Sabtu, 28 Mei 2011

BLOG HINA ISLAM DAN HINA POLIS

Pagi ini melayari beberapa blog kegemaran saya, Denaihati.com dan Ariffshah.com, melihat diketengahkan berita tentang penghinaan blog tertentu terhadap Islam. Nak dikatakan hairan, tidak juga. Kita dapat lihat lepas satu, satu 'provokasi murahan' dibuat demi meraih kontroversi dan populariti busuk dari pihak-pihak yang berniat tidak baik terhadap Islam. Musuh itu wujud untuk setiap sesuatu. Hatta terhadap Islam agama suci nikmat dari sang Pencipta. Agama di mana sampai kepada kita melalui Rasulullah, Nabi akhir zaman.

Saya sendiri belum pernah terjah blog busuk sebegitu. Khuatir juga saya terpalit dengan hanyirnya. Maklumlah membaca dari blog lain sahaja sudah menaikkan suhu darah. Kalau diterjah blog sebegitu, takut terpalit dengan permainan otak kotor makhluk onar sedemikian rupa. Namun untuk saya, penghinaan terhadap Islam itu wajar disekat dan dibendung sekerasnya. Itu bahasa paling sopan dan mudah dari saya. Mengapa kita perlu sekat dan bendung (peringkat awal) perbuatan sebegini? Penghinaan Islam itu adalah penghinaan terhadap Rasulullah, seterusnya penghinaan terhadap kekasih Allah adalah penghinaan terhadap Allah juga. Berani sungguh mereka. Hitam dan kotornya hati si pemberani. Jika yang menghina itu bukan Islam, saya rasa agama (pegangan) lain selain Islam juga tidak menggalakkan penganutnya menghina dan merendah-rendahkan agama lain. Jika yang menghina itu pula masih lagi mengaku Islam, nampaknya dia sendiri kabur dengan dirinya. Soalan saya, tak percaya alam akhirat ke? Bagaimana dengan syurga dan neraka? Buta mata hanya luaran. Buta mata hati. Itu petanda mati jiwa. Mati jiwa sama seperti mayat hidup. Patutlah aroma mereka semerbak busuk, sebusuk penghinaan terhadap Islam yang dilemparkan. Itu luahan kekecewaan saya terlahir dengan nada yang saya kawal selamba. Saya noktahkan di situ. Tiada sudahnya.

Melalui berita tengahari Buletin 1.30 tengahari tadi di TV3, saya melihat satu berita mengenai seorang wanita yang di tahan dan bakal didakwa kerana mencerca polis. Beliau ditahan kerana kesalahan lalulintas dan telah mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap polis. Tidak salah pendengaran saya katanya, "Polis Bodoh!". Tidak salah pendengaran nama polis itu ialah Mohd Hafifi Ali. Kejadian berlaku di Kuala Terengganu. Keputusan dakwaan katanya pada 7 Jun ini.

Mari kita bandingkan dua situasi di atas. Pantas sahaja tindakan diambil bila penghinaan terhadap polis dilemparkan, bagaimana penghinaan terhadap Islam yang telah terjadi dan masih berterusan. Atau kejadian seumpama itu sepatutnya membuka mata. Bila Islam dihina ramai yang marah, kecewa, geram sedih. Itu naluri keislaman kita yang masih bersisa. Bagi yang mempunyai kuasa, silalah bertindak cepat,cekap dan berhemah menangani situasi begini. Jika tidak, akan datang pasti ia akan terus diulangbuat. mereka tidak takut dan hilang hormat pada Islam dan lebih lagi orang Islam sendiri membiarkannya. Bimbang Allah murka. Pernah saya dengar diperkatakan begini; bila-bila masa Allah mampu melupuskan kita dan menggantikan kita dengan mereka yang lebih baik dari kita. Itu kekuasaannya.

Contoh dan perbandingan di atas itu mungkin tiada seberapa. Namun kebetulan melihat berita sedemikian selepas paginya tahu tentang blog menghina Islam tersebut, membuatkan saya terfikir seperti di atas. Bukan apa dalam hal sebegini pada yang mampu cegah dengan tangan(tindakan) patut bertindak, pada yang mampu cegah dengan kata-kata, teruskan dan pada yang tidak mampu kedua-dua tersebut, berdoalah supaya Allah tetap memelihara kesucian dan kesyumulan Islam. Maruah dan martabat Islam itu terpulang pada penganutnya untuk dipelihara. Jika tidak mudah sahaja ia diinjak dan diperlekeh sewenang-wenangnya. 

Kadangkala bila sebut sahaja isu agama, dikatakan sensitif dan pelbagai. Tak boleh disentuh dan sebaginya. Kita bukan nak jadi seperti Osama Laden yang membahang dalam membela maruah Islam. Beliau lagi jauh meditasinya dan mendalam perjuangannya. Buat setakat ini, cukup sekadar merasa yang kita ada rasa 'menentang' golongan sedemikian hina yang berani menghina Islam. Supaya Islam tidak mudah diperkotak-katikkan.

2.41pm@29/5/11

3 ulasan:

  1. islam adalah agama untuk semua...bersyukurlah dengan kedatangan islam..hak dan batil dapat dibezakan.indahnya islam

    BalasPadam
  2. soal polis,menahan org yg mencerca "polis bodoh" x logik akal dan berat sebelah..sedangkan sy penah denga polis cerca org dengan perkataan ''Babi La Korang ni" dan xde ape2 tindakan diambil sebab tu personal punye problem la,,dari tindakan tersebut..mmg x matang la tindakan tu..kalo x kerana pakaian seragamnye,,dah lame lunyai kene belasah..

    BalasPadam
  3. Betul! Tu Milo Ais. Saya pun bukanlah mendalam sangat belajar agama, namun Islam yang berasa dari perkataan Salam bermakna Sejahtera pasti sahaja automatiknya mengasingkan batil dan hak seperti mengasingkan minyak dan air....

    Tanpa nama! Perbuatan 'mereka' yang sebegitu seolahnya hanya membenarkan cercaan yang dilempar pada 'mereka' dan berbalik pada diri sendiri apa yang dicercanya itu.

    BalasPadam