Sabtu, 5 Mei 2012

AKHIR PESTA BUKU 2012, USTAZ DON...

Atas permintaan, diturunkan saya di sini. Terpisah dengan yang lain. Mereka semua ke gelanggang badminton. Ada yang kena berlatih sebab seminggu lagi ada 'match'. Nak pinjam Angah jadi peneman tak dapat. Dia 'assistant' abah hari ni. Aisyah...cepat letih. Jadi, bermulalah pengembaraan solo ke Pesta Buku 2012. Sangka dah kempunan nak ke sana. Alhamdulillah...semangat datang bila lihat Jerry D. Gray, pengarang 'Art of Deception' ditemuramah dalam al Kuliyyah, Jumaat lalu. Jadi saya mulakan pemburuan. Itu bukan satu-satunya yang dicari. Ada lagi.
Ini tempat Inteam. Sempat menyinggah. Terlihat kelibat semua ahlinya ada di situ. Penyanyi kesukaan saya pun ada. Tapi gambar jerlah. Nuun...kat atas tu...Rilek jer.

Ini memang kebetulan. Tiba-tiba sekeliling sesak. Bertanya pada orang bersebelahan. Mmm...Ustaz Don di situ rupanya. Sempat ke hadapan dan klik mana perlu dan dapat. Sempat dapatkan 'signature' Ustaz di salah satu bahan saya. Isu bulan Mei. Kebetulan di luarnya ada gambar beliau. Sesuai sangatlah. Walau kebetulan.

Banyak-banyak tempat menjelajah, diakui inilah yang tersesak. Dewan Tun Hussein Onn. Padat, sesak. Ini yang abah dan anak-anak tak sanggup. Pengalaman tahun lepas, serik. Kena sangatlah Mak kembara solo. Tak rasa susah diri dan orang lain....Ok sangat...

Dah lewat tengahari. Rehatkan diri.

Isi minyak. Sempat didatangi seorang remaja. Menjual buku secara langsung. Walau tangan dan bahu dah rasa beban, bukunya masih ada sesuatu yang 'ditawarkan'. Jadi ambil satu. Harga berbanding isi, amat berpatutan. Dari Sarawak ke Kuala Lumpur mencari rezeki. Siap dia 'promote' Sarawak lagi.
Balik dengan inilah. Mudah. Jalan memang sesak. Jadi permudahkanlah mana dapat.
 
5 buku, 5 majalah, 1 DVD dan tambahan 1 lagi buku. Tawaran terlalu banyak. Namun kelihatan mesti pilih betul-betul. Ikut naluri sahaja. Pilih bahan yang senang faham dan apa yang nak tahu. Mudah mudahan diberi kelapangan dan kefahaman atas semua bacaan. Terkilan satu. Ada juga yang 'tak dijumpai'. Mungkin bukan harinya. Mungkin hari lain....di tempat lain....Itu warna-warni Pesta Buku 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan