Sekembalinya Aisyah (anak ke-3) dari Sekolah Agama sesi pagi, laju memberitahu saya Ustazah memujinya dengan mengatakan BAGUSSS!..... Saya renung tepat ke matanya. Ini memang sering saya lakukan pada anak-anak (bapak anak pun boleh!-tak salah nak mencuba, lebih tu 'girlfriend' mahupun 'boyfriend' atau sesiapa sajalah. Ikut suka.), untuk mencari kepastian tentang kebenaran. Mata yang bersinar dalam cara tertentu akan tercermin kebenaran mahupun kebohongan- ibarat suatu tingkap. Sah, dia tidak berbohong, malah teruja. Siapa tak suka dipuji. Puji-pujian boleh memotivasikan seseorang. Terutamanya kanak-kanak. Namun berpadalah. Pujian yang berlebihan juga boleh menyumbang kepada meninggikan keegoan dan membawa kepada lupa diri. Pujian yang Mutlak hanya untuk Allah yang Maha Sempurna.
Saya tahu bahawa hari ini hari akhir ujian di sekolah agama. Ujian Muqaddam dan Shafawi mengakhiri ujian tersebut. Beberapa hari lalu dia sangat takut dan meminta tolong saya memandu dia menghafal ( baca tanpa melihat-lebih tepat lagi hafaz - yang lengkap bertajwid tu) surah Al-Alaq. Saya ni bukan Hafizah. Sekali lalu memang rasa tak pandailah. Namun saya juga pernah belajar untuk menghafaz. Bermulanya di Tingkatan 1. Ustaz Ahmad (muka macam Adam Ahmad. Sungguh tak bohong!. Kena pulak masa tu Adam Ahmad masih popular dengan lagu apa..... yang ada sebut Mawar, Mawar tu... Lupalah pulak). Selain tu syukur juga bertemu Ustazah di tingkatan 4 dan 5. Saya benar-benar lupa namanya (Nazifah! jika tidak silap ingatan saya yang lemah ni.). Apa yang saya ingat wajahnya bersih dan dia memang ' tangkas' mengajar. Semua surah yang perlu dihafal, dia pastikan kami lakukan dikelas. Masa tu murid Islam aliran Sains boleh dibilang dengan jari. Jadi tak timbul masalah tak cukup masa pada kami. Pengukuhan dibuat sendiri di rumah. Dua orang itulah yang memberi saya ilmu dan cara-cara menghafaz pada tahap awalnya. Kemudiannya adalah saya belajar sendiri-sendiri. Menonton TV dan mendengar radio juga dapat mengutip serba-sedikit ilmu.
Saya berusaha membantu si Aisyah. Simpati pulak lihat dia semacam tidak yakin. Akhirnya saya secara jelas memberitahu dia cara-cara untuk bermula. Saya katakan padanya:
12.40pm@11/03/11

- Mula-mula baca lancarkan dengan melihat pada buku. (tiada sangat masalah kerana sudah dilakukan disekolah).
- Kemudian saya menyuruh dia membaca setakat mana yang dia mampu hafal. Oklah ada yang sudah dicapai.
- Dia bermaslah bila ayat semakin banyak. Seolah ada panik dan gabrah. Saya katakan jangan begitu. Saya ajarkan untuk menyambung satu demi satu ayat secara berperingkat. Dan banyakkan pengulangan.
- Saya mulakan di mana dia 'tersangkut'. Lihat dan baca ayat itu sambil menatap betul-betul segala huruf, baris dan saya katakan - macam ambil gambar. Petiklah kamera dan simpan dalam kamera tu. Pendeknya 'memorize by hard'. Ulang paling kurang 3X (lagi lebih lagi baik).
- Lepas dari tu, tutup buku dan sebut dan lancarkan tanpa melihat itu sebanyak paling kurang 3x (lagi lebih lagi baik)
- Lepas dari itu baca ulang dari ayat pertama sehingga yang baru dilancar itu sambil menutup buku. Proses ini dibuat sehingga habis ayat. Insyallah itulah caranya.
12.40pm@11/03/11
Tiada ulasan:
Catat Ulasan