Kita arif bahawasanya bumi kita ini semakin uzur@tua. Biasalah jika manusia itu uzur@tua, ia akan sakit-sakit. Ini adat dan fitrah sesuatu yang tidak kekal. Sesuatu yang bersifat fana'. Setidak-tidaknya, waktu bersekolah dulu, kita pernah belajar sifat-sifat Allah. Selalu menyebut tentang sifat 20. Allah juga ada sifat mustahil iaitu lawan kepada sifat wajib dan tidak ketinggalan dengan sifat harusNya. Jadi, Allah bersifat baqa'(kekal) lawan atau mustahilnya Allah bersifat fana'. Dunia dan segala isinya inilah yang bersifat fana'. Alam dan manusia adalah dua unsur utama kehidupan di muka bumi ini. Penyediaan alam khusus untuk kemudahan manusia menerajui kehidupan didunia. Bertamaddunlah manusia di muka bumi ini selayaknya.
Kejadian bencana alam lewat masa kini amat jelas menunjukkan kesakitan bumi. Paling utama ini adalah kejadian dengan kehendak dari Allah. Selalu sahaja kita mengulang-ngulang menyebut, Segala Yang Baik Dari Allah Dan Buruk Itu Datangnya Dari Kelemahan Dan Kesilapan Diri Kita Sendiri. Jadi begitu jugakah dengan kejadian gempa bumi atau lain-lain bencana alam yang sering berlaku kini? Atau kita hanya mengandaikan dan menutup pemikiran mampu kritis kita dengan mudah mengatakan, itu sudah kejadian alam semulajadi. Alam sedang mencari keseimbangan dan menjadi adatlah semua tersebut. Begitukah minda kita diarahkan? Tanyakan semula, apakah alam perlu mencari keseimbangan atau sedang menuju pengakhirannya? Kita arif setiap yang ada permualaan, pasti ada pengakhirannya. Itu adalah kehidupan. Apakah manusia hanya mangsa kepada kejadian alam sebegitu. Ataukah manusia itu sebenar menjadi penyebabnya? Manusia itu yang khalifah, bukan Alam. Oh! Allah hulurkan HidayahMu....
Terbaru adalah gempa di Perancis Sepanyol. Sepengetahuan saya dua gegaran telah terjadi. Ini adalah selepas kejadian gempa dahsyat di Jepun. Bertitik-tolak dari kejadian di Jepun yang memberi tamparan hebat pada dunia, pernah saya menulis di sini http://adillaharun.blogspot.com/2011/03/mohon-ampun-selagi-ada-waktu-al-asr.html. Rupanya entri ini adalah antara entri yang ramai melihatnya, di blog biasa saya ini. Saya juga ada mengaitkan tentang Mohon Ampun, ataupun Istighfar di sana. Jadi ini saya kira lanjutan dari entri yang terdahulu itu. Wajar kita mengambil kira bahawa bencana yang terjadi dengan izin dan kehendak Allah itu masih ada hikmahnya untuk kita selaku pemerhati. Pasti ada iktibar besar yang mampu kita garap darinya. Jadi dari diri saya yang lemah ini, saya ingati diri dan saya kongsikan suatu pesanan dari Penghulu dan Rasul tercinta kita, Nabi Muhammad saw. Iaitulah perihal mengamalkan Penghulu Istighfar. Mengapa? Jika benar dakwaan kita bahawa segala yang buruk adalah datang dari diri kita, itulah perlunya Istighfar. Tiada lain pada Pencipta Alam dan segala isinya. Mudah-mudahan Allah terus memandang kita dengan kasih sayangnya kerana pengakuan kita akan kesilapan dan kesalahan diri kita.
Jika Rasul yang maksum dan yang telah dijamin syurga itu beristighfar tidak kurang 70X sehari, apatah bagi kita manusia yang diakhir zaman ini. Mungkin di penghujung dunia. Jauh dari zaman Rasul dan para sahabat. Namun masih ada tinggalan yang dapat mendekatkan kita dengan mereka iaitu Al Quran dan Sunah Rasulullah. Penghulu Istighfar ini dipesan Nabi dengan pesanan, "Pelajarilah dengan baik istighfar utama @penghulu dan amalkanlah"
Imej dan terjemahan ayat dari buku 187 Doa rawatan & Harian |
Ertinya:
Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak diabadikan hanya Engkau yag menjadikan aku. Aku hambaMu dan aku di dalam gengamanMu, aku di dalam perjanjian untuk beriman dan bertaat padaMu sekadar dalam kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku mengakui ke atas nikmat yang telah Engkau berikan dan mengakui ke atas segala dosaku, aku memohon keampunan dariMu, tidak ada yang dapat mengampunkan seseorang melainkan hanyalah Engkau sahaja wahai Tuhanku.
Apa yang saya 'highlight' itulah inti utama Istighfar tersebut. Terang lagi jelas. Itulah sifat kita manusia, tiada lari dari silap dan dosa. Namun masih digelumangi nikmat dari Allah dan kerapkali terlalai pula mensyukurinya. Astaghfirullahhalazim...... Sesungguhnya tiadalah sia-sia pesanan Rasulullah, kekasih Allah dan rinduan umatnya, yang diciptakan Allah dan diutuskan kepada alam sebagai Penghulu segala Nabi dan Rasul...
3.23am@14/5/11
3.23am@14/5/11
Tiada ulasan:
Catat Ulasan