Selasa, 25 September 2012

SARUNG KUSYEN BUAT SENDIRI

Semasa belek-belek satu-satunya buku quilt yang ada, tersuka dengan satu design ni. Cubalah saya memadankan nak buat satu. Cushion design dari Sylvia Kennedy ni menarik saya. Masa mula tu, soal pada diri...'Bila nak siap ni?'. Di tengah itu masih memikir nak pilih corak yang mana (mengikut apa yang ada dalam simpanan). Walau kita ikut pattern, masih perlu peranan memilih dan menyuaipadan fabrik yang akan digunapakai. Fabrik buat casing phone masih saya gunakan. Untuk quilt, kain bercorak bunga kecil-kecil biasanya sangat sesuai.

Asalnya dah siapkan begitu. Entah macam mana rasa, mata kurang sedap memandang. Bila buat benda-benda begini, kena beratkan pandangan mata. Campuran warna saya tak 'presentable'.... Di tengah tu nampak over sikit. Jadi saya fikir untuk padankan dengan yang lain.

Suai padan kedua berkesudahan lebih baik dari yang pertama. Menjadilah ia begini. Bahagian atas cushion cover ini melegakan saya.

Sylvia tu gelarkan ianya sebagai Honey Bee. Versi dia, saya lihat memang sesuai dengan fabrik pilihannya. Ada elemen warna kuning pekat untuk bahagian tengah. Jadi yang dibucu tu, saya jangka lebahnya. Bukan daun yeh!. Dia guna kain bercorak yang totally lain dari saya. Citarasa dialah. Untuk saya lebih pada citarasa Melayu saya. Jadi tukar nama Flora Bee. Sebab lebih fabrik bunga-bungaan. Whatever!. Ropol-ropol tu jenuhlah sikit. Saya buat manually sebab tak ada alatnya. Jadi nampak sangatlah begitu. Asal beropol. Pattern asal ropolnya halus. Machine made.

Bahagian belakang, begini aje. Guna. Zip tu terpaksa dikerat sikit, sebab panjang sedikit. Sekarang saya ada kerja tambahan. Sarung ada. Isinya tiada. Lepas ni mungkin kena buat satu. Khas untuk sarung ni. Rasanya buat yang pakai kekabu saja. InsyaAllah benda ni duduk dalam kereta saja. Andai rajin mungkin adakan satu kawan untuk dia. Fitrahnya kejadian itu berpasang-pasang....Adillah sikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan