Pagi ini, sewaktu meleraikan Anas dari mengemas rak kecil, aku terbelek sebuah buku yang seingat aku dibeli kerana kutipan derma, tak lama dulu. Di hadapan sebuah pasaraya, seorang wanita menghulurkannya sambil mengatakan, “Derma ikhlas..”. Aku dalam rasa serba salah (hati nekad sudah dan langkah pun laju nak masuk, tiba-tiba terhalang pula…) cuba mewaraskan diri. “Ini dah kerja dia, buat biasa ajelah”. Tapi… aku kalau dah nampak buku, mesti nak pegang dan buka lalu baca sikit-sikit. Mmmm.... sudahnya berdermalah. Tak mengapa sambil derma, dapat ilmu. Win-win situationlah kiranya. Itu strategi marketing yang baik dan boleh apply dalam mengutip derma…Mengajarlah pulak…
“Sedarkah Kamu Wahai Manusia, Antara Semalam & Hari Ini” – Wan Md Jamal Bin Wan Md Saman. Itu lah bukunya. Yellow in colour.
Semua orang rasanya tahu cerita Avatar. Ialah, cerita kartun pun ada. Cerita filem pun ada. Watak utama Aang. Ada kawan-kawannya. Aang ni dikatakan Avatar - The Last Airbender. Tapi aku suka nak mengaitkan bahawa selepas aku baca artikel dalam buku ni tadi, aku rasa orang Muslim ni semuanya lahir ada persamaan dengan story Avatar. Kenapa? Cerita tersebut bermain dengan unsur-unsur Tanah, Api, Air dan Angin. Namun menurut buku itu, di mukasurat 88 (Bawah tajuk Hakikat Solat) buku itu ada sebutkan ‘Sesungguhnya solat lima waktu itu adalah kesempurnaan diri insan kerana semua orang tahu bahawa lembaga manusia, Allah s.w.t jadikan terdiri dari unsur-unsur atau elemen:
- Tanah
- Api
- Air
- Angin
- Roh (ini tak adalah dalam kartun atau filem tu yeh!-ini unsure sixth senselah kiranya..)
Kemudian aku kaitkan dengan mukasurat 104 (bawah tajuk Mengenal Allah Pokok Agama-Awaluddin Makrifatullah) dalam buku yang sama. Tertulis “Kenalilah dirimu rata-rata, barulah engkau mengenal Tuhanmu yang nyata”. Saya rangkumkan menjadi sebegini:
Dikatakan kita perlu mengenal diri dengan solat yang sempurna. Unsur-unsur kejadian manusia itu dilihat dalam diri manusia dan boleh diperbandingkan dengan solat lima waktu yang menjadi tiang kehidupan seorang Muslim itu. secara kebetulan atau terancang, Allah Maha Tahu.
1. ZOHOR-API
Bermula solat Zohor empat rakaat, Allah jadikan tubuh insan, dua mata, dua telinga. Nabi Ibrahim a.s dikatakan unsurnya api, ujian yang ditempuhnya Allahu Akbar. Hebat. Asasnya sewaktu beliau dibakar oleh Raja Namruth diwaktu Zohor dan beliau diselamatkan oleh Allah dari api. Beliau kemudian memuji Allah denga pujian Allahhu Akbar sebanyak empat kali. Jadi unsur api dalam diri kita sebagai insan itu ada pada mata dan telinga. Bila kita marah atau bengang pasti mata dan telinga itu bisa menjadi merah bernyala-nyala. Hebat bukan!....Allah Maha hebat.
2. ASAR-TANAH
Asar itu empat rakaat. Allah menjadikan pula pada tubuh insan itu dua tangan dan kaki. Nabi Musa itu dikatakan berunsur tanah. Ujian dihadapinya Subhanallah. Ini dikaitkan dengan ayat 55 surah Al-Baqarah bermaksud; “Dan ingatlah waktu kamu menyangkal Musa, katamu hai Musa kami tak akan beriman dan tak percaya kepadamu, sehingga kami dapat melihat Tuhanmu dengan mata kepala kami sendiri, kerana itu kamu disambar petir. Peristiwa itu kami saksikan sendiri”. Eksperimen, Cuba gosokkan kedua tangan dan kaki, walau mandi sepuluh kali sehari pun tetap pasti akan mengeluarkan daki. Itu merupakan unsur tanah dalam diri kita.
3. MAGHRIB-ANGIN
Maghrib itu tiga rakaat. Allah menjadikan pada tubuh insan dua lubang hidung dan satu lubang mulut. Lengkap tiga. Bernafas juga menggunakan antara atau kedua-duanya. Ini juga diasaskan pada cerita sewaktu Nabi Isa diburu tentera kafir romawi, dimana beliau bersama bondanya Mariam menyembunyikan diri ke puncak Gunung Libanon untuk bersembunyi. Mariam seorang yang soleh dan taat beribadat malah sering berpuasa. Nabi Isa yang turun dari Gunung dari mencari makanan untuk berbuka puasa bondanya itu mendapat bondanya tiada bernyawa lagi. Ini dikatakan tepat berlaku pada waktu Maghrib.
4. ISYAK-AIR
Isyak itu empat rakaat. Allah menjadikan pada tubuh manusia itu bahagian depan dan belakang sebagai melengkapkannya. Nabi Daud itu dikatakan unsurnya air. Pujinya, Alhamdulillah. Nabi Daud diberi kepandaian tukang besi. Siangnya bekerja membuat pedang, panah, tombak dan baju besi. Waktu malamnya memuji Allah. Allah juga memberi kelebihan Nabi Daud bersuara merdu dan lantang. Sehingga kita disarankan meniru Nabi Daud dalam bertasbih dan memuji Allah. Unsur air dalam diri manusia itu adalah keringat atau peluh.
5. SUBUH-ROH
Ini yang paling istimewa dan tak ada pada cerita kartun atau filem Avatar yang kita tonton. Dua rakaat antara Tubuh@Jasad dan Roh. Nabi Muhammad pujinya ‘Lailahaillah Muhammad Rasulullah’. Dikaitkan dengan surah Al-Isra’ ayat 1 bermaksud; “Maha Suci Allah yang telah membawa hambaNya berjalan malam dari Masjid al-Haram ke Masjid Al-Aqsa, yang telah kami restui sekitarnya, untuk kami perlihatkan kepadanya beberapa tanda Kami Tuhan Maha Mendengar, Maha Melihat.”
Itulah solat lima waktu sehari semalam diterima Junjungan kita yang tercinta dan dirindui Nabi Muhammas s.a.w jumlah rakaatnya tujuh belas. Fardhu Ain untuk kita sebagai muslim. Jadi nampaknya kalau lengkap solat kita dengan sempurna, terbuktilah keavataran kita untuk hari itu. Jika betul niat dan tepat keseluruhan solat kita, mampulah kita menguasai semua unsur dalam diri kita dan mengarahkan kepada tidak lain kecuali kebaikan. Macam yang Aang cuba buat tu. Save the world! But before that, we have to save ourselves first. By solat.... Aku kira hebat juga Filem Avatar versi buku derma saya ni??? Tuhan tolong kami dalam memperbaiki solat......
Posted: 15/04/11@6.55pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan