Ahad, 8 Mei 2011

NAMAKAN YANG KE-5, MC350E

Ini cerita hujung minggu lalu. Menerima jemputan dari pusat jahitan E untuk belajar servis mudah bagi yang ke-5 saya ni. Umurnya lebih kurang dua tahun aje. Tua sedikit dari Anas. Kiranya abang Anaslah!.  Sebelum menerima kewujudan Anas, seronok melayan mesin ni. Ini sebuah mesin sulaman elektrik model JANOME dan digelar Memory Craft 350E. Namun selepas adanya Anas, mesin ini dah terketepi agak lama. Sehingga lupa-lupa ingat nak mengoperasikannya. Bukan lupa terus, cuma kena gilap semula. Dalam 'chip' saya 'memory' untuk ini dah dilapisan ke bawah. Jadi nak kena 'scroll'  dan 'dig' sedikitlah. Mesin ini mesin yang dah diprogramkan. Bukan meyulam 'free  motion'. Itu lebih payah. Itu perlu lebih banyak belajar dan agak sukar mencari orang yang pandai sebagai guru.


Ini anak robotic ke-5. Bongsu ke?

Cikgu servis ini bernama Razzi. Tekaan saya dia Sabahan, berdasar loghat dan pelat bercakapnya. Penerangan yang ringkas tetapi jelas dan terang. Melaluinya dapat ilmu sedikit tentang penjagaaan mudah mesin ini. Menurut katanya dapat jimat dui servis asas. RM30. Itu servis asas sahaja. Jika ada 'part' lain lagi. Alhamdulillah mesi ini masih dalam keadaan baik. Masih amat muda lagi. Jadi pakai dan jagalah sahaja buat masa ini. Barang-barang bermotor ini demikianlah fitrahnya. Sampai masa perlukan 'servis'. Sama seperti kenderaan. Sampai 'kilometer' tertentu, rosak atau tidak, silalah bawa-bawa servis. Jika tidak dikhuatiri 'merajuk' mengejut nanti. Hatta kita manusia pun perlu penjagaan. Bawa-bawalah berurut, demi kelancaran perjalanan darah. Sekarang ramai suka ke spa. Bercakap begini sebab, rasanya tuan mesin ini pun dah lama tak 'diservis'. Hah! Hah! Hah!'Talk to the hand'.


Khusyuk mendengar penerangan kawan nih!

Penerangan dari sini. Nota pun ada..

Abang kepada MC350E ini pun dah lama terperok. Macam sudah merajuk saja lagaknya. Kalau ada rezeki dia. Kena panggil doktor dia datang ke rumah. Dia tak mudah diangkat. Tak seperti yang lain. Mudahalih. Mudah-mudahan lepas ini semua dapat diaktifkan semula....Tuan dah agak lama membatu...

Minyak, elemen utama 'servis'. Ada teknik titis pada skrew. Mengurut pun guna minyak juga....Ada persamaan.

2 ulasan:

  1. bestnyer ada mesin sulam camni.. tapi bila fikir2 nak beli, takut underutilised plak haha

    BalasPadam
  2. Untuk saya setakat ni nampak macam tulah. Tapi saya yakin kalau Cik Mila takkan jadi gitu. Cik Mila macam 'roket' perginya...

    BalasPadam