Jika kita mengibaratkan hidup sebagai sebuah pentas, maka kita adalah pelakon. Jika kita mengibaratkan hidup sebagai sebuah perjalanan, maka kita adalah musafir. Jika kita mengibaratkan kehidupan sebagai sebuah pelayaran, maka kita adalah pelayar. Ibaratkanlah hidup ini dengan apa sahaja.... Hakikatnya setiap pementasan yang bermula akan ada penamatnya. Setiap pelayaran yang tercipta ada penyudahnya dan setiap perjalanan yang ada awal pasti akan ada akhirnya. Ini semua kerana tiada sesuatu di dunia ini yang kekal sifatnya sebagai hasil ciptaan, melainkan menuju kepada Penciptanya, Tuhan yang Esa. Allah jua yang bersifat Kekal. Hanya Dia....
'Salam Sakti Sudais'. Aik!... Salam pun ada yang sakti. Itulah bila Allah mengkehendaki sesuatu itu untuk terjadi, maka jadilah ia. Itulah yang telah terjadi kepada Sham Kamikaze. 'Karamah' ke Imam Besar Masjidilharam, Mekah yang bernama Sheikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais tu? Saya memang tiada jawapan untuk itu. Hanya ada terlintas sesuatu 'fikiran'. Namun, hakikatnya menurut Sham Kamikaze sentuhan dari salaman dengan Imam tersebut telah membawa satu perubahan yang terdengar dan kelihatan positif pada diri beliau. Selaku manusia biasa, saya juga tumpang terharu dan gembira. Sham Kamikaze telah menjumpai satu 'turning point' hasil bersalaman dengan Sudais. Sesungguhnya alunan suara lantang tapi merdu, lembut tapi jelas mengalunkan ayat-ayat Al Quran dari Sudais memang memaut rasa. Jiwa rasa beralun di sapa ombak syahdu. Sham Kamikaze pasti tahu lebih di situ....
Saktikah manusia ini?... |
Aku, seronok membaca kisah Sham ni. Bagimana pertemuan dengan Sudais itu semuanya berlaku dalam keadaan yang langsung tidak terduga oleh dirinya. Terlihat aku bagaimana Allah memandu dia untuk dapat bertemu dengan Sudais. Bagaimana hati dia digaru untuk ke Masjid Alwi, Kangar, Perlis tanpa mengetahui kehadiran Suadais di situ. Bagaimana bacaan ayat suci dari Sudais memikat hati dan menakluk jiwa beliau. Bagaimana ceramah(diterjemah ke Bahasa Malaysia) Sudais memberi kesedaran dalaman pada beliau. Akhirnya bagaimana Sudais sendiri menghulur tangan bersalaman dengan beliau tanpa diduga sama sekali. Sedangkan di saat itu beliau sebenarnya sedang ghairah untuk mengambil gambar Iman Sudais tersebut. Diri beliau terpana aura Sudais lalu ia merubah dirinya. Sudais itu adalah penyebabnya, manakala Allah yang berkehendak dan menjadikan perubahan itu. Maha Besar Allah.....Taufik mahupun Hidayah itu adalah pemberian dariNya. Hak mutlak dan ketentuan Nya. Berbahagia jika terpilih menerimanya.
Kebelakangan ini fenomena artis 'berubah' seirng kita dengar. Mungkin ada juga persoalan lanjut dari cerita-cerita ini. Ada yang percaya. Ada juga yang mungkin tidak berapa nak percaya. Maklum manusia sifatnya mampu berubah-ubah. Bukan terhad pada artis. Sesiapa sahaja. Cuma artis lebih mendapat perhatian. Lebih menonjol cerita mereka. Hari ini begini. Besok belum tentu. Apa pun sesuatu yang baik itu patut diteladani dan diikuti. Dia telah kembali pada jalan untuk kebaikan, patut kita mohon untuk perkara yang serupa. Tambahan pula perubahan Sham Kamikaze itu lebih membahagiakan diri dan pasangannya juga. Semoga berkekalan.....
Tidak ketinggalan terlihat perubahan pada Mel. Bekas vokalis kumpulan Wings. Perubahan dirinya juga terlihat ketara. Dalam temubualnya bersama pengacara TV Al Hijrah segmen Suara Hijrah, dia kelihatan sungguh tenang dan senang dengan perubahan yang dialami dan dilalui. Semacam ada keindahan yang sedang dikecapi. Butir-butir percakapan menjadi tersusun dan menuju pada mesej utama. Mesej-mesejnya itu juga dapat didengar dari lirik-lirik lagunya terkini. Bersama suara yang pada saya masih kekal dan tak banyak perubahan, kini Mel mengalunkan lagu-lagu berbentuk nasihat, kemanusiaan dan ketuhanan lain dari sebelumnya. Lagunya kedengaran menyentuh perasaan.....
Pentas dan jiwa berbeza.....(semua gambar di atas memang saya pinjam - terimakasih!...) |
Bila artis berubah ada juga yang memilih 'platform' yang sama dan ada yang bertukar 'platform' untuk menzahirkan perubahan diri mereka. Sham Kamikaze dan Mel berdiri di pentas yang sama, namun dengan diri yang berjiwa berbeza. Pasti ada pembaharuan yang akan disampaikan pada para peminatnya dan ia mungkin mampu membawa sesuatu yang positif juga. Sebaliknya bercakap pasal Bob Lokman, memilih 'platform' berbeza untuk menzahirkan perubahan dirinya. Beliau sekarang menjadi penceramah kepada parti politik yang disertai, dan itu juga adalah haknya. Masing-masing ada cara dan gaya tersendiri. Namun, apa sahaja yang mereka lakukan adalah pilihan mereka dan mendapat izin dari Allah. Pastinya niat yang baik akan baik natijahnya......
20/6/11
Ayie... Kehidupan 'tak menentu' macam kurang enak menggambarkan tentang artis. Ramai juga artis yang elok-elok sahaja kehidupan mereka. Cuma 'ketentuan' hidup itu bukan ditangan manusia, bukan hanya artis. Namun manusia masih diberi pilihan...
BalasPadamDilla....sebab tu yang jahat tidak kekal jahat dan yang baik tidak kekal baik. Lebih baik jadi bekas orang jahat dari jadi bekas orang baik....Semoga kita sentiasa mendapat hidayahNYA...
BalasPadamnice bl0g..teruskan bermujahadah =)
BalasPadam