Khamis, 16 Jun 2011

HELLO! ANONYMOUS SINGGAH SEBENTAR...! KES GODAM.

Assalamualaikum!

Apa pun, aku akui....gambar ni memang 'smart'...(aku google tak jelas...rabun ayam..)

Kebelakangan dan masih terkini adalah cerita-cerita ancaman godam. Tak terhad ke atas laman web kerajaan, aku terdengar, Facebook Hot FM pun dah kena godam juga. Itu sebelumnya. Mula aku tahu mengenainya, aku cuma terbayang akan keadaannya macam dalam 'movie-movie' tayangan di TV. Mesti ada pelaku godam atau nama lebih 'standard', 'HACKER', alat godam dan subjek yang kena godam. Itu semua mesti melibatkan 'hardware' dan 'software'. Pelakunya tak lain 'HUMAN BEING'. Binatang(maaf bukan berkasar!) tak pandai nak godam laman web. Kalau ada, aku pun rasa teringin nak lihat. Aku sebenarnya tersipu-sipu rasanya nak tulis lebih. Sendiri pun tak berapa nak pandai perihal IT. Bukan buta 100% bab IT.  Cuma tahap antara buta celik dengan rabun ayam agaknya. Namun nampak sikit-sikit, kekadang kurang jelas. Pandai hanya guna sahaja. Cerita-cerita belakang tabir 'confirm' aku banyak tak faham. Mana yang boleh dan mampu aku cuba faham-fahamkan.

Elok pada 15 Jun lalu, kita digemparkan, tajuk utama akhbar The Star adalah 'Hack Alert'. Diperihalkan ada sekumpulan penggodam tempatan menggelar diri ANONYMOUS yang akan melakukan serangan godam ke atas laman-laman web kerajaan. Aku difahamkan juga tindakan ANONYMOUS itu dikatakan sebagai tanda luahan tidak puas hati terhadap langkah yang diambil kerajaan dalam menjalankan sekatan untuk laman perkongsian fail. Aku tak berapa nak tahu sangat perkara-perkara tu. Walau aku ada nampak orang buat, tapi tak berapa ambil pusing. Aku nak dengar lagu, cuma 'on' radio. Aku nak tengok cerita, aku 'on' TV. TV pun tanpa ASTRO(ASTRO pun dan masuk parlimen -hebaaattt!!). Aku akui terkebelakang sikit bab-bab teknikal dengan komputer ni. Hah! Hah! Gelak untuk diri...

Dalam dunia yang serba canggih tanpa sempadan ini, sungguhlah nampaknya manusia terlebih mampu melakukan melebihi apa yang wajar dan sepatutnya dilakukan. Ini semua berasaskan tersedianya sumber-sumber dan alat-alatan yang membolehkan tujuan mereka dilaksanakan. Tidak boleh menyalahkan teknologi. Ianya ciptaan manusia. Jadi bahu manusialah yang memikul tanggungngannya. Meluahkan tidak puas hati dengan menggunakan teknologi, kepakaran, skil atau bakat yang ada pada diri menjadi jalan supaya mesej mereka mampu disampaikan pada kerajaan dan umum. Kumpulan itu mungkin merasa tergugat dengan sekatan tersebut. Dari segi apa? Utamanya, mungkin sahaja ia melibatkan periuk nasi mereka. Bila manusia diganggu periuk nasi mereka, biasa mereka sanggup mempertahankan dengan berbagai daya dan cara. Harapan ANONYMOUS, mungkin untuk mempertahankan hak dan kebebasan mereka demi kehidupan. Itu pun jika benarlah ianya wujud, asal dari orang tempatan dan benar-benar bengang dengan sekatan terhadap laman perkongsian fail seperti dikhabarkan. Namun matalamat sudah pasti tidak menghalalkan cara. Itu andainya ANONYMOUS beragama Islam. Anologikan sahaja kisah Robin Hood.

Dikhabarkan 51 laman web kerajaan di bawah domain gov.my telah berjaya digodam. 41 darinya pula mengalami tahap gangguan yang berbeda. Dikatakan perkara ini boleh membawa kepada gangguan kelancaran pentadbiran. Diketahui juga bahawa laman web Hot FM juga telah digodam sebelumnya. Tak tahulah sama ada pelakunya yang serupa. Namun menurut jurucakap Hot FM penggodam berjaya menampilkan muka kosong pada laman sosial Facebook Hot FM itu tanpa meninggalkan apa-apa yang lebih teruk lagi. Sempat juga dia katakan penggodam itu mungkin tidak dari yang 'advance'. Hah! Hah! Aku kelakar juga dengar. Ayat positiflah tu. Apa kata penggodam tu kalau terdengar agaknya? Bakatnya diperkecilkan? Tanyalah pada Team Criminal Minds....Selain itu laman Sabah Tourism juga telah digodam. Ada maklumat pelanggan yang telah didedahkan. Kes godaman ini telah menjadi kes polis dan dalam siasatan untuk mencari pelakunya.

Kemelut godam ini sudah pasti harus diselesaikan. Bila melibatkan internet, maklumat dan data menjadi sesuatu yang sangat sensitif. Kemudahan yang tersedia dengan internet dibimbangi jika digodam akan membocorkan segala maklumat dan data sulit yang tidak patut diedahkan pada umum. Selain itu ia agak mengkucar-kacirkan keadaan. Tindakan menggodam ini tidak wajar kerana membawa kesulitan pada banyak pihak. Selain itu ia melibatkan kos untuk membaik pulih keadaan. Bila sebut kos untuk negara, sudah pasti datang dari pembayar cukai juga. Dari orang ramai. Janganlah biar isu ini untuk dipolitikkan. Usah bila tercanang projek-projek tertentu kononnya untuk pertahanan dari kejadian godaman dan seumpamanya....kita kembali berdebat dan sebagainya.....Semua orang rasa tergoddammm.....

"Tulisan berdasarkan pandangan dan buah fikiran Tuan blog".
17/6/2011

3 ulasan:

  1. Ayie...Setiap kejadian@ciptaan ada kelemahan dan kelebihan. Teknologi adalah alat untuk meningkatkan taraf hidup manusia. Ia untuk kemudahan. Kebaikannya patut dikongsi bersama dengan cara adil dan saksama. Tidak juga hanya melebihkan mana-mana pihak. Tidak juga untuk dimanipulasi oleh sesiapa...

    BalasPadam
  2. suka hati nak lepas kat laman kerajaan.aku ni
    pun terasa juga orang kata pengodam jahat.
    setakat masuk sistem orang tu biasa la.tapi
    tak sampai nak rosakkan harta benda orang lain.
    tidak beretika langsung......................

    BalasPadam
  3. Mmm...Ali ridha katanya masuk sistem orang itu biasa. Saya tak pasti, sebab saya tak pernah buat. Bertandang ke laman maya orang itu biasalah untuk saya. Masuk ke sistem orang pun mesti ada niat dan tujuan....itu menentukan natijah baik atau buruknya.

    Tapi bayangkan sahaja, kita pergi rumah orang. Kita pilih masuk pintu depan. Duduk di ruang tamu. Kalau terjah pintu belakang dan geledah dapur, bilik tidur dsbnya, bukan adab dan tatasusila Islam dan orang Melayu. Itu hanya contoh mudah.

    BalasPadam