Sekarang ini rata-rata masyarakat masih lagi berterusan sibuk, disibukkan atau menyibuk berkenaan video sensasi yang dikatakan merakam aksi tidak sopan (saya masih cuba bersopan), seorang pemimpin parti pembangkang. Asalnya saya tidak pernah bercadang untuk mengulas mengenainya. Walau saya pernah mengomen di kubakoya.com , itu sekadar komen. Sangka saya cukuplah sebegitu sahaja. Siapalah ‘kita’ yang tiada cukup ilmu untuk berkata perihal asas benar atau salahnya seseorang itu dalam sesuatu yang belum pasti. Namun atas nama dan fikrah manusia, saya juga 'ghairah' seperti mereka yang lainnya dalam berkongsi pandangan perihal isu yang sememangnya mengundang pelbagai spekulasi dari masyarakat yang pelbagai agama, bangsa dan kaum (1Malaysia) melalui pelbagai perspektif. Di sini ialah perasaan (atau perasan) dan pandangan bendul saya terhadap isu ini. Saya gambarkan sebegini:
BAHAGIAN OBJEKTIF:
SILA PILIH JAWAPAN YANG TULIN DARI PILIHAN YANG DIBERI.
TANDAKAN BENAR PADA JAWAPAN YANG DIPILIH.
- Adakah anda percaya bahawa ‘beliau’ yang beraksi di dalam video tersebut?
a) Amat Percaya
b) Tidak Percaya
c) Pertengahan
d) Ikut Majoriti
e) Tidak peduli
2. Adakah perlu kepada suatu badan khas@suruhanjaya untuk menyiasat perkara tersebut?
a) Amat Perlu
b) Tidak perlu
c) Ikut keadaan
d) Tiada beza
e) Tidak kisah
BAHAGIAN SUBJEKTIF:
SILA TULIS SEBUAH ESEI BERKENAAN ISU DI ATAS MENURUT PERSPEKTIF PERIBADI ANDA. TIDAK MELEBIHI 300 PATAH PERKATAAN.
Kedua-dua persoalan 'OBJEKTIF' DAN 'SUBJEKTIF' di atas adalah persoalan negara dan rakyatnya kini. Tiada siapa terkecuali. Ini isu yang berleluasa. Masyarakat amat berminat dan teramat 'ghairah' kepada suatu titik noktah yang bersih.
Sekali lagi, saya tetap kehairanan dalam pada negara kita sibuk melaporkan berita-berita terkini perihal gegaran gempa bumi di serata dunia (ya dunia tidak henti-henti bergegar...), di dalam tempat kita sendiri berita perihal video sensasi dan jam tangan Omega juga yang menjuarai carta berita. Seiring dengan berita hari undi di Sarawak. Tiba-tiba, saya teringin nak merujuk dan melihat pada ayat dalam surah Yaa Siin ayat 48 dan 49 bermaksud begini;
48. Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya secara mempersenda:”Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”
49. Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut)-akan membinasakan Mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).
Bila berkata seperti di atas, sebegitu nampak benarlah saya tidak pandai bersiasah. Maklumlah bukan ‘graduate’ politik pun. Masakan mahir sepak terajang bersiasah. Politik rumahtangga pun masih antara lepas dan tidak. Namun setiap yang melintas di depan mata mahu pun terdengar oleh telinga tiadalah sia-sia sahaja. Melaluinya kita mencari suatu fikrah seimbang. Saya masih dalam pencarian.
Persoalan terus menjadi persoalan. Hakikat persoalan dan jawapan hanyalah ada pada yang empunya alam. Dia yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan lagi Maha Mengetahui. KETULINAN itu mungkin milik manusia, namun KEBENARAN itu belum pasti. Pastinya ia adalah hakmilik Allah (s.w.t)…….Allah itu bersifat senantiasa benar lagi memenangkan kebenaran. Jika tidak di dunia, akhirat masih ada.Nasihat saya pada diri sendiri yang teramat kerdil. Jangan permain hak Allah, takut mendapat 'hadiah' Macam fardhu kifayah, seorang buat, cukuplah, semua dapat padah!
SAYA: Sampai sekarang tak tahu nak percaya apeeee. Lemohnye saya...
10.15pm@12/04/11
macam2 kan... saya menyampah dah tgk berita2 ni kat paper. lantak lerrr.
BalasPadamMila@Rimbun, tulah ceritanya. Laginya suasana di tempat kita ni perkara yang kia menyampah tu yang jadi hidangan harian suratkhabar untuk kita. Sambil atau lepas breakfast, kita menelan isu-isu sebegitu. Tak baca paper tak leh juga.
BalasPadamnak percaya yg mana?
BalasPadamsenang je.. bykkan membaca... bergaul... cari sumber maklumat dari segenap sudut.... ambik fakta dari semua pihak... diulangi... semua pihak...
kemudian, buat analisis dan kesimpulan sendiri berdasarkan fakta dan sumber yg telah didapati...
garis panduan : hukum syari'at mestilah di atas.
insyaAllah anda akan mendapat jawapannya... :)
kena igt, akhir zaman nie... zina berleluasa..
pemimpin yg fasik dianggap benar, pembawa kalimah Allah dipandang pesalah...
ciri2 pemimpin sejati... dia bukan nak memimpin kerana kuasa... dia nak memimpin kerana amanah yg dipimpin tu berat tp takut yg lain tak mampu pikul, so dia pikul...
satu lagi, sejarah membuktikan, tiada pejuang sebenar yg tak melalui saat getir sebagai pemimpin...
difitnah, dipenjara, dipulau, diboikot..
lihat saja bagaimana kisah si Hamka, para wali terdahulu yg byk terkorban, nabi Yusuf, nabi Muhammad SAW, nabi Ibrahim, bahkan Nelson Mandela juga hanya memperjuangkan hak asasi kulit hitam dan menentang dasar apphetheid (betul ke eja nie?), kena penjara puluhan tahun...
so, masih tak nampak lagikah??
Miss Leza!
BalasPadamSetuju dgn you. Banyak membaca dari bnyk sumber. Cth kalau suratkhabar tu, jgn baca yg one-sided aje. Baca both sided dan nilai sendiri. Kosongkan minda dulu. Bersihkan naluri. Tak banyak sedikit pasti akan datang 'idea' yang sesuai dengan jiwa kita.