Isnin, 30 April 2012

OOOPSSS! KISAH TERBUKA AURAT PERTAMA...


Sewaktu  ‘kegelinciran’ Adam dan Hawa memakan buah khuldi(pohon larangan di syurga), itulah saat pertama Iblis berjaya menghasut kedua-duanya untuk melanggar perintah Allah. Sebaik sahaja pemikiran jahat(bahawa andai tidak memakan buah khuldi tersebut akan hilang kenikmatan@tidak akan kekal di syurga dan tidak boleh menjadi malaikat) yang telah dibisik kepada keduanya dituruti, lantas membuatkan mereka terbuka@menampakkan ‘aurat’ mereka yang selama ini tertutup. Jadi begitulah cerita perihal  ‘terbukanya aurat yang pertama' yang berbangkit dari kisah Adam dan Hawa. Sungguh begitu!

Kisah yang terakam di dalam Al Quran pada surah Al A’raf dari ayat 20-22. Terdahulu, pada ayat 19 merupakan Allah perihal larangan menghampiri pohon tersebut. Selanjutnya ayat 23 pula adalah permohonan ampun atau taubat dari keduanya. “Ya Tuhan Kami…Kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi…” Sungguh benar begitu! Puluhan tahun memohon ampun.

Dari cerita, jelaslah bahawa Iblis itu memang ‘musuh yang nyata’. Dari kisah ‘terbuka aurat yang pertama’ ini, wajar pula kita bawakan pengajarannya pada renungan diri kita pula. Nyatanya Iblis itu sentiasa ingin menggelincirkan manusia. Atas dasar sombong dengan kejadian diri dari api dan memandang rendah dengan  penciptaan manusia yang dijadikan dari tanah di mana dia diperintahkan sujud kepada Adam, Iblis  lantas mengambil perjanjian untuk berusaha menyesatkan manusia sehingga akhirnya…..Ia bersungguh dan dengan ilmu dan izin Allah juga menggelincirkan Adam dan Hawa. Berjaya ia mengaibkan keduanya sehingga menampakkan ‘aurat’ mereka.

Sedar/tidak??? Pertama sekali Adam dan Hawa berusaha menutup kembali keaiban mereka dengan daun-daun dari syurga. Itulah keutamaannya. Setelah tergelincir dengan larangan Allah, pertama sekali mereka pantas mencari cara untuk menutup ‘aurat terbuka’. Begitu sungguh pentingnya!!!! Memang penting……Nyata amat penting permasalahan aurat dan manusia. Bukan ia suatu senda…..Nyata sekali bukan….

Selesai kisah dari syurga yang akhirnya membawa kita manusia ini berada di dunia.Dunia ditundukkan pada manusia selaku bergelar khalifah Allah di bumi. Itu rahmat Ilahi. Kembali ke persoalan nyata. Menyebut perihal aurat dan pemakaian, di sini saya bawa satu cara bagaimana untuk berselesa dengan pemakaian. Ini sengaja saya entrikan supaya andai ada yang alami rasa sama boleh mencuba cara. Ubahsuai pakaian adakala perlu pada tempat-tempat tertentu.



Begini gambaran dan langkah-langkahnya :

Sukakan gambar gajah tu. Comel gaya dia yek?. Gajah 'showing off' nampak 'cute' tapi kalau manusia ditegah sifat tersebut ditakuti jatuh 'riak, ujub dan takabbur'. Wali'azubillah...

Ukurlah 'ukurlilit' mulut lengan baju asal. Ukuran yang betul memudahkan proses cantuman dan jahitan lengan dengan bahagian yang hendak disambungkan.

Bahagian lengan sambungan yang telah dipotong mengikut ukuran labuh yang dikehendaki. Menggunakan kain jenis 'lycra'. Rasa itu yang mudah dan ada dalam simpanan dan bersesuaian warna hitam, walau kain agak licin sedikit. Jangan lupa dijahit tepi untuk bahagian ini sebelum disambung.

Saya memilih untuk memasukkan gelungan getah di hujung lengan supaya lebih mencekup dan lengan tidak kelihatan menggelebar dihujung.

Taraaa!!!....From a non syariah compliance T-Shirt turned to a muslimah T-Shirt. Only with a small effort. It's not that hard. See!!!  
Sebagai menutup entri, saya mengajak diri sendir utamanya untuk merenung sepotong hadis Nabi s.a.w diriwayatkan oleh Imam Muslim;

"Sesungguhnya antara golongan yang akan berada dalam api neraka ialah wanita-wanita (lelaki-lelaki)  yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis) atau yang menampakkan susuk badan). Wanita yang berjalan dengan lenggang lenggok(seperti seorang pelacur mencari pasangannya). Wanita yang rambut dikepalanya (disimpul tinggi) sehingga membuatnya terhuyung hayang laksana bonggol unta. Kesemua jenis wanita tersebut tidak akan sama sekali memasuki syurga sedangkan bau syurga dapat dicium dengan jarak sekian dan sekian"

Semacam kesimpulan bahawa tujuan manusia yang asalnya mendiami syurga pastinya untuk berusaha masuk ke syurga semula. (Siapa tak nak turun tangan). Selain pakaian-pakaian syurga pastinya yang paling sopan dan menutup aurat itu wajib hukumnya. Jadi, 'come acrass my mind', andai sewaktu hayat tidak terlintas untuk kita memperbaiki diri dari segi ini, apakah berpeluang untuk kita kembali mendiami syurga Allah. Sememangnya kita masuk ke syurga bukan dengan amalan melainkan dengan rahmatNya. Namun rahmat juga hanya turun andai kita kisah untuk beramal dan beribadat. Tidak dengan harapan kosong. Begitupun, belajar menutup aurat dan melaksanakannya termasuk dalam beramal dan beribadat dengan niat kerana Allah. Two way communication? Kiranya itulah sepertinya......Wassalam!!!

2 ulasan:

  1. Kreatif. Cara mudah utk men"transform" t-shirt. Nak klik butang "like" banyak banyak kali

    BalasPadam
  2. Zie! Itu bukan kali pertama. Kadangkala bila beli pakaian, kita suka design atau fabrik tapi ada yang tak berapa nak kena. Dah tetua ni, barulah terfikir dan melabuhkan apa yang singkat. Jadi itulah usaha kecil. Thanks sebab like! Happy U

    BalasPadam