutan sahaja mungkin. Kuasa Maha Besar pastilah Allah. Masa aku hari-hari duduk depan skrin menatap harga-harga saham dulu pun begitu. Nak ‘predict’ naik turun pasaran tempatan, lihat Dow Jones dulu. Kini dah lain sikit. Sikit longgar. Banyak faktor lain mesti ambil kira. Kuasa ekonomi yang sedang bangkit dikatakan China dan India. Tak ketinggalan Russia dan Brazil.

Berbalik pada kenaikan harga barang, menjeritlah sampai pedih kerongkong – naik tetap naik. Semua disandarkan pada ayat-ayat cinta yang berbunyi, “Kenaikan ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan negara jiran, mereka membeli pada kadar….... Kita masih di tahap terkawal….” Memang terkawal dan dalam kawalan. Bacalah semula perenggan pertama aku di atas. Aku bukan berniat menuding ke arah sesiapa. Persoalan kecukupan rezeki, pada hakikat sebenarnya adalah ketentuan Allah. Ada yang dapat sedikit, namun berkat dan cukup. Ada yang dapat banyak, namun tak cukup memanjang. Ini mungkin juga ada kaitan dengan pengurusan kewangan itu sendiri.

Bagaimana pun terlintas juga pada aku, dalam pada begitu, sempat juga nak ada kan projek Emel- 1Malaysia. Projek melibatkan kos yang tinggi dan melibatkan syarikat Tricubes berstatus GN3 yang dikenakan syarat untuk menstrukturkan dan melunaskan semua hutang mereka. 50 sen satu emel dengan jumlah penggunaan besar, pasti sahaja menguntungkan pihak terbabit. Rakyat Didahulukan ???.....Aku bawa-bawa memikir…..

Sabtu, 30 April 2011

PESTA BUKU ANTARABANGSA, PBAKL 2011-SERIKKAH AKAK??

30 April 2011. BUKU: DUNIA TANPA SEMPADAN. Cantik dan benar sungguh slogan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 yang telah dan masih akan berlangsung sehingga ke 1 Mei ini nanti. Ramai juga yang bercakap mengenainya dan ini menimbulkan keterujaan akak untuk pergi. Akak ni nak kata ulat buku, tak berani lak nak mengata diri sendiri ulat. Namun memang gemar pada buku. Bahkan pernah berazam kurangkan mahu membeli lagi, tapi, itu azam sambal belacan. Lagi pedas, lagi sedap, mahu lagi. Kini harus bawa sedar diri sikit, anak tengah kecil ni, masa agak dah agak kurang. Pandai-pandailah.

Siangnya, memandangkan hujung minggu, lepas minum pagi di BTR, akak empat beranak (along mahu tinggal, tapi memesan sebuah buku) dengan penuh semangat menuju ke PWTC dengan niat ke PBAKL. Dalam kepala dah tergambar, pasti membeli secara luar dugaan. Anak-anak masing-masing juga dah berhajat. Akak pergi dengan niat yang suci, harapan yang tinggi. Kami bertolak. Terlupa memakai jam dan menjeling jam di kereta, hampir tengahari. Akak sungguh tak menyangka, sungguh mencabar untuk sampai ke Pesta Buku ini. Maklumlah dah berbelas tahun tak ke sana. Rajinnya pergi sewaktu di sekolah menengah bersama-sama ‘best friend’. Oh! Zie (Rozita). Waktu tu famousnya, pada saya Khadijah Hashim dan A Samad Said. Selain buku-buku pelajaranlah.

Jalan sesak, kereta rapat-rapat. Nak ke parking pun sangat menduga, kelihatan panjangnya que. Maklum kami ni dah berkeluarga, anak kecil ni hangkut jugalah. Masih ‘breastfeed’. Semua ni dilakukan semata-mata nak mengimbau balik kemanisan ke pesta buku yang dolu-dolu. Selain nak memperkenalkan kepada anak-anak akan PBAKL. Ini gayanya berkeluarga. Bukan lagi bawa badan atau beg sekolah aje. Lenggang kangkung. Ni siap bawak stroller lagi. Awalnya dah dengar rungutan anak-anak ni, “Kenapalah susah sangat abah nak dapat parking ni”. Hati sendiri pun dah menggetus di dalam. Namun bertahan lagi. Controllah konon...

Akhirnya, setalah beberapa lama, parkinglah di bangunan Yaohan sebab parking di PWTC tu macam keretapi quenya. Mmm… dah berbelas tahun juga akak tak ke Yaohan tu. Kerapnya waktu remaja dululah. Pun dengan kengkawan dan tak terkecuali buah hati (Abah Anas). Setelah parking, punyalah kami berjalan merentas bangunan tu, dan laju akak singgah ke tandas dek tak tahan rasa nak terkucil Nescafe ais masa breakfast sedari tadi. Kemudian terus berjalan, kemudian melintas jalan dan menyusur tepian bangunan. Waduh! Waduh! just bayangkan tengah panas. Tapi oklah lagi. Fikirnya, dari hujan biarlah begitu. Stroller ditolak, Anas bergilir dukungnya Emak dan Abah. Dua orang lagi berjalan rapat. Bimbang keciciran. Akhirnya kami sampai didepan pintu utama.

Melangkah sahaja masuk, akak rasa semacam. Orang teramatlah ramainya. Bersesak. Berhimpit, terhimpit dan dihimpit. Akak dan krew mencuba untuk terus masuk. Berensot. Bak siput kami berjalan. Kot ingat didepan tu lega. Oh! Tidak.., tiada perubahan. Akak lihat muka dan leher Abah Anas dah banjir peluh. Celah bawah lengan akak sendiri dah terasa macam terbit matair. Luarbiasa sungguh rasanya Pesta Buku nih!. Akak tak nampak buku langsung. Oksigen pun rasa berkurangan. Akak bernafas sedut karbon dioksida aje. rasanya. Sesak, semak dan macam nak pitam pun ada. Stroller dah jadi masalah. Rasa tersilap aje membawanya. Tak menduga begitu jadinya. Walau asalnya khuatir Anas perlu untuk tidur. Suami menutup stroller. Dia cadangkan dia dan anak menunggu di luar dan akak meneruskan meredah lautan manusia di dalam tu - tunjuk sportinglah!. Oh tidak! Itu tak kena tempat. Akak tak sanggup dan melangkah ke luar bersama-sama…. Akhirnya kami keluar dan melupakan persoalan buku-bukuan kami.

Itulah kenyataan. Kami akhirnya berpatah balik. Tak sanggup meneruskan. Sempat juga kami bercakap-cakap tentang kejadian yang baru ditempuh. Saya katakana pada suami, orang ramai dan lebih 70% kelihatan remaja. Dari situ pula lebih 60% anak Melayu kita. Kelihatan ramai yang datang dengan geng-geng. They  come, look pretty and handsome. Minat betul nak membaca ni. Berapa ramai yang membeli, tak tahulah. Cuma  jelas kelihatan bersesak-sesak sahaja. Ramai yang berdiri-diri sahaja di luar tu. Ada yang duduk-duduk. Mereka banyak masa tak mengapalah. Mungkin mereka memang pakar bersituasi begitu.. Akak tidak. Dah terpaksa mengalah. Alang-alang hajat tak sampai keluar ajelah. Kami kembali ke bangunan Yaohan dan menghilangkan dahaga. Perut masih santak, sebab baru makan. Lepas tu keringkan peluh dengan aircond dan mengubat hati dengan ke Carrefour membeli barangan rumah mana yang habis.

Berbual-bual kembali apa yang telah dilalui, suami berpandangan peganjur acara pesta buku kurang bijak. Tak mengawal laluan trafik keluar masuk pengunjung. Di situ masuk, disitu keluar. Kenapa tak buat jalan one-way. At least tak sebegitu kalut. Nama Pesta Buku. Pengunjung yang datang pasti berniat nak membeli. Tujuan penjual pun pasti nak menjual. Pengunjung perlu space untuk berdiri, membelek buku dan membuat pilihan. Takkan main hambat aje. Kalau dah sebegitu keadaannya. Tak tahulah. Untuk para remaja dan mereka yang gemar berhimpit sesak, sesuailah!. Kekadang kita salah faham. Pengunjung ramai, maknanya berjaya. Namun benarkah? Itu sahaja kayu ukur kejayaan Pesta Buku. Keselesaan pengunjung bagaimana? Tahlah! Setelah apa yang dilalui, akak rela ke kedai buku ajelah. MPH dan Popular pun boleh dapat diskaun gak. Akak pemegang kad ahli Privilege Popular.  Beli alatulis pun ada diskaun, bukan sahaja buku. Inikah pengakhiran Pesta Buku untuk akak? Mungkin…… jika ia masih kekal sebagai Pesta Sesak. Terfikir, macam ni ke ke arah Pesta Buku Frankfurt, Jerman???......Kena tanya Dr. Azmi Shahri agaknya...(Insyaallah saya upload gambar kendian..)

Khamis, 28 April 2011

MAKAN NASI LEMAK, LEPAS TU MENARILAH POCO-POCO.

Genap dua minggu aku tak mecatat apa-apa. Namun tetap melayari internet dan menerjah laman-laman blogger lain. It’s just irresistable. Sama seperti suratkhabar, blog juga ada peranannya tersendiri. Blog memang nampak kecil. Namun tetap berperanan dan aku suka pula membacanya. Ini kerana apa yang disampaikan penulis adalah terhasil dari olahan pemahaman dan pemikiran lahir dari diri dan jiwa sipenulis blog. Totally' penulisnya. Hopefully, no other interference. Membacanya membawa sekali kita ‘mengenali’ si penulis. Asal sahaja berusaha mengikhlaskan diri dalam menyatakan dan menyampaikan sesuatu. Mudah-mudahan.....

Pagi ini di luar suasana nyaman. Lepas hujan. Begitulah. Segar. April sudah 29 hari. Pantas masa berlalu. Serasa baru menyambut tahun baru namun 1/3 darinya sudah mahu berlalu. Masa itu tidak menunggu. Manusia juga tidak terkejar akan masa. Masa adalah umur. Semua perancangan tertakluk kepada masa. Akhirnya, masa adalah pedang. Jika tidak dipancung, siap untuk dipancung (Sayyidina Ali).

Bicara hari ini, aku anggap bicara santai ilmiah. Tertarik aku dengan artikel kecil di suratkhabar pilihan hari ini, ‘Harussani pertahan fatwa haram poco-poco’. Aku tak pernah berpoco-poco. Prefer berjogging atau berjalan pusing taman dan diselang-seli dengan streching setakat mampu. Tapi la ni sejak dapat Anas, lama jugak dah tinggal. Jika ke taman, jadi penonton sahaja. Sebenarnya aku ‘respect’ dengan Mufti yang seorang ni. Dia berdiri teguh dengan pendiriannya. Ada yang katakan ia kontroversi, namun apa bezanya dengan cerita’ nasi lemak’. Tak kurang juga kontroversi. Mari kita banding-bandingkan.

Poco-poco ini menurut Mufti Harussani mengandungi atau berasal dari satu upacara tarian untuk pemujaan Nabi Isa yang diamalkan kaum pribumi Jamaica. Aku pasti ini bukan bohong atau rekaan semata-mata. Beliau mufti, dan bohong bukan kriteria untuk beliau. Beliau juga bukan politician. Well understood, tiada apa yang ingin dipolitikkan. Beliau bukan seorang businessman. Isu ini juga tiada apa yang dapat 'dibisneskan.' Aku percaya yang isu aqidah adalah lebih diutamakan. Apa lagi yang tinggal? Fatwa Mufti Harussani ini juga dikeluarkan selepas semakan takrif dibuat ke atas takrif dan asal-usul tarian poco-poco yang dikemukakan Jabatan Kebudayaan , Kesenian dan Warisan Perak.

Kontras dengan muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan poco-poco masih boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Aku yang Islam Warisan ni jadi terkeliru dengan ayat yang aku boldkan itu. Terdetik dihatiku, betapa manusia ini gemar mengubahsuai sesuatu menurut kesesuaian diri. Halal dan haram adalah persoalan pokok. Begitu juga memelihara aqidah adalah persoalan ‘foundation’ kepada keimanan. Makan khinzir, memegang anjing atau minum arak jelas haram. Waima, poco-poco ini tidak jelas dan tidak begitu nampak atau samar-samar. Jadi ramai memilih untuk menghalalkannya dengan meletak syarat-syarat dan mencipta sempadan-sempadan citpaan sendiri. Sedih pula ia datang dari mereka yang pakar dalam hal-ehwal agama. Islam adalah agama 'sejahtera'. Penetapan yang ada dalamnya pasti tidak lain ke arah kesejahteraan.

Mufti Harussani juga mengatakan bahawa penggunaan perkataan poco-poco itu sendiri sudah tiada kewajarannya. Walau diubahsuai step tarian demi lebih keserasiannya dengan Islam di Malaysia ini. Secara tidak sedar@sengaja masih ia mampu memesongkan aqidah atas nama ikut-ikutan menggunakan istilah poco-poco itu. Beliau juga bertegas sebagai menjalankan tugas kemuftiannya. Beliau kelihatan jelas pada saya.

Aku bukan Ustazah tapi mendokong pandangan dan fatwa Mufti Harussani. Banyak lagi cara lain nak beriadah, bersosial, mengeluarkan peluh, membunuh kolesterol dan lemak jahat, tapi poco-poco juga dipertahankan. Nampak sah ada unsur-unsur yang meragukan. Sesuatu yang meragukan atau mendatangkan was-was wajar kita tinggalkan sahaja. Bukankah syaitan gemar masuk melalui lompong keraguan? Usah berdolak-dalik dan main tarik-tali demi memuaskan segolongan pihak. Semua ini hanya akan mengelirukan dan tiada kesepakatan. Islam secara ‘silent’ diperlekehkan dan diketawakan disinisi oleh makhluk ghaib dan nyata kerana tak mampu sepakat tentang masalah poco-poco. Namun jika fatwa itu berjalan seiring dengan slogan Satu Malaysia. Apa dapat aku katakan….Aku tak pasti nak nyatakan yang satu ni, tapi aku nampak yang ramai penggemar poco-poco ni orang Melayu kitalah. Siap berpersatuan atas nama poco-poco. Dah tu ramai yang berpoco-poco tu, bersaiz besarlah (biasanya) Mungkin berniat nak mengecilkan saiz badan. Tak salah kiranya saya katakan, poco-poco popular dari kalangan rakyat biasa sehingga ke orang istana. Kuat pengaruh poco-poco. Itulah sukar nak menidakkannya.

Beralih kepada persoalan nasi lemak. Berdentum-dentam cadang itu dan ini. Nasi lemak itu dikatakan bahaya. Membuatkan pelajar atau bukan pelajar mengantuk. Bla..bla..bla... Penyebab kegemukan. Risiko ke arah menambah kolesterol. Kolesterol pula asas kepada penyakit jantung. Nasi lemak nampaknya lebih bahaya dari poco-poco. Sebab ia beri mudarat pada fizikal dan kesihatan. Gemuk nampak tidak disenangi dari segi penampilan (tidak bermaksud mengata orang berbadan besar). Rakyat Satu Malaysia ni mesti elakkan kegemukan. Gemuk mudah diserang penyakit. Macam-macamlah. Bukan aku tidak setuju 100% dengan itu semua. Namun aku sedari juga bahawa semua itu adalah sebahagian dari usaha yang manusia buat untuk memelihari kesihatan. Aku ulang. Memelihara. Kesihatan itu kurniaan dan nikmat dari Allah. Allah beri dan boleh tarik bila-bila masa sahaja. Jangan hairanlah orang yang terlalu menjaga pemakanan dan senaman nak rak pun jatuh sakit juga. Malek Noor pun boleh 'collapsed' kat tiang gol. Itu takdir namanya. Campur sikit sebab musabab. That’s it. Sakit itu juga dikatakan penghapus dosa. Ia memang ditakuti. Siapa suka sakit. Hakikatnya, kekadang ia juga atang sebagai peringatan. Juga melengkapkan hukum alam yang berpasangan. Sihat lawannya sakit. Manusia cuma berusaha, beringat dan berdoa. Allah yang akan memberi atau tidaknya. Untuk terus sihat kita mesti meminta pada pemberi sihat.

Aku menilai dua isu ini. Aku menanyakan mana lebih utama. Persoalan aqidah itu kesihatan dalaman jiwa. Kegemukan itu itu ketidaksihatan luaran. Sebenarnya aqidah yang sakit itu pasti lebih kronik dari kegemukan itu. Melalui Islam ada puasa sunat. Jika dah belasah nasi lemak hari-hari rehatkan perut itu dua hari pada Isnin dan Khamis, mungkin lebih ok dan mampu mengurangkan gejala tidak sihat itu. Plus senaman untuk membakar lemak.  Benarnya,  aku sendiri tak larat nak nasi lemak hari-hari dan setiap pagi. Pandai-pandailah menukar selera memilih menu dan menimbang perihal kesihatan. Tapi aku terfikir juga mungkin lepas makan nasi lemak, mungkin boleh poco-poco demi menseimbangkan elemen Satu Malaysia…..Atau mungkin akan ditukar sahaja nama poco-poco pada zapco-zapco(zapin+poco)……. Baru bersih…....Oh Malaysiaku tercinta....