Rabu, 1 Jun 2011

CAMPAK BAYI DARI TINGKAT LIMA

Timbul juga di fikiran, bahawa bila kita mempersoalkan tidakan orang lain, apakah ada kewajarannya? Sedangkan diri kita sendiri pun masih dalam perjalanan dan menghadapi perkara-perkara yang selayaknya selaku manusia biasa. Ada naik dan turun. Ada susah dan senang. Ada suka berselang duka. Begitu pusingan kehidupan selagi bernama manusia. Manusia itu memang dicipta untuk mengabdikan diri serta diduga.

Berita perihal membuang bayi dari tingkat 5 di sekitar Sentul yang sampai ke telinga saya tadi memang meruntun perasaan saya. Automatik menjadi sedih. Lihat pula jasad bayi yang dipaparkan itu(walau kabur) saya fikir seorang bayi lelaki. Tergamak sungguh. Mengapa kelakuan sebegini terus berleluasa? Ini penyakit manusia kini. Keseronokan seketika yang menggila berakhir dengan kekejaman yang boleh membawa ke neraka.  Di luar sana masih ramai orang yang menginginkan cahayamata, namun ada yang tidak diberi rezeki. Manusia kejam ini pula sewenang-wenang dan dengan kejam membunuh suatu nyawa yang suci lagi tidak berdosa. Jiwa saya terasa menangis.

Sedar bahawa saya belum pasti seorang ibu yang terbaik, namun mana-mana ibu yang waras pasti akan merasa kesedihan seperti rasa hati saya. Selalu juga saya membaca berita sebegini, namun yang dipaparkan di berita 1.30pm tadi sungguh merentap dan menyedihkan. Pasti kerana ia dicampak. Biasanya kita dengar bayi ditinggalkan. Ada pula yang ditanam. Oh!! Tak sanggup nak membayangkan. Bayi itu pula kelihatan 'semangat' dari segi saiz badannya. Saya andaikan  ia akan  ke syurga!!! Damailah kamu wahai bayi....Allah lebih menyayangi kamu sesungguhnya. Semoga kamu menjadi penghuni penambah ceria di syurga sana....

Apakah itu bayi luar nikah? Jika benar, nescaya pelakunya telah melakukan 2 dosa besar. Berzina dan membunuh. Jika tidak benar, dosa membunuh itu jika sengaja boleh saja diqisaskan jika hudud diamalkan. Saya terfikir ke arah itu kerana geram teramat sangat. Sememang jika membunuh dengan niat sengaja, hukumnya bunuh balas. Lain jika pelaku itu mendapat keampunan dari keluarga simati dan bertaubat nasuha tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Perlu pula membayar 'diat'(compensation) yang ditetapkan kepada keluarga si mangsa yang berkehendak. Itu ilmu saya yang terbatas. Jika salah silalah betulkan. Untuk zina pasti sahaja disebat atau ada juga yang perlu disula. Jika anda menganggap saya ekstrem, itu hak anda. 

Islam itu tidak kejam atau ekstrem. Ia agama yang bersederhana. Ia akan bertindak bila keadaan perlu pada tindakan tegas. Itu adalah ketegasan dalam Islam. Islam lembut tapi tegas. Itu kita perlu faham. Saya juga tidak sangka akan menyebut hingga ke situ. Biasanya saya tidak ambil pusing, kerana saya dan anak-anak Alhamdulillah, setakat ini baik-baik sahaja. Biasa resam manusia, bila diri sendiri dan keluarga baik-baik saja, apa perlu fikir pasal orang lain diluar sana? Semua ini atas dasar kemanusiaan dan naluri keibuan dalam diri saya yang masih belum cukup sempurna ini. 

Namun saya berpandangan, jika ada yang mati diqisas kerana membunuh bayi pasti ramai yang gerun(merujuk pada yang beragama Islam) dan berfikir banyak kali untuk sewenang-wenang membuang dan sekaligus membunuh bayi. Islam berniat untuk memberi pengajaran dan kegerunan. Seorang yang diqisas kerana membunuh pasti mungkin dapat menyelamatkan 10 atau lebih ramai orang lagi yang bakal dibunuh dengan niat sengaja. Berbeza dengan hanya didenda atau dipenjara. Itu tidak mampu menjentik pun rasa takut dalam jiwa kebinatangan yang menunggu masa untuk bangun dan berbuat dosa.

Undang-undang manusia yang direka dan boleh berubah-ubah menurut masa dan keadaan tidak akan dapat mengganti undang-undang Allah yang termaktub di dalam Al-Quran dan telah ditunjukajar perlaksanaannya oleh Rasul kita. Bila kita menurut kemahuan dan kesesuaian kita, inilah kesannya. Manusia menjadi lebih hina dari binatang. Binatang pun tahu ssyangkan anak, tapi manusia lebih binatang dari yang berjiwa binatang......

3.30pm@1/6/11

7 ulasan:

  1. Menarik. Terima kasih sudi berkongsi ilmu

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama! Sama-sama. Ilmu saya cetek sangat. Ini lebih kepada perkaitan antara ilmu saya yang cetek itu dengan pandangan dari dalam diri.

    BalasPadam
  3. Sesungguhnya, mereka yang sanggup melakuka kekejaman ini tidak layak digelar manusia..mereka ini, hatinya telah dilapah oleh syaitan terkutuk..

    inilah akibatnya, jika tiada asuhan agama dipupuk dgn betul..hanya sambil lewa..solat tidak dijaga, aurat tidak dijaga, kemaluan tidak dijaga..akhirnya, sifat kebinatangan lahir dari jiwa yang sepatutnye bersih...
    |
    Wallahu'alam...=(

    BalasPadam
  4. Sebab itulah Islam hua hal atau Islam itu solusi. Apepun, suka dengan cara anda mengupas tajuk ni!

    BalasPadam
  5. Seri Candy,

    Hati yang dilapah sehingga tiada lagi yang bersisa melainkan jasad kosong...

    Yaaser,

    Saya setuju Islam itu SOLUSI. Setiap penetapan dalam setiap persoalan itu amat berhikmah.

    BalasPadam
  6. Sememangnya syurga sudah banyak hilang dari tapak kaki ibu2..sebaliknya neraka adalah yg terbaik bagi ibu tersebut. Dosa sesama manusia boleh memohon ampun tetapi dosa kepada Allah dengan menyeksa makhluk Allah sedemikian rupa hanya Allah sahaja yang berhak mengampunkannya...Tidak gilakah manusia itu jika Allah tidak mahu mengampunkannya kerana melanggar amanah yang telah diberikan...

    BalasPadam
  7. Aishah!

    Banar sesungguhnya anak itu amanah dari Allah kepada kedua ibu dan bapa. Begitu juga isteri itu amanah kepada suami. Namun kes di atas jelas mencabuli segala hak anak tersebut. Lebih lagi hak Allah. Mengambil nyawa itu sepatutnya hak Allah.

    BalasPadam