Khamis, 3 Mac 2011

DIMENSI: AHMADINEJAD DAN FAISAL TEHRANI

Di hari yang mulia, Penghulu Segala Hari ini aku terilham dengan tajuk di atas. Apa saja aku ni? Seolah-lah cuba menakutkan diri sendiri aje. Siapalah aku ni nak berceloteh mahupun mengomel tentang dua insan di atas tu?. Namun itulah naluri namanya. Bila terpanggil, nak sahut atau tidak. Itu pilihan. Apa kata, aku cuba. Aku mulakan dengan Bismillah dan Salawat serta Salam pada Rasulullah dan Ahlinya.

Aku letak kalimah DIMENSI kat depan tu, sebab tulisan ini umpama rajah yang aku lukis. Jadi dimensinya aku yang melakar. Sempurna atau tidak, aku ternyata masih lemah. Bukan menurut sesiapa. Bukan dipengaruhi sesiapa. Tidak dibayar mahupun diugut. Terlebihlah pulak! Ini lahir dari dalam diri. Supaya tidaklah dijadikan isu pula. Pemikiran manusia kadangkala tak terjangka. Ini yang aku cuba-cuba membaca. Ok! Tinggalkan yang tu dulu.

Nak diceritakan sebenarnya, aku ni tak kenal pun siapa Ahmadinejad tu. Tak kenal, tak ambil tahu, tak peduli, tak mencari. Maklumlah 'orang rumah' - sibuk atau tidak, berkisar pasal rumah dan persekitarannya saja. Namun satulah. Melalui 'toy' aku, aku belajar mengambil tahu. Komputer riba ni - 'toy' akulah. Itu pasal kalau anak-anak usik lebih-lebih, kena 'sound' - "Don't play with mum's toy"(versi bahasa Melayulah). Anak-anak faham sangatlah. Kadang-kadang 'depa' cop juga macam-macam. Itu 'story' lain hari.

Komputer riba tu, kenderaan aku aje. Bila dah ada kenderaan mesti ada jalan. Jalan ni aku jumpa masa aku bersiar-siar di blog saudara Faisal Tehrani (Dr). Asalnya ingatkan dia galak menulis tentang Penulisan Kreatif. Maklumlah diakan Novelis. Pengarang kesukaan ramai gitu. Anugerah Sasteralah, apalah.... Tengok kat blog dia tu -berjela-jela ibarat perjalanan Kilometrico. Korang bacalah! Aku tengok (masa aku memula ke situ) memanjang juga cerita si Presiden yang seorang tu (selang-seli dengan yang lain). Tanpa alasan aku layan terus membaca. Hah! yang menariknya gambar-gambar dalam blog tu bercakap. Tapi taklah sampai macam dalam cerita 'Harry Potter 'tu. Itu kes 'deraan mental'. Pembohong. Gambar-gambar yang dipilih untuk dipaparkan mempunyai cerita masing-masing. Kekadang tu dia tak tulis pun. Dia letaq' gambaq'. Hang 'intepret' ikut hang. Kekadang tu boleh salah tafsir juga dibuatnya. Kalau gelojoh sangat nak menafsir. Tak sampai serulah jawabnya. 'Abstract' sangat ke?

Cakap pasal 'seru'. Ada yang mengatakan saudara Faisal Tehrani tu Syiah. Oleh sebab dia selalu bercerita semacam seru-seruan pasal Iran, Syiah, Ahlulbait, Karbala, Sayyidina Husain dan Ahmadinejad, agaaakkknya!. Padahal' banner' dia dah tulis dah "Saya tidak bermazhab Syiah tetapi mencintai Husain-Hamka". Lebih kuranglah tu. Nak tahu tepat. Tengok sendiri. Justeru semua itu ada yang melabel saudara FT(short form dia) tu nak menyeru-nyeru akan kesyiahannya kepada orangramai. Mengagungkan Ahlulbait tu disalahkan. Entahlah..... Aku pun kurang fahamlah minda sebegitu. Untuk aku, aku cuma rasa dapat satu dimensi baru bila baca blog dia. Aku seolah baru perasan yang dalam Islam ni pun ada pecahan-pecahannya mengikut Mazhab. 'Complex'.

Mengertilah aku dan kita bahawa Islam itu hanya satu. Iaitu CARA HIDUP. Jika lebih lagi - cara hidup yang dibawa Rasulullah untuk kita berusaha teladani. Jadi kenapa pula bermazhab-mazhab?. Sahlah untuk saling kenal- mengenal dan belajar mempererat ukhwah mahu pun silatulrahim. Dunia akan menjadi kaku dan beku ala-ala Kutub Artik dan Antartik (la ni pun dah belajar-belajar mencair) jika semua sama tanpa ada musyawarah, dialog mahu pun perdebatan. Allah beri itu semua dengan penuh rahmat dan berhikmah. Jika Allah nak memaksakan hanya satu Mazhab sahaja, dia TERAMAT BERHAK, bukan manusia, tapi mengapa tidak sebegitu. Itu tugas kita berfikir. Berfikir dengan akal dan matahati. Bukan hanya menurut hati. Apalagi hati yang ada iri, seiri Iblis terhadap Adam dan Hawa. Sebolehnya bertepuk ketika kedua-duanya terhumban ke dunia dari syurga. Aku dah masuk tahap 'emosi' rasanya. Control!!!. Tarik nafas dalam-dalam!. Lepas...

Kadangkala dalam sibuk nak mengaku aku yang betul dan kau salah, kita semua lupa pada pokok CARA HIDUP@ISLAM itu sendiri. Timbul pula permusuhan, pertelagahan, pergaduhan, dan semua yang mengarah kepada pihak musuh mengambil kesempatan. Nah! Musuh sebenar adalah Yahudi, Zionis dan semua yang bersekutu dan seangkatan dengan mereka. Itu yang wajib ditentang habis-habisan jika berdaya dan seupaya mungkin. Usaha kita cuba menjadi PATRIOT terhadap ISLAM. Kemudian pada tanahair dan.....

Sampai kini aku masih lagi kerap melawat ke blog saudara FT tu. Aku tolak tepilah persoalan yang pernah menerjah. Dia Syiah ke? Tidak ke. Dia dah buat pengakuan dia. Ramai masih tak percaya. Hak masing-masing. Belajar berbaik sangka. Itu lebih baik. Ramai juga yang tanya kenapa memuja-muja sangat akan si Ahmadinejad tu. Istimewa sangat ke? Dah tak ada pemimpin negara yang nak dikagumi? Pergilah duduk kat Iran, kalau beria sangat memuja Presiden yang satu tu. Apalah. Kagum dan 'respect' sikit. Tak salah bukan?. Ada pula yang kata dia sebenar kejam. Tak seperti yang digambarkan. Kadang-kadang aku pun naik fhusing la (ibarat kata P.Ramlee). Kalau rumah aku sebelah dengan Ahmadinejad, senag aje aku ketuk, beri salam dan tanya dia sendiri. Tapi Ahmadinejad kena faham Bahasa Melayulah. 'If not there won't be any conversation'. Jadi itik dengan ayamlah. Tapi bukan macam tu. Ini buat aku tertanya-tanya. Baru nak percaya dia baik, dengar pula cerita buruk. Masalah sahaja dalam dunia ni. Peranan media memang teramat besar dalam hal sebegini. Terutama media antarabangsa. Tak antarabangsa pun kira juga. Ikan kecil biasa membontoti yang besar. Konon-konon nak berlindunglah (safety purpose). Silap haribulan kena makan balik dengan yang besar. Uurrrp! Sendawa kekenyangan...

Kesudahannya aku manfaatkan sahaja apa yang ada pada diri ini. Kita ni ada jasad dan ada roh. Pemikiran kita pun begitu. Otak yang ala berlekuk-lekuk itu jasadnya. Akal atau minda itu rohnya. Untuk masa ini aku menyimpulkan bahawa Ahmadinejad tu boleh dijadikan contoh (untuk yang mahu) pemimpin Islam yang baik. Seorang yang bersederhana. Amat mengambilberat perihal rakyat. Berusaha menunjukkan teladan yang positif. Lantang menentang musuh Islam. Memberati persoalan Islam. Itu idea-idea yang meresapi aku. Bukan merasuki. Nanti dikata 'meroyan' pulak. Menganggap kewujudannya di era kini wajar sekali. Tidak salah jika kita katakan dia ditakuti dan digeruni musuh. Ketakutan dan kegerunan yang sebegitu amat perlu bila Islam dinjak dan diperlekeh. Hanya pemimpin Islam yang mendaulatkan agama akan jelas kepimpinannya pada yang dipimpin.

Nak menaip entri ni aje, sepuluh kali tersangkut. Bila nak habis daaa... Menyambil. Faham-faham ajelah. Anak berak - kena bersihkan. Ah! macamlah. itu masalah aku. Aku tak sabar nak menoktahkan tulisan ini. Aku ada membeli sebuah buku bertajuk 'AHMADINEJAD Singa Baru Dunia Islam (Edisi Jimat). Keluaran PTS Islamika. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Cetakan kedua 2009. Harga 14 hengget aje. Aku terdorong membeli sebab kebetulan ada dijual dikakilima dalam pasaraya. yang selalu aku pergi. Lama dah aku beli. Aku bukan nak 'recommend' tapi beritahu sahaja. Melalui buku ini aku katakan pada diri aku, tak hairanlah insan yang dilihat bertubuh sederhana ini dengan wajah selamba berhati waja kerana ayahnya adalah seorang TUKANG BESI. Wajarlah beliau kental dan bersemangat terhadap perjuangannya. Teringat pula akan Surah Al-Hadiid... Eh melalot le. Ada kene mengena ke????

6.50pm@04/03/11



3 ulasan:

  1. Salam Adilla.. ketika mencari, berhati-hati dengan apa yang di jumpai. Yang moleknya, jauhi apa yang was-was dan samar-samar. Seluruh ulama Islam dunia mengatakan Syiah itu sesat (walaupun ada fahaman Syiah yang kecil di anggap tidak sesat) Untuk kebaikkan.. elakkan mencari Syiah. Semoga anda dibimbing kejalan yang lurus. Amin!

    BalasPadam
  2. Salam pada Ikhwan

    Terimakasih atas ingatan ikhlas Ikhwan itu. Jangan bimbang saya masih diri saya yang dahulu (seperti dalam Perlembagaan Malaysia - Sunni).

    Saya cuma membuka satu sisi baru untuk memahami yang dikatakan Syiah itu. Tidak semua yang didengar dari orang lain itu benar dan tepat. Jadi saya cuma berusaha 'mengetahui dan memahami'. Dorongan itu secara 'semulajadi'. Sememangnya saya hanya bergantung kepada bimbingan hanya dari Allah semata-mata.

    Jalan yang lurus memang dalam doa saya senantiasa. Alhamdulillah!

    BalasPadam
  3. Syiah kini bukan Islam la (sejarah dulu memang asal puak Islam yg lama tapi terlalu berplotik sehingga lari akidah)..mana leh kata mazhab..kalau korang kata mazhab..then kristian pun mazhab...depa pun sesat, sama je cam Kristian yg putarkan segala kebenaran al-quran..Syiah pun begitu sama cam kristian sebab mereka berpendapat Jibrail salah bagi wahyu kepada nabi Muhammad dan sepatutnya ke Ali. Tanggapan mereka sama seperti kaum nasrani / kristian yg tidka percaya nabi Muhammad rasul / nabi yg terakhir..so renunglan lah...leh lak depa salahkan tentera ALLAH SWT salah bagi wahyu...ALLAH tidak akan salah pilih calonNYA. Itu fakta, kerana ALLAH SWT adalah tuhan. Mana leh tuhan buat kesilapan....itu satu benda ramai puak Syiah di Malaysia tak nampak...senang2 je kena tipu..

    BalasPadam