Jumaat, 14 September 2012

DONE IT MYSELF HANDPHONE CASING

Merancang ini sisi dalam untuk 'casing'.

Merancang ini sisi luar 'casing. Kononnya biar tak mudah kelihatan kotor. Maklum latarnya gelap.

Hah! Ini idea Pallas zap-on. Saya guna sebab nak mudah. Barang-barang semua memang  'excess' yang dah agak lama menunggul dalam kabinet alatan. Saya salutkan bahagian pengeras yang kanan tu. Itu akan jadi penutupnya. Itu nampak terjungkit selepas dicuba padan dengan tapaknya di sebelah kiri. Salutkan sebaik mungkin. Ini memang sulit sikit.

Ini tiga cubaan saya. Pertama, body ok. Penutup hancur. Kedua, body terbesar. Penutup tak centre. Ketiga, mahu tidak...berpuas hatilah untuk sementara. Ingat nak cuba perkara lain pula. Teringat memula jahit tudung. Begitu juga. Helai ketiga baru selesa.

Rasa nak namakan...Sweet Tulip Handphone casing. Ini sebenarnya nak gantikan yang lama dibeli kat kedai 2 hinggit. Nama pun 2 hinggit. Tak berapa berkenan tapi terpaksa beli. Asal berbalut. Nipis. Rasa macam kurang piawai. Bila buat sendiri, bolehlah pilih sikit. Saya pilih untuk serap hentakkan, andai kata terjatuh. Kalau kepala perlu helmet bila naik motor. Lebih kuranglah fungsinya tu.

Yang kedua tu, ini lining@dalamnya. Yang tu tak leh naik buat apa dah. Tak terfikir lagi cara nak sorok tetepinya tu.

Namun bila pilih dalam dengan sisi gelap, nampak terselindung sikit kekurangan bahagian dalam.

Ini 'accidently'. Asal nak jadikan gelap diluar. Jadi sebaliknya. Bila diacu-acu. Mulut berbelang begitu dan dipadankan dengan penutupnya yang sama, jadi 'detail' yang 'natural'....ikut saja Labi. Pilih benang hitam terus kelakar pelik sikit. Tapi ok gak.

Kalau nak lebih sopan dan teratur, yang kedua tu...pilih benang sama. Nampak lebih biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan