Gambar google! |
Hari ini 15 Jun. Semalam terdengar dalam slot Akasia TV 3, siri Nora Elena bakal berakhir. Katanya...dalam minggu akhir. Cerita bersiri ini dikatakan adaptasi dari sebuah novel Kasih Yang Suci. Rasanya novel cintalah tu. Dah tajuk kasihlah..., sucilah... Dah berzaman rasanya tak membaca novel sebegitu. Tak berapa nak relevan rasanya. Namun kasih dan cinta itu sinonim dengan yang bernama makhluk. Jika tanpa kasih dan cinta tu, tak bersatu Adam dan Hawa. Tak wujud populasi di dunia. Tak adalah ketamaddunan. Sikit dahlah perihal 'accent' kasih dan cinta.
Aku nak bercerita pasal cerita ni, maknanya ia dah berjaya menarik akulah tu. Aku bukan penonton tegar. Masa tayangan dia 7-8pm tu, hiks! ada leceh sikit. Tapi kalau tak tengok pun, anak-anak bergilir 'update' Mak dia ni. Kalau cerita pasal drama ni, kenalah menyelami isi kandungannya. Jadi, kenalah menjiwainya. Tulisan seterusnya, anggap saja ia karya aku mendalamai karya penulis dan pengarah cerita ni. Aku bahas ikut 'angle' aku. Hanya aku.
Mulanya, aku suka nak tengok cerita ni, sebab ada Aaron Aziz. Peminat? Aku rasa bukan aku seorang aje. Selaku orang yang suka menilai, aku akui Aaron Aziz tu mempunyai pakej yang lengkap sebagai pelakon yang mampu pergi jauh. Dia semakin laris di TV. Pawagam tak ketinggalan. Semakin naik saham. Tidak hairan. Berbekal wajah tampan. Riak wajah menggula. Fizikal sasa. Reputasi bersih (setakat ini). Itulah Aaron. Di tempatnya sekarang. Kini lebih kerap digandingkan dengan heroin-heroin yang tak kurang hebat bakat lakonan mereka. Siti Saleha....Mula memikat aku dalam Ustaz Amirul. Aku nampak dia berkebolehan. Selamba dalam membawa watak. Gandingan sebagai Seth Tan dan Nora Elena memang menjadi. Mengheret peminat hingga hampir kehujung persoalan.
Tentang ceritanya, mula sekali aku hairan nama Seth Tan tu. Aku tahu dia kononnya asal watak dia konon bukan Islam. Sekali sebut aku tersebuuut... Setan. Aku terfikir sendiri. Mulanya memang aku ikut menyangka yang Amir tu 'culprit' yang dah meragut masa depan Elena tu. Tapi sampai satu 'part' bila Amir tu tak nampak tanda-tanda bersalah. Kawan baik Elena pun berkeras mempertahankan si Amir dan Elena sendiri tak dapat pastikan benarkah si Amir yang mendajjalkan hidup dia, aku hidu sesuatu 'fishy'. Aku beritahu anak-anak, aku syak Seth Tan tu 'pendajjal' sebenar. Anak-anak siap 'voting'. Rujuk pada adengan yang masa tu memang topeng terbuka dan Amir nampak jahat. Namun, mengertilah... anak-anak mana faham perihal pembikinan filem. Ada lebih dari hanya apa yang ada di hadapan mata.
Kemudian ada aku terjah-terjah blog orang. Aku nampak satu 'title' mengatakan 'Seth Tan Perogol Sebenar Nore Elena'. Nak masuk baca. Lama benar 'upload'. Aku keluar aje. Hampir melompat kegembiraan aku. Aku tunjuk pada anak-anak. Nak buktikan kebenaran jangkaan aku. Anak-anak terdiam. Ha! Ah!. Itu aje yang mereka mampu. Semalam terbukti bila the 'suspected culprit wasn't the true culprit.' Dalam cerita ini ada pengajarannya. Manusia itu kekadang sampai pada suatu tahap hanya "Percaya apa yang mahu dipercayai" dan bukan yang 'wajar' , 'perlu' mahupun 'patut' dipercayai. Minda kita telah seperti di 'setting'. Namun itu semua pun terjadi atas sebab-sebab tertentu. Dalam cerita ni, pasti sahaja sebab Amir tu 'gangster' giler dan Set Tan tu 'innocent' giler masa di kampung. Itu pengaruhi pemikiran Elena dan dia memegang erat kepercayaan dia tu, sehingga salah sangkaan terbukti sebaliknya. Dia masih berkesempatan memperbetulkan keadaan dan mohon maaf.
Satu lagi, apa yang aku nampak....kalau mahu difikir, seorang lelaki yang ada semuanya seperti Seth Tan, mengapa perlu pilih seorang yang telah dinodai sebagai isteri? Pasti ada konflik jika orang keliling tahu cerita tu. Walau dia sebatang kara pun. Masih ada orang gaji, kawan-kawan dan sebagainya. Maruah dan air muka dia? Lepas tu, dia punya layanan kelas A++. Makan bersuap lagi. Hah! Hah! Ini menguatkan lagi, bahawa semua itu dilakukan hanya sebagai sabahagian 'permohonan maaf' dari seorang pesalah kepada orang yang telah disalahi. Seth Tan...! Seth Tan....aku kagum dengan watak ini. Memang manusia sejati. Sekurang-kurangnya sedar dan insaf dengan kesalahan dia. Berusaha memperbaiki, menyimpan diri untuk orang yang disalahi. Pendeknya dia mampu insaf. Itu sebelah Seth Tan. Sebelah Elena pasti sebaliknya. Rasa teraniaya. Ditipu. Kena 'hacked'(pinjam sikit....sekarang kan sibuk bab ni...). Semua ada. Tambah dah mengandungkan anak orang yang selama ini dalam 'minda' dia sebagai pemusnah hidup. Konflik besar tu. Itu buat seronok nonton.
Apa pun......kita saksikan saja kesudahannya di Akasia TV3. Kesudahannya.... Apa dan macam manalah cer.....nya...?
Ayie!... Tak ada mana detailnya! Tak perlu ikuti detail, kita manusia ni melihat tu cuba sertakan sedikit perasaan dan fikiran saja. Saya cuma mengulas ikut sedap ajer..Hah!Hah.
BalasPadamhahaha..tengok juga sesekali
BalasPadamtapi tak tegar sgt...tau2 jalan cerita je
p/s - gaya penulisan semakin baik....dulu baca tp jarang nk komen, skrg ni baru berani nk muncul sbb nampak sedikit santai...dulu tegas sgt..hehe
Terharu pulak dgn kesudian Kak Jie mencoret di sini. Gaya penulisan dulu bukan tegas tapi kaku sikit. Memang cuba baiki mana yang mampu.
BalasPadamApa pun Happy Ending Nora Elena memang menenangkan...