Isnin, 9 Mei 2011

KRISTIAN AGAMA RASMI IBARAT MEMETIK PICU.......

Kita telah digemparkan dengan berita bahawa telah terdapat gerakan oleh pertubuhan agama lain yang membuat cubaan untuk merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Ini memangnya berita yang menggemparkan namun bukanlah tidak terduga. Ini cabaran utama hidup berpersekitaran majmuk. Persekitaran sedemikian bukan salah, tetapi manusia itulah yang 'memesongkannya'. Atas dasar apa? Hanya mereka yang tahu. Jika kita meneka-neka takut tersilap teka. Kita mampu membaca. Berguru akal dan pengalaman sejarah.

Cerita ini sudah beberapa hari. Sengaja menenangkan diri sebelum mengulas. Aku marah sewaktu mula tahu tentang perkara ini. Selaku seorang muslim di Malaysia, itu paling sedikit dari aku. Namun terfikir juga pada aku dalam keadaan 'politik semasa' kini, ini semua usahlah dihairankan. Apakah ini hanya isu untuk pilihanraya yang sekarang dalam tandatanya?. Walau Perdana Menteri sudah mengakui ia akan berlangsung pada tarikh melibatkan angka 11. Namun isu sebegini aku ibaratkan sengaja ingin bermain api. Api itu sesugguhnya panas. Api itu bersifat boleh memusnahkan. Jangan disebabkan isu-isu sensitif sebegini, menjahanamkan kesejahteraan kehidupan di Malaysia ini. 

Jika kita mengaku selesa dengan 1Malaysia saranan Perdana Menteri, bukan bermakna bebas bersuara ke tahap mahu mencalar maruah Islam sebagai agama rasmi. Kehidupan di Malaysia ini banyak baiknya. Masih kaya dengan hasil mahsul dan iklimnya yang masih mesra alam.  Peluang mencari kehidupan terbuka luas. Itu sebabnya ramai 'orang luar' menghimpit untuk masuk ke sini. Datang secara halal mahu pun haram. Mereka tidak lagi peduli. Janji mereka dapat masuk dan mencari kekayaan di sini. Itu orang luar.

Aku cuma nak mengatakan bahawa pihak-pihak yang 'berniat' untuk mengetepikan mahupun memperlekehkan Islam itu supaya berfikir panjang. Kita semua pun pernah belajar sejarah. Jadi jangan mudah lupa. Jika sudah termaktub akan Islam itu sebagai agama rasmi, jangan 'gatal tangan' nak mengubahnya. Islam itu dengan sendirinya bermaksud Sejahtera. Hidup aku dan kamu di Malaysia ini setakat ini bukankah masih sejahtera? Tak cukup lagikah? Memang takkan cukup untuk mereka yang ada rasa kurang senang dengan Islam itu sendiri. Memang takkan cukup bagi mereka yang tamak dan haloba dalam hati. Memang tidak cukup untuk mereka yang rakus ingin kekuasaan dan menguasai. Jangan cuba untuk menidakkan perjuangan Rasul Mulia kami, Muhammad s.a.w. Islam sampai di sini berasal dari Baginda, juga ada usaha rasul sebelumnya. Dikuti pendakwah-pendakwah lainnya. AWAS!! balasan dari Allah, tuhan kami!! - Tuhan sekalian alam semesta yang bersertanya malaikat-malaikat yang setia dan hanya tahu mematuhi arahan. Bahkan nyawa aku, kamu dan kita semua dalam genggamanNya. Beringatlah!!! Wahai yang beragama Islam (walau muallaf sekalipun, hitam, putih, cokelat), harap kita tidak leka. Maruah Islam itu tanggungjawab kita.

Aku nak mengajak merenung satu peristiwa iktibar di bawah ni. Rasanya semua orang dah tahu api bersifat membakar. Memusnahkan. Bahkan ada juga syurga dan neraka (api) di alam kekal akhirat nanti. Itu tempat abadi. Jadi di dunia ini, api kecil menjadi kawan jika besar menjadi lawan. Itu dapat kita fahami. Terbaru peristiwa kebakaran yang mengorbankan seorang ibu dalam menyelamatkan anak-anaknya, sebagai contoh. Namun masih ada yang terselamat dalam marak api merentungkan rumah dan mangsaya itu. Itulah kalam Tuhan kami. 2 naskah Al Quran. Ia  mukjizat terakhir dan terulung Rasul kami. Itu dalam peliharaan Allah, tuhan sekalian alam. Bagi yang masih ada celiknya, nilailah. ....Jika sememangnya sudah buta mata dan matahatinya, apakan daya. Mereka sebegini akan terus memusuhi Islam dan mencari-cari peluang seperti yang diceritakan di atas. Ingatlah!!! Allah tuhan kami, tuhan sekalian alam tidak pernah mengantuk apatah untuk tidur. Menguasai setiap kerlipan mata dan hembusan nafas.......

Ini petanda kebesaran Allah, tuhan kami-Tuhan sekalian alam. Kejadian ini seperti ada hikmahnya dengan 'niat sakit' sesetengah jiwa yang mencuba mencalar kedudukan Islam di Malaysia ini. Al Fatihah untuk ibu tersebut. Walau jasad rentung dalam marak api, kasih sayang suci dan mulianya itu kekal sampai bila-bila. Kain ela yang dibeli untuk sambutan Hari Raya terselamat kerana terletak berhampiran dengan Al Quran yang dijumpai.....

9.30am@10/5/11



Tiada ulasan:

Catat Ulasan