Alhamdulillah! Sekali lagi Jumaat. Jumaat pertama bulan Mei. Sudah masuk 6 hari Mei berlalu. Masih bernyawa. Masih bergerak. Masih ada udara segar untuk dihirup. Paru-paru masih berfungsi. Telinga masih mendengar. Mata masih melihat. Lidah masih merasa dan tekak masih menelan. Segala syukur pada Allah. Pemberi dengan Maha kasih sayang lagi Maha pemurah. 'Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"- Surah Ar-Rahman (diulang 31X).
Sedang aku nak blog walking ke blog-blog yang aku tengah suka, tiba-tiba mata tertoleh ke arah TV yang sedang menayangkan Nasi Lemak Kopi O (NLKO), dan pengacara Saudara Aziz Desa sedang membaca sinopsis. Aku tahu setiap Jumaat pasti ada ruang itu. Sinopsis untuk novel-novel penulis Malaysia. Aku sebenarnya kelam kabut nak cepat dengan 'blog walking'. Anas masih tidur. Aku mencuri masa. Nah! terperanjat aku melihat kelibat seseorang di kaca TV tu. Siapa dia? Oh! Salah seorang manusia yang dapat dikatakan aku kagumi. Itulah saudara Dr. Faisal Tehrani (FT) . Bekas blogger. Sebelum dia mengundurkan diri dari dunia blog, aku kecanduan melawat ke blognya. Pasti mahu ke sana. apa istimewa blognya? Bergantung kepada apa yang anda cari dan mahu tahu. Bergantung juga kepada bagaimana penilaian anda terhadap isu-isu yang diketengahkan oleh beliau. Melangkah ke blognya dengan tak sengaja. Untuk aku, telah banyak yang aku lihat di blognya. Kini tiada lagi. Dia katakan telah keluar dari dunia blog dan keseluruhan entri juga sudah lenyap. Blog beliaulah satu-satunya yang aku senaraikan untuk diikuti di 'Dashboard Blogspot' aku ni.
Awalnya, kehairanan dan tertanya-tanya perihal tindakan beliau. Namun aku dapat aku fahami. Beliau pasti mempunyai alasan yang kukuh. Selaku seorang yang terlibat dalam dunia penulisan, mungkin beliau juga tidak terlepas dari terhambat 'pergolakan' akibat butiran penulisan dan penyampaian idea beliau. Antara pegangan, pendirian, persekitaran, undang-undang, kewarganegaraan, prinsip dan pelbagai lagi persoalan diri, kemanusiaan yang melingkari seorang manusia dan telah pun berkeluarga. Aku membaca sendiri. Bergurukan rasa keinsanan.
Faisal Tehrani muncul di NLKO mempromosikan novel ke 21nya bertajuk Sebongkah Batu di Kuala Berang. Membawa sesuatu tentang perkembangan Islam dan tamaddunnya di Malaysia melalui Batu Bersurat Terengganu. Kedengaran menarik. Aku belum beli. Insyaallah. Melalui wawancara singkat Aziz Desa dengan Faisal Tehrani itu, sempat juga dicuit oleh Aziz Desa dengan mengatakan Faisal Tehrani itu selalu muncul dengan pelbagai 'polemik' Itu kata Aziz Desa. Selalu aku lihat, Aziz Desa memang begitu. Sempat mencuit dan mencubit di mana yang boleh. Itu sebahagian personaliti beliau. Wawancara berjalan dengan lancar dan aku suka mendengar patah-patah jawapan yang kedengaran lembut, kemas, sesekali tegas dan tersusun dari Dr. FT. 'Cool'.
Sempat menjawab soalan Aziz perihal pemilihan KEMALA sebagai pemenang Anugerah Sasterawan Negara terbaru. Bukan aku seorang yang terkejut dengan pengunduran Dr FT dari dunia blog. Ada yang lain. Pernah aku terbaca. Jika sahaja beliau kembali berblog, Insyaallah pasti akan tersenarai aku sebagai pembacanya. Jika sahaja dia berblog tentang Penulisan Kreatif, pasti meletup. Aku suka sangat topik macam tu. Buat masa ini, cari dan baca sahaja buku-bukunya. Aku telah ada beberapa buah. Cuba tambah koleksi. Mmmm ini entri spontan dan tak disangka kerana kemunculan FT di NLKO pun mendadak aje...Sekurang-kurangnya kita tahu yang Dr FT tu baik-baik aje, sebab antara entri terakhir beliau bertajuk 'Dialog atau Ditangkap'. Macam suspen jer....
9.32am@6/5/11
Adila, saya juga 'kehilangan'nya. Doa-doalah moga-moga FT kembali berblog.
BalasPadamNur Zahra! Ya mudah-mudahan hendaknya...
BalasPadam