Hari ini cuti umum. Semalam Ahad, Hari Buruh. Buruh! Tak ‘urban’. Tukarlah Hari Pekerja. Sedap di telinga. Malaysia bukankah dalam usaha menuju ke arah negara maju dengan Wawasan 2020. Juga menuju ke arah negara berpendapatan tinggi. Baru-baru ini, Dato’ Omar Osman, Presiden Cuepacs dikhabarkan mengakui kenaikan harga barang telah menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah. Atas dasar itu, Cuepacs memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam. Diulang, membebankan penjawat awam. Adatlah nama pun Cuepacs. Pembelaan khusus untuk pekerja sektor awam. Noktah. Pekerja swasta pandai-pandailah nak hidup yeh..... Walau pada pemerhatian aku, pekerja awam kini kurang lebih sama sahaja tarafnya dengan yang swasta. Telah pun menerima pembelaan demi pembelaan. Sektor swasta, jangan sampai demonstrasi aman di pinggiran jalan.....Pernah terjadi.
Bercerita perihal ekonomi dunia dan negara bukanlah kepakaran aku. Namun sekelumit ilmu dan pengalaman hidup tidak melepaskan aku untuk berbicara mengenainya. Jika kini membangkitkan persoalan terbeban dengan kenaikan harga barangan, salah jika mengkhususkan hanya kepada penjawat awam. Bebanan itu sebenarnya lebih menyeluruh, kepada sekalian rakyat. Persoalan tekanan hidup ini tidak mengenal warna kulit, bahasa pertuturan dan agama. Terutama yang berpendapatan rendah dan tidak terkecuali yang sederhana. Pada tempat-tempat tertentu yang berpendapatan tinggi juga tak ketinggalan merungut. Namun kita biasanya disenyapkan kepada semua itu dengan jawapan, “Ini persoalan ‘demand and supply’”. Mula-mula belajar ekonomi dulu diajar, permintaan tinggi akan berkadar terus dengan penawaran yang tinggi. Permintaan dikatakan dengan sendiri mewujudkan penawaran. Apakah kini kita berdepan dengan permintaan mengatasi penawaran secara luarbiasa, maka terpaksalah kita menanggungnya pada kadar luarbiasa pula. Keluk ‘graph’ dah berubah aku meneka. Minta lukiskan sedikit….Mungkin aku boleh ‘refresh’ dan ada sesuatu yang baru.
Apa yang aku nampak kini adalah ekonomi dunia banyak bergantung pada kuasa besar dunia. Besar macam mana, aku tak pastilah. Pada sebutan sahaja mungkin. Kuasa Maha Besar pastilah Allah. Masa aku hari-hari duduk depan skrin menatap harga-harga saham dulu pun begitu. Nak ‘predict’ naik turun pasaran tempatan, lihat Dow Jones dulu. Kini dah lain sikit. Sikit longgar. Banyak faktor lain mesti ambil kira. Kuasa ekonomi yang sedang bangkit dikatakan China dan India . Tak ketinggalan Russia dan Brazil .
Berbalik pada kenaikan harga barang, menjeritlah sampai pedih kerongkong – naik tetap naik. Semua disandarkan pada ayat-ayat cinta yang berbunyi, “Kenaikan ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan negara jiran, mereka membeli pada kadar….... Kita masih di tahap terkawal….” Memang terkawal dan dalam kawalan. Bacalah semula perenggan pertama aku di atas. Aku bukan berniat menuding ke arah sesiapa. Persoalan kecukupan rezeki, pada hakikat sebenarnya adalah ketentuan Allah. Ada yang dapat sedikit, namun berkat dan cukup. Ada yang dapat banyak, namun tak cukup memanjang. Ini mungkin juga ada kaitan dengan pengurusan kewangan itu sendiri.
Bagaimana pun terlintas juga pada aku, dalam pada begitu, sempat juga nak ada kan projek Emel- 1Malaysia. Projek melibatkan kos yang tinggi dan melibatkan syarikat Tricubes berstatus GN3 yang dikenakan syarat untuk menstrukturkan dan melunaskan semua hutang mereka. 50 sen satu emel dengan jumlah penggunaan besar, pasti sahaja menguntungkan pihak terbabit. Rakyat Didahulukan ???.....Aku bawa-bawa memikir…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan