Hari ini aku kembali dijentik. Aku akui bukan pakar persoalan agama mahu pun ahli kaji kitab. Namun sewaktu memilih suratkhabar, aku terdorong membeli senaskah Suara Perkasa.... Pertahan Hak Maruah Bangsa. Itu 'kepala' akhbar tersebut. Itulah pertama kali aku membelinya. Semata-mata kerana tajuk utamanya berkenaan BIBLE MELAYU. Pertama sekali, lancar hatiku mengatakan.... Ohh Tuhan, lagi tanda akhir zaman........Biasa-biasakanlah. Ini hakikat. akan datang pasti lebih hebat. Itu pun andai untukku ada saat.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa kerajaan supaya tidak berganjak dari tindakan melarang masuk kira-kira 35,000 Bible dalam Bahasa Melayu yang dibawa dengan kapal dari Indonesia. Umat Islam di Malaysia juga diseru supaya menyokong tindakan kerajaan demi menjaga kesucian agama Islam yang dianuti oleh orang Melayu. Di sini aku kurang setuju dengan ayat terakhir tu!. Umat Islam di Malaysia (tidak kira Melayu, mamak, muallaf, mazhab hambali, maliki, syafie, hanafi.....harap anda faham) memang patut menyokong larangan kemasukan Bible Melayu tersebut demi mempertahankan kesucian agama Islam. Tambahan agama Islam yang diperlembagakan sebagai agama rasmi negara Malaysia patut dihormati oleh sekalian rakyat. Namun tindakan segolongan yang seperti beria-ia mahu kitab itu dapat terus diedarkan seolah sengaja ingin mengundang kemarahan. Menyentuh Sensitiviti Keislaman. Jika kes Interlok begitu diberi perhatian, BIBLE MELAYU ini lebih wajib diberi perhatian. Ini persoalan keimanan.
Sekarang aku terfikir pula jika kita alihbahasa satu karya Inggeris ke dalam Bahasa Melayu, tujuannya untuk orang Melayu yang tidak pandai atau kurang mahir berbahasa Inggeris membacanya dengan mudah. Jadi, apakah itu tujuan kemasukan BIBLE MELAYU itu ke sini? Selain itu apa motifnya orang Melayu membaca Bible, sedangkan Al-Quran adalah kitab suci yang lebih mulia sebagai kitab penutup, sesuai dengan Nabi Muhammad (s.a.w) menutup segala Nabi. Teringat pula Sejarah Mubaligh di zaman Kesultanan dahulu......Bimbang dalam kerapuhan generasi muda sekarang, ditakuti ramai mudah tersasar dan terpesong lalu mungkin terjebak dalam isu MURTAD. Sekarang pun statistiknya.... entahlah! Hanya Allah yang Lebih Tahu.
Apa yang aku hairan kadangkala isu sebegini hanya seronok untuk dipolitikkan. Pihak ini salahkan pihak sana, pihak sana pula mengata pihak sini. Tujuan masing-masing untuk menunjukkan diri dan parti merekalah yang betul. Soal agama Islam yang kita akui suci itu entah dikemanakan. Aku teringin nak tengok orang Islam didahului para pemimpin di Malaysia bersatu dan bersependapat dalam menangani isu-isu sebegini. Namun itu dalam angan sahajakah? Ini sama sahaja macam kat luar sana tu. Bila sesama Islam bertelagah dibimbangi musuh mula main peranan. Siapa musuh? Kita sama-sama kena renung dan fikir. Subjektif. Tapi musuh tetap ada. Sedar atau tidak saja. Musuh dalam selimut lagi bahaya....
Ada aku terbaca, dikatakan umat Islam di akhir zaman macam buih. Buih ni bila pecah habis dah. Tak tinggal apa. Jika begitu, kasihan pada diri kita sebagai umat Islam itu sendiri. Allah memelihara mereka yang menjaga agamaNya. Jika sebaliknya, bagaimana....? Dalam perkembangan dunia kini, hanya Rahman dan Rahim Allah sahaja yang dapat melindungi dan menyelamatkan sesuatu. Di sebalik setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Isu BIBLE MELAYU ini juga sebegitu. Sebagai individu paling sedikit, kita wajar merenung diri dan lihat apakah dan bagaimanakah keakraban kita dengan Al-Quran itu sendiri. Pernahkah kita berusaha melihat tafsiran-tafsiran mahupun terjemahan ayat-ayat yang dibaca, atau hanya membaca tanpa peduli. Ibarat burung kakak tua. Al Quran itu kalam Allah dan mukjizat Rasulullah. Lalu apakah akan ada yang dapat menandinginya...?
11.15pm@27/03/11(Alhamdulillah! Anas Imran dah mencecah setahun jagung)

ada lagi isu keagamaan nii.. dulu pasal nak guna nama Allah, now bible in Malay plak. Kita, orang islam takut akan terkeliru/terpengaruh dengan diorg, terfikir tak... agak2 diorg tak terkeliru/terpengaruh dengan Islam ke?
BalasPadamMila@Rimbun
BalasPadamMungkin itulah dilemma umat Islam sekarang. Dalam keadaan umat Islam bercakaran sehingga sanggup berbunuhan sesama sendiri (rujuk pada Mesir, Tunisia, Bahrain, Yaman, Syria....sebut sahaja), apa sahaja kekeliruan dan pengaruh yang diberi kepada mereka yang non-muslim nih! Selain Islamfobia. Lantas itu, di Malaysia isu Bible Melayu cuba menyelinap masuk. Menangguk di air keruh.
Terutama pada mereka yang sememang benci Islam, hadiah tepukan untuk segala kucar-kacir di negara Islam untuk umat Islam. Masa yang sama musuh Islam (Zionis Israel) terus menyembelih umat Islam yang lemah dan tidak terbela (Gaza).
Harapan tetap ada, cuma sebesar mana dan sekukuh mana boleh bergantung hanya pada harapan.