Sabtu, 12 Mac 2011

'PRELUDE.....' IRFAN KHAIRI.

(Gambar ni, member snapkan. Handfon murah. Lepas tu 'goyang' sikit. Itu pun kira ok, orang nak tolong. Akak 'berat punggung'lah.)


Jika nak tahu, menyebut Irfan Khairi (IK) mengingatkan pada aku tentang awal kelahiran blog biasa aku ni. Dia seperti motivator jarak jauh aku yang pertama. Blog percuma aku dah cuba. Seronok dengan benda percuma ni ye? Semua yang 'free' memang best. Sebab tu kalau pergi pasaraya tu, ada aje 'free gift' yang di 'attached', selalu terbeli barang yang tidak dalam senarai pun. Suami selalu jeling, tapi kita buat-buat juling tak nampak. Irfan Khairi nama yang tidak asing lagi dalam dunia internet. Nak tahu lanjut, cuma taipkan saja di Google tu. Tahulah apa yang dibuatnya oleh adik yang sorang tu. Jangan tak terbaca sudahlah.

Awalnya aku mendapatkan komputer riba ni dulu, 'website' Irfanlah yang selalu aku jengah. Seronok membaca kisah seorang anak muda yang berjaya dalam usia yang begitu muda. Aku tak begitu gemar perkataan 'jutawan' tu. Naturally!. Mungkin aku rasa macam materialistik sangat bunyinya. Sebab tu juga aku tak mengarah ke sana agaknya!. Tapi... ada tetapinya!... Siapa yang tak mahu hidup berjaya dan selesa?. Itu mungkin perlu dibedah-siasat. Di bahagian mana?. Ikut sukalah!. Otaklah yang tepat. Blog Irfan tu banyak tips-tips dalam perniagaan dan kewangan. Sebenarnya dunia perniagaan dan kewangan ni tak lari jauh dari kehidupan. Saling kait mengait dan bantu membantu begitu. Jadi tips-tips Irfan tu bolehlah 'apply' pada mana yang perlu. Ikutlah kreativiti dan keperluan masing-masing.

Siang tadi ke Vistana Hotel, sempatlah pula aku ke Prelude........ yang dijalankan oleh Irfan untuk mereka yang berminat dengan apa yang dia usahakan dan ingin belajar cara-caranya. Aku yang dah lama merasa agak kebosanan dengan rutin harian, suka-suka cuba mendaftar secara e-mail. Tempat terhad pada 100 peserta katanya dan benar berdasarkan kehadiran. Apa yang 'best', ianya percuma@free. Siapa kata aku tak suka barang percuma. Tapi mesti 'provided' aku perlu barang tulah. Tak perlu buat apa nak diambil, kan?. Biar sahaja orang lain yang lebih memerlukan mengambil peluang. Aku cuba mengambil peluang. Itu sahaja. Alhamdulillah rezekinya ada di situ. Pertama kali juga aku tinggalkan Anas dijaga abah dan kakaknya berdua. Mereka menghabiskan masa menunggu aku di pejabat abahnya. Abah ambil peluang da.....!

Sesi yang berlangsung selama kurang lebih 2 setengah jam itu berjalan lancar. Aku berusaha memberi perhatian kepada butir-butir yang disampaikan. Ambil catitan pada yang perlu. Aku pernah kata, memang aku suka mendengar dan belajar perkara baru. Untuk aku, banyak perkara baru yang diperolehi semasa itu. Mungkin itu tidak buat yang lain. Sekali-sekali berjalan ke luar dari 'dunia kecil' aku, aku cuba usaha untuk berjalan ke tempat yang betul dan semoga ada manfaat. Allah mengetahui segala niat atas setiap perbuatan. Itu akan dinilai. Jadi....., cerita pasal Irfan semula.

Beberapa kali melihat Irfan di kaca TV, hari ini dapat tengok secara 'nyata@live'. Ada juga terujanya. Aku 'described' dia sebagai 'kecil molek' aje. Ala-ala budak nak ambil SPM aje.(So! boyish-itu terma aku!). Hakikatnya, melalui blognya, aku tahu dia seorang bapa dan beranak 4 (tak ketinggalan dia memaparkan 'family photo' di 'slide'-dia memang family-man gayanya-cool. Gambar terbaru rasanya - Cantik!). Namun beruntung dia terkategori dalam golongan yang macam ......'awet muda'. Kena minta tips juga tu...! Tebakan@telahan aku, hatinya mungkin senang dan bahagia bersama keluarga dan kerjaya. Itulah nampak muda. Bravo! Bravo (betul ke penggunaaan bahasa aku ni?).

Aku sempat berkenalan dengan 2 kawan baru. Kak Nor dan Asma. Bercerita tentang kenalan baru semasa perjalanan pulang, anak-anak memintas, "Mak ni kalau ke mana-mana, ada sahaja kenal orang". Jawab saya, "Mak tak suka macam kera sumbang!". Tapi taklah main belasah saja menegur. Lihat yang patut-patutlah. Mereka berdua itu yang ditakdirkan untuk aku kenal, aku terima, itulah!. Kedua-dua boleh tahan ramah dan ada kemesraan juga. Oklah! tu...Aku rasi aje.

Dah lama tak tidur selewat ini. P. Ramlee nyanyi pukul tiga pagi, tapi Cik Abang aku sibuk tengok TV dan tak sempat nak nyanyikan aku "Pukul dua pagi". Aku rasa 'better' aku 'offline 'dulu. Sembang begini, boleh sambung lagi. Selagi minda masih waras, selagi masih ada nafas dan kesempatan, "Gunung dikejar takkan lari". Sekarang tak boleh pakai dah ayat macam ni. Tup-tup ada gempa bumi-gunung pun boleh jadi rata. Dunia ini tua dan semakin tua. Bencana alam di sini-sana. Lepas satu, satu lagi. Manusia tak henti-henti bertelagah dan sibuk memporak-perandakan hidup dan kehidupan. Namun bak kata Rasulullah (jika tak silap). Andai pun esok akan kiamat, benih yang ada di tangan itu tanamkan juga. Selebihnya, berserah, berdoa dan bertawakkal padaNya Allah yang Maha Kuasa.................

2.05am@13/03/11




2 ulasan:

  1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan salam perkenalan kepada sis Adilla kerana singgah di blog Ikhwan. Nak tahu, apa yang Irfan Khairi kongsikan pada talk yang sis sertai tu?

    BalasPadam
  2. Salam kembali Ikhwan,

    Oh tentang talk tu, ia sesuatu yang basic. Untuk pemula. Berkenaan langkah-langkah awal ke arah perniagaan secara online. Antaranya:
    Pemilihan produk, bermula dengan modal minima, beberapa cara lain mendapatkan keuntungan melalui internet, sedikit tentang promosi dan kaedah pembayaran.

    Irfan tidak bercakap menurut teks. Dia juga menjawab pertanyaan dari peserta. Dia bercakap memang laju (kepantasan itu 'nature' dia maybe). Namun Alhamdulillah masih dapat faham dan mengambil faedah.

    BalasPadam